Oleh : TS LOO
Kita sedia maklum, kalau terpijak kulit pisang pasti tergelincir jatuh atas lantai, sakit semestinya sakit khususnya di bahagian punggung. Namun secara logiknya situasi sedemikian lazimnya kelihatan dalam drama atau dunia kartun sahaja, kan? Walau bagaimana pun, baru-baru ni dalam laman web wujud sekumpulan orang membuat rakaman video detik-detik memijak kulit pisang dengan niat ingin mengetahui sejauh mana kebenaran apabila memijak kulit pisang sesorang itu akan jatuh tergelincir dan video tersebut dimuatnaikkan pada media sosial.
Mungkin apa yang dilakukan oleh mereka anda beranggapan tindakan itu membuang masa. Tapi, tahu tak anda tag berlabel #bananapeelchallenge tersebut kini menjadi popular dengan pantas di media sosial, selepas menontonnya ramai tidak sabar ingin mencuba cabaran kulit pisang ni!
Orang pertama yang memuatnaikan video jatuh tergelincir akibat pijak kulit pisang merupakan Jason Oakes. Dia beritahu menerusi paparan video, tak sabar nak mencuba adalah kerana keinginan untuk mendapat kepastian samada betul ke kulit pisang begitu licin seperti yang ditunjuk dalam kartun atau filem animasi. Melalui paparan video, jelas kelihatan ketika kali pertama pijak kulit pisang, Jason hanya rasa sedikit licin saja dan tidak jatuh pun. Akibatnya, Jason merasa amat kecewa dengan ujian tersebut, habis saja menyuarakan kekecewaan, tiba-tiba dia jatuh tergelincir atas lantai sambil tertumpah air yang terletak di atas meja. Setelah video berkenaan dimuatnaikkan dalam media sosial, memperolehi lebih 89 ribu orang klik 'like' dan 86 ribu orang berkongsi video berkenaan. Hasilnya, ramai netizen setelah menonton video itu mula meniru Jason melakukan perbuatan memijak pisang dan jatuh tergelincir di lantai.
Was not expecting that #ouch #bananapeelchallenge 🍌 pic.twitter.com/ZeAU6BwTWH — Amelia (@ameliagross0) March 28, 2016
Walau bagaimana pun, sebenarnya kajian memijak kulit pisang dan jatuh tergelincir tersebut pernah menerima anugerah Nobel Jenaka Dalam Fizik pada tahun 2014. Ketika itu, terdapat seorang sarjana di Universiti Kitasato di Tokyo, Jepun bernama Mabuchi bersama pasukannya menghabiskan dana biasiswanya untuk menjalankan kajian berhubung tahap geseran kulit pisang di makmal dengan tujuan untuk memastikan sejauh mana licinnya kulit pisang. Hasil kajian membuktikan kulit pisang sememangnya lebih mudah menyebabkan seseorang yang terpijaknya jatuh tergelincir berbanding dengan kulit limau dan buah-buahan yang lain. Selain itu, kajian tersebut turut mendapati kulit pisang mengandungi Polisakarida gel folikel yang juga boleh didapati pada tulang periosteum manusia, jadi ianya boleh juga digunakan sebagai bahan-bahan dalam sendi tiruan untuk menghasilkan rekaan sendi tiruan yang lebih berkualiti.- CARI Infonet |
8
Bagus |
10
Marah |
14
Terkejut |
10
Sedih |
4
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
siape_aku replied at 1-4-2016 10:38 AM
omputih ni...mnde bodoh yg menyakitkan die nak buat....sah2 la belah dalam kulit pisang tu licin...
ADVERTISEMENT