Oleh Izzah Abbasy
Seorang pelancong Norway yang tiba di Malaysia semalam tidak menyangka tuah sedang menunggunya di negara ini. Tuah yang dimaksudkan datang bersama satu iklan akhbar mengenai pelancaran dan penjualan telefon bimbit terbaru Samsung. Nicklas Hystad benar-benar tertawan dengan iklan itu.
Sejak pukul 4 pagi, dia berbaris di pintu masuk KLCC, semata-mata untuk memastikan hajatnya memiliki Samsung Galaxy S7 Edge, tercapai. Hystad, 21, yang menjadi pengguna telefon bimbit Samsung sejak 2012, begitu terpesona dengan model itu hingga sanggup merombak rancangannya menjelajah negara ini selama beberapa hari. "Sudah lama saya menunggu untuk menjadi pemilik telefon ini, tetapi ia belum dilancarkan di Norway. "Samsung adalah yang terbaik dan saya betul-betul menunggu kedatangan hari ini untuk menggantikan telefon lama saya (Samsung S5) kepada S7 edge. "Ia berlaku secara mengejut kerana saya tidak pernah menyangka akan dapat membeli telefon ini di sini, tetapi apabila saya membaca mereka menjualnya hari ini, saya rasa saya mesti mendapatkannya hari ini," kata Nicklas Hystad. - CARI Infonet Kredit : Bernama
|
27
Bagus |
23
Marah |
28
Terkejut |
28
Sedih |
20
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Esmiria replied at 19-3-2016 06:29 AM
mahak.pun msok air rosk buat pe.better sony..
ultra78 replied at 19-3-2016 06:44 AM
Wow. RM3099
revolusi_30 replied at 19-3-2016 08:19 AM
Bodohnya sis....S7 kalis air bukan....lihat la promo...
TuntungReturn replied at 19-3-2016 08:15 AM
panggil @dino
dodolgemok replied at 19-3-2016 07:19 AM
Eh kenapa aku xtau dah keluar s7 edge nih?
insulin replied at 19-3-2016 08:22 AM
Ughhhh, 3K.
Boleh beli 2 buah aircond inverter baru untuk musim panas nih....... :lo ...
ADVERTISEMENT