Oleh Adib ZA
Baru-baru ini, satu posting di laman Facebook telah menjadi bualan ramai dan membuatkan ramai yang bukan sahaja panik, malah bersimpati serta turut berasa marah dengan kejadian itu. Semuanya terjadi apabila seorang netizen, Izzati Amanina berkongsi pengalaman menakutkan yang dihadapinya bersama kakak dan bayinya ketika berkunjung ke sebuah kompleks membeli belah, Setia City Mall, Shah Alam. Dikatakan ia hampir meragut nyawa mereka apabila lif yang digunakan telah mengalami masalah teknikal hingga hampir terhempas. Yang menjadi kekesalan ialah sikap yang seperti lepas tangan oleh pihak pengurusan kompleks membeli belah itu. Bukan sahaja tiada respon sehingga hari ini, permintaan maaf kerana menyebabkan trauma dan keselamatan pengunjung hampir diragut turut tiada!
Berikut merupakan antara yang dikongsikan oleh netizen ini. Kepada semua, diharapkan lebih berhati-hati ketika berkunjung ke mana-mana sahaja, terutama ketika menggunakan lif dan juga eskalator. Semoga pihak yang bertanggungjawab tampil ke depan untuk menyelesaikan masalah ini. - CARI Infonet |
Acong replied at 19-3-2016 10:14 AM
abam @spiderman80 pernah kena telan lift?
spiderman80 replied at 19-3-2016 10:17 AM
Lately SCM banyak problems
Acong replied at 19-3-2016 10:14 AM
abam @spiderman80 pernah kena telan lift?
Acong replied at 19-3-2016 10:18 AM
tanah area sana ada berlaku mendapan?
mak_wa95 replied at 19-3-2016 10:19 AM
dia mana penah guna lift,
dia sekeluarga bergayut je..
mak_wa95 replied at 19-3-2016 10:19 AM
dia mana penah guna lift,
dia sekeluarga bergayut je..
dubuk replied at 19-3-2016 10:32 AM
setia city mall ini kuala lumpur ke
maafkan dubb, dubb buta kuala lumpur
Acong replied at 19-3-2016 10:36 AM
shah alam
Star_el replied at 19-3-2016 10:48 AM
setia alam tu considered shah alam jugak ek? Ingat dia berdiri sendiri, buta geografi rupanya aku ...
ADVERTISEMENT