CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sikap Pemandu Di Malaysia, Tahap Sangat Menjengkelkan!

14-3-2016 02:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6563| Komen: 19

Oleh Adib ZA

Loading FB Post...



Bukan nak kata apalah, tapi sekarang makin ramai yang pentingkan diri dan jadikan jalan mahupun lebuh raya macam 'bapa mereka yang punya'.

Ya memang anda bayar tol, cukai jalan dan sebagainya, tapi peraturan tetap peraturan. Kenapa pentingkan diri sampai menyusahkan pengguna lain di lorong kecemasan?

Bukan itu sahaja, ia boleh menganggu anggota bomba atau polis yang melibatkan keselamatan dan juga nyawa orang lain!


Satu video yang dikongsikan di laman Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia jelas menunjukkan sikap pemandu yang keras kepala, memandu di lorong kecemasan. 

Ia secara nyata menyukarkan proses kerja di kalangan ahli bomba itu sendiri dalam hal-hal berbentuk kecemasan. 

Netizen turut memberikan ekspresi rasa kesal dan geram ke atas apa yang berlaku terhadap anggota bomba tersebut.




Tak terkecuali ada yang memberikan idea agar perkara ini dapat dielakkan pada masa akan datang.




Semoga lebih ramai yang terbuka minda untuk menjadi lebih prihatin, tidak mementingkan diri dan menyusahkan orang lain bila berada di atas jalan raya selepas ini. Ingat, bukan diri anda sahaja yang layak berasa selesa di situ, oleh itu pentingkan diri adalah sangat tidak wajar dilakukan! - CARI Infonet



Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Knowlee 14-3-2016 02:45 PM
Memang ramai pun yg kurang ajar mcm ni. Mcm driver lori tu ckp la. Siap bwk laju lagi. Kurang ajar sgt. Dia fikir dia je nak cepat. Lepas tu bila kat depan ada block, terhegeh2 masuk balik lane biasa. Dah menyusahkan org yg sejak lama dok queue.
Quote leylapple 14-3-2016 03:16 PM
byk org hilang ptimbangan di atas jalan raya....

bg aku, diorang nie jenis yang bermasalah..kalo simple rules pun taknak folo dan pentingkan diri sendiri, apatah lagi di rumah sendiri dan pejabat kan?

ada hati nak berlagak sedangkan bayar loan keta pun tak abis lagi..phuikkk
Quote yayangmama 14-3-2016 03:20 PM
memang ponnnn....

bila kena dengki dengan lori or bas...

kita yg dok 4-5 keta jarak dpd bas ke lori tu...haha...tolong gelak...pandai pulak ko slow2 bila lalu seblah lori or bas yang pendengki tu...tau takot...

n also lampu biru polis tu...mula la pandai bagi signal nak masuk kanan balik semula...perghhhh...sakit je ati
Quote LindaCat 14-3-2016 03:53 PM
tp bile terkena kt batang hidong sendiri rumah terbakar bomba lmbt sampai tau pun komplen ckp bomba xcekap la lambat smpai nk kawal kebakaran..mcm ne nk smpai awal..bunyi la siren sekuat mane pun..ade jugak yg buat xheran
Quote Nadim 14-3-2016 04:30 PM
Memang ramai aku tengok badigol-badigol yang buat bodo je guna laluan kecemasan, dalam kepala otak depa, lantak pi la hangpa nak kata kata kat aku...jenis ni kena baling batu atau tongkoi kayu baru depa tau....mentang-mentang la penguatkuasa bukan berada diatas lebuhraya sepanjang masa.....
Masa sekarang paling sesuai gunakan CCTV berdefinisi tinggi...fokus pada semua kereta badigol-badigol ni dan hantaq je surat saman...Kalau aku boleh pi luku pala sorang-sorang lagi baguih aku rasa....bodo tak reti diajar..
Quote Artemesiaa 14-3-2016 05:29 PM
Semua attitude problem nak dulu tak suka bagi jalan memang menyusahkan orang lain yang dalam kecemasan.  Malu dengan pelancong asing melihat gelagat mereka ni.
Quote palmolive 14-3-2016 08:19 PM
Kt sini ada tak yg perangai keji camni
Quote edee_91 14-3-2016 10:51 PM
palmolive replied at 14-3-2016 08:19 PM
Kt sini ada tak yg perangai keji camni

yang ada tu mesti tengah jadi silent reader jah.
Quote ajinomotonosuga 15-3-2016 08:35 AM
tak yah buat lorong kecemasan, tuko jadi jalaraya biasa, kalo apa hal cam eksiden, blok teruih jalan, de tour, nasib ko la labu

so kalo tak mo susah , beradab bila memandu so less eksiden so less de tour or jalan tutup

tu pun nak suh aku pk kan? cehhhh
Quote annabellaruz2 15-3-2016 11:49 AM
paling bengang bila ada yg menukar laluan x bagi signal!
Apa?? Klu bagi signal tu rugi petrol ke hah?

Kat trafic light, lampu dah merah pun ada lagi pemandu jilake ni jalan terus laju nak mampos tanpa menghiraukan pejalan kaki yang melintas!

kat depan stesen LRT Dang Wangi, penunggang motosikal ari highway akleh, selamba jer lalu arah bertentangan untuk masuk ke jalan ampang arah ke Masjid Jamek..
Pernah terlanggar pejalan kaki, dia pg maki pejalan kaki tu..
klu aku la, mmg aku maki balik..
Hoi, ko yg salah jalan bangang!

Polis trafik pulak, bila dh ada kes kemalangan, baru nak buat pemantauan...klu x, banyak jer motosikal lalu kat situ melawan arus..

walhal trafic light utk u-turn tu x sampai pun 200 mtr!
Quote miyamiyo 15-3-2016 11:59 AM
Yang guna lorong kecemasan tu memang selfish. Orang lain sabar beratur panjang, dia senang je shortcut.

Situasi ni tak semestinya kat lorong kecemasan, kadang dekat simpang pun sama. Contoh dekat kerinchi link tu, lepas tol. Lane kanan nak ke shah alam (laju-kereta tak banyak). Lane kiri nak ke federal. Lane kiri selalu sangkut jem sebab pemandu2 yang selfish ni dari lane kanan then sampai simpang, semua pakai sumbat lane kiri. Yang kat belakang tersemput-semput sangkut. Hare tol. Sorry lepas geram pula kat sini
Quote misscendol 15-3-2016 01:02 PM
Paling bengang kalau jalan one way selalu kereta dr arah bertentangan masuk. Aku pulak yg kena bg jalan kat depa. So selfish
Quote qronaldo7 15-3-2016 01:39 PM
smpai sekarang xde cara nak ajar pemandu camni
Quote matseh 15-3-2016 01:59 PM
Time beli tiket wayang beratur, beli makanan beratur, time jem, potong q.
Sapa2 sini yg dah bertaun memendu tak pernah potong Q.
Aku! selalu. Nak cepat, lagi pun orang lain buleh tunggu, orang lain tak ada urusan penting.
Quote samdolah 15-3-2016 05:35 PM
edee_91 replied at 14-3-2016 10:51 PM
yang ada tu mesti tengah jadi silent reader jah.

Setuju...

mcm badigol ni...

https://www.youtube.com/watch?v=ICjOdJUh20k
Quote hanamunir 15-3-2016 05:51 PM
paling pantang dengan orang yang tak reti nak bagi signal..
patah ke jari tu kalau nak tolak suis signal tu??

lagi satu yang jenis lagi 30 sentimeter nak masuk lorong,
baru nak bagi signal,
kalu kita tersodok belakang kang,
marah pulak,
dah la dia brek mengejut,
dengan kita2 sekali skreeeeeetttt..
Quote palmolive 15-3-2016 07:45 PM
edee_91 replied at 14-3-2016 10:51 PM
yang ada tu mesti tengah jadi silent reader jah.

Sambil merasai pedasnya..hehehe
Quote edee_91 15-3-2016 10:27 PM
[youtube]ICjOdJUh20k[/youtube]ya awloh... buruknya perangai...
Quote zaliza 17-3-2016 01:02 PM
ye.. setiap kali balik kg.. setiap kali dr Kg ke KL..  klu ikut hgway..takpernah lengang punye laluan kecemasan.. otak letak kat tapak kaki rasanye.. kebykan kenderaan yg besao2.. bas...lori..keta2 cc besao pun adaaa.. nk kata keta2 kecik nih mmg melambak.... so..otak je kecut naik keta besao.. maaf.. terkurang sikit bahasa..
Moral* pemandu sekarang terlalu ramai penting diri sendiri tu sbb kemalangan melibatkannyawa dan penunggang motosikal sering menjadi mangsa..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.090781 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top