CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

RM94 Juta Digunakan Untuk Baiki KLIA2

29-3-2016 11:28 AM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 3997| Komen: 16



Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) telah membelanjakan lebih RM94 juta kos untuk membaiki ruang meletakkan pesawat di Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2).

Seperi diberitahu di Dewan Rakyat tempat tersebut sebelum ini dipenuhi oleh tanah dan kolam yang menyebabkan  kawasan tersebut perlu diselenggara dengan segera.

Ia sebagai jawapan balas dari soalan Hee Loy Sian (PKR- Petaling Jaya Selatan) yang bertanyakan mengenai status KLIA2 tersebut.

Menurut menteri berkenaan, KLIA2 dibina oleh kontraktor berdasarkan desain yang dikeluarkan oleh konsultant yang tertakluk pada spesifikasi namun kesan keretakan telah menempuhi tempoh tamat.



Baca selanjutnya: BERNAMA
12

Bagus
11

Marah
7

Terkejut
5

Sedih
10

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (51 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matamata 29-3-2016 09:24 AM
Hahahahah......magic word..."EXPIRED"
Quote R2D2 29-3-2016 09:26 AM
Quote wana89 29-3-2016 09:27 AM
Kalo tambah 96 jota, berape total cost Semua??
Quote bluehedgehog 29-3-2016 09:36 AM
jilake cina dap
Quote R2D2 29-3-2016 09:40 AM
RM3.92 bilion + RM94 million
Quote nitrotech 29-3-2016 10:05 AM
Kawtim banyak sangat.ni.pakai barang cap ayamm.
Quote chinta89 29-3-2016 10:22 AM
bekki jgn tak bekki.. duit mariiiii~
Quote dodolgemok 29-3-2016 01:48 PM
Haritu gopoh sgat nak bukak cepat siap claim lagi murah pelbagai. Ujong2 rosak sana sini nak perbaik lagi dah jadi mahal. Bodoh betul contractor dungu kaki rasuah guna brg murah jah. Mohon merepot lah cilake tersebut!
Quote chimpera 29-3-2016 06:48 PM
kawasan paya dan tanah gambut
senang terbenam
Quote cyberjaye 29-3-2016 10:43 PM
Wang kena 1malaysia sapu lagi
Quote Skuau 30-3-2016 12:51 AM
dodolgemok replied at 29-3-2016 01:48 PM
Haritu gopoh sgat nak bukak cepat siap claim lagi murah pelbagai. Ujong2 rosak sana sini nak perbaik ...

Airport tmpt hang sebijik cm puduraya...ada hati pulak nak kutuk2 orng...x tau malu ka?
Quote bluehedgehog 30-3-2016 07:50 AM
Pembinaan KLIA2 paling murah dan cepat di dunia - Aziz Kaprawi
T K Letchumy Tamboo, Astro Awani | Jun 10, 2014 15:40 MYT
Quote bluehedgehog 30-3-2016 07:51 AM
umno da tipu/rasuah berpisah teda

Kerajaan BN terus berbohong tentang kos pembinaan KLIA 2
1 April 2014
KUALA LUMPUR, 1 APR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk ke sekian kalinya menipu rakyat berhubung kos pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) apabila Timbalan Menteri Pengangkutan Dato’ Abdul Aziz Kaprawi akhirnya mengakui bahawa pembinaan lapangan terbang itu akan menelan kos lebih dari RM4 bilion.

Menurut Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara Tony Pua, kerajaan telah berulangkali menegaskan bahawa kos pembinaan KLIA2 tidak akan melebihi RM4 bilion setelah CEO AirAsia Group Tan Sri Tony Fernandes membuat dakwaan pada bulan Julai 2012 bahawa kos pembinaan lapangan terbang berkenaan telah mencecah RM5 bilion.

“Pada bulan Oktober 2012, kita diberitahu di Parlimen oleh Timbalan Menteri Pengangkutan ketika itu, Dato’ Abdul Rahim Bakri, bahawa kos pembinaan telah meningkat kepada RM4 bilion. Pemangku Menteri Pengangkutan sekarang, Dato’ Seri Hishammuddin pada bulan Ogos 2013 menegaskan bahawa kos pembinaan tidak akan melebihi RM4 bilion.

Pada 9 Februari tahun ini, Dato’ Abdul Aziz Kaprawi yang kini mengetuai Jawatankuasa Khas Kabinet berkenaan KLIA2 sekali lagi mengesahkan bahawa kos lapangan terbang itu tidak akan melebihi RM4 bilion walaupun perkara itu diragui oleh beberapa pihak dalam industri terbabit.”

Bagaimanapun, Aziz dalam laporan The Edge kelmarin mengakui bahawa Financial Daily bahawa kos KLIA2 adalah lebih daripada RM4 bilion berikutan perubahan dalam skop kerja dan “perkara lain yang tidak dijangka,” tanpa menyebut secara jelas sebesar mana peningkatan kos.

Aziz dilaporkan telah menerima taklimat dari pegawai MAHB mengenai peningkatan kos KLIA 2 yang menurut beliau akan ditanggung syarikat pengendali lapangan terbang bukannya dana awam, namun bagi Tony Pua Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) adalah syarikat milik kerajaan yang telah diamanahkan dengan wang rakyat.

“MAHB khususnya dengan jelas menunjukkan ketidakcekapan, salah urus dan menyembunyikannya dengan menggunakan penipuan serta pembohongan secara terang-terangan,” katanya dalam satu kenyataan awal pagi tadi.

Beliau yang juga Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan tegas terhadap pengurusan atasan MAHB.

Katanya lagi, Menteri Pengangkutan juga harus dikenakan tindakan kerana gagal memantau MAHB.

“Paling penting, kontrak Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid yang telah dilanjutkan dua kali sejak kos pembinaan KLIA2 melonjak kepada RM4 bilion mesti ditamatkan serta-merta,” ujar Tony.

Menurut beliau lagi, Najib perlu menghukum Bashir untuk memberi peringatan kepada semua GLC lain bahawa atau beliau tidak akan bertolak-ansur dengan ketidakcekapan dan salah-urus yang melibatkan pembohongan terang-terangan.

Bajet awal KLIA2 ketika kali pertama diumumkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat pada Julai 2007 adalah sebanyak RM1.7 bilion.

Jumlah berkenaan kemudian meningkat kepada RM2.0 bilion pada Mac 2009, RM2.5 bilion pada Oktober 2010 dan MAHB pada November 2011 memaklumkan bahawa kos KLIA2 meningkat sehingga RM3.9 bilion.
Quote qronaldo7 30-3-2016 10:38 AM
wana89 replied at 29-3-2016 09:27 AM
Kalo tambah 96 jota, berape total cost Semua??

ini sume sbb tanah kelapa sawit tu. mesti soil treatment ade slack mne2
Quote wana89 30-3-2016 10:42 AM
qronaldo7 replied at 30-3-2016 10:38 AM
ini sume sbb tanah kelapa sawit tu. mesti soil treatment ade slack mne2

Kaw kelapa sawit biasa tanah apa?? Senang mendap.. KLIA aman2 jer
Quote qronaldo7 30-3-2016 10:45 AM
wana89 replied at 30-3-2016 10:42 AM
Kaw kelapa sawit biasa tanah apa?? Senang mendap.. KLIA aman2 jer

gambut.. tanah tu kurg padat. kalau salah wat rawatan tanah mmg mendap la.
klia tu rasanya mmg betul dorg wat. klia 2 ni kan nk kejar masa. tkut ade missing

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.052316 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top