CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Sangka Mengandung Anak Kembar Lima

4-4-2016 04:16 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 7231| Komen: 24


Oleh Fyruz Hanna

INDIA - Seorang ibu tidak menyangka dia mengandungkan lima orang anak perempuan semasa melahirkan mereka di sebuah hospital.

Manita Singh,25, terkejut kerana diberitahu doktor bahawa dia mengandung lebih daripada satu anak.

Sepanjang hamil, Manita tidak pernah melakukan imbasan untuk melihat kandungannya.


Kesemua bayi tersebut dilahirkan dengan berat 1.3kg dan bapa Mahesh Singh, sangat gembira dengan berita tersebut.

"Saya bersyukur kepada tuhan kerana bukan hanya mendapat seorang anak sahaja sebaliknya lima anak," katanya dipetik Metro.uk

Ini kerana pasangan ini pernah kehilangan anak mereka dua tahun lalu sebaik dilahirkan. -CARI Infonet.

Sumber:Metro.uk
20

Bagus
15

Marah
12

Terkejut
15

Sedih
8

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (91 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 4-4-2016 07:25 AM
Edited by tongkatwaran75 at 4-4-2016 07:38 AM

April 4, 2016

CHHATTISGARH - INDIA. Seorang wanita yang pada mulanya menyangka mengandungkan seorang bayi terkejut apabila dia melahirkan bayi perempuan kembar lima dalam masa setengah jam.

Manita Singh, 25, dimasukkan ke hospital kerajaan di Ambikapur, Chhattisgarh di timur India, semalam selepas mengadu sakit perut.

Doktor yang menyambut bayi berkenaan pada jam 11 pagi mendapati, wanita itu sebenarnya bukan hanya mengandungkan seorang bayi sebaliknya lima bayi perempuan.

Menurut doktor, wanita itu tidak pernah melakukan imbasan sepanjang kehamilan.

Kesemua bayi tersebut selamat dilahirkan dengan berat 1.3kg setiap seorang dan kini diletakkan di bawah pemantauan doktor di Unit Rawatan Rasmi (ICU).

Bapa bayi kembar itu, Mahesh Singh, 26, berkata, dia sangat gembira dengan kelahiran kelima-lima anak perempuannya itu.

"Saya bersyukur kepada tuhan kerana bukan hanya mendapat seorang anak sahaja sebaliknya lima anak," katanya dipetik Metro.uk

Tambah lelaki itu, dia pernah bersedih kerana kehilangan anak pertama yang disahkan meninggal dunia sebaik dilahirkan dua tahun lalu tetapi kini tuhan menggantikan kesedihannya itu dengan  menganugerahkan lima anak sekali gus.

"Saya hanya berharap kesemua mereka akan hidup dan berjanji akan membahagiakan mereka," ujarnya lagi.

Ibu kembar berkenaan berada dalam keadaan stabil dan doktor memantau rapi kesemua bayi kembar berkenaan yang berkemungkinan mempunyai peluang hidup yang tipis.

Sementara itu, Dr Tekam yang mengetuai pasukan doktor menyambut kelahiran bayi berkenaan, berkata, ini adalah kes pertama dalam kerjayanya yang berjaya menyambut kelahiran lima bayi secara normal.

”Kami amat gembira untuk ibu bapa namun bayi yang dilahirkan pra matang perlu diberikan pengawasan yang rapi.

”Walaupun mereka sihat, namun kita tidak boleh menjanjikan kesemua mereka akan terus hidup. Kami  akan lakukan yang terbaik untuk menyelamatkan mereka, " katanya.‎- Metro UK
Quote redz85 4-4-2016 07:33 AM
bagus lah mak ayah dia gembira dapat anak perempuan... indian lebih suka anak lelaki kan
Quote cap_ayam 4-4-2016 07:35 AM
Semoga membesar sempurna untuk babies ni.. Kesian lahir pramatang..dah cukup berat nanti boleh balik rumah ye..
Quote hanakikan 4-4-2016 07:50 AM
So kena kumpul duit byk2 nnt. Nak bagi hantaran kat pihak lelaki masa kawin nnt. Takut tak cukup duit bakar diri
Quote Suchi 4-4-2016 07:52 AM
mujur ler selamat semuanya, agaknya org susah tu yg tak g wat ultrasound. Tp takkan tak g sepital kan check setiap bln patutnya doktor mmg akn scan dr awal lg.
Quote eizarz 4-4-2016 07:55 AM
Suchi replied at 4-4-2016 07:52 AM
mujur ler selamat semuanya, agaknya org susah tu yg tak g wat ultrasound. Tp takkan tak g sepital ka ...

kat india xde kemudahan
Quote chinta89 4-4-2016 08:50 AM
jenuh la cari duit nk wat hantaran.. sb anak semua perempuan.
Quote delsmomm 4-4-2016 08:55 AM
takotnya nak veranak anak pompuan kalo iols duk kat india...

xde pembelaan terhadap kaum wanita kat sana..

ujung2 dijadikan hamba seks @ mangsa rogol..

semoga babies ni terlindung la dr perkara2 burok ittew...
Quote rosasa 4-4-2016 09:03 AM
tahniah ibu... akak is jeles.. teringin nak kembar..belum ada rezeki nak kembar..

semoga dijaga anak2 perempuan ni baik2..ye lah.. india kan
Quote Esmiria 4-4-2016 09:11 AM
tfmesti mok dia jerit sakit masa teran.india klo beranak,jerit dia kuat sgt.masa mok aku beanakkan aku,kelingsblh dia jerit lbih kuat dri yg lain msa teran.

ni ksh btul. CIA CIA CIA.


Quote missfake 4-4-2016 10:18 AM
semoga semua baby ni selamat dan jadi orang berjaya satu hari nanti..
kuat sungguh benih bapak n mak tak payah buat rawatan kesuburan pun boleh dapat 5 twins
Quote zuri154 4-4-2016 09:10 PM
Suchi replied at 4-4-2016 07:52 AM
mujur ler selamat semuanya, agaknya org susah tu yg tak g wat ultrasound. Tp takkan tak g sepital ka ...

aritu ada baca kt fb sorg dokter. dia ckp kt negara india dibolehkan ultrasound utk tgk keadaan baby ok atau tak tapi undang2 di sana melarang dokter memberitahu jantina bayi yg dikandung kpd parents sb kt sana masih ada segelintir parents yg bunuh anak dlm kandungan jika didapati bayi yg dikandung adalah perempuan.
Quote chazey 4-4-2016 09:19 PM
Edited by chazey at 4-4-2016 09:21 PM
delsmomm replied at 4-4-2016 08:55 AM
takotnya nak veranak anak pompuan kalo iols duk kat india...

xde pembelaan terhadap kaum wanita k ...


Kezen aiol blaja dentistry kat Yindia.

Sheol comel. Chinese look gitu, kulit pun puteh gebu. Masa naik bas, ada sekumpulan anak2 muda lelaki Yindian coba nak piwit2 dekat dia dan kawan2. Dengan tidak semena-mena sorang lelaki tua berdiri pastu tampar lelaki2 tu satu persatu sambil membebel cakap Tamil marah depa.

Tak tau pula aku kezen tu blaja area mana.

Cerita kezen ni mengubah persepsi aku terhadap Yindia.

Quote mak_wa95 4-4-2016 09:34 PM
besornya pampers
Quote mujer_in_espejo 4-4-2016 09:50 PM
Teringat kisah  american kat Eve.. Ferill Five klu x silap. Kembar 5 jgk. Payahnya nak jaga ni uolls.. smpi upah nanny shift mlm utk jaga.. sbb mmg x menang tgn. X dpt tido n rehat klu x upah nanny utk mlm. Belanja pon mahal.. sampai komuniti dorg buat derma utk penjagaan babies kembar 5. Sbb x cukop. Hrp2 baby india ni dijaga dgn rapi n mmbesar dgn sihat
Quote delsmomm 4-4-2016 10:25 PM
chazey replied at 4-4-2016 01:19 PM
Kezen aiol blaja dentistry kat Yindia.

Sheol comel. Chinese look gitu, kulit pun puteh gebu.  ...

ye ke...

mcm sukar utk iols terima berita tu walopon benerr belaka..

sbb kazen iols kena raba kat epot pd hari dia sampai di yindia..

dia terjerit2 tp xde pon peg polis or imig yindia yg ambik pusing..

hanya tourist2 yg bantu..

sbb tu la iols takut & phobia dgn yindia sis..

OT sat..tempat uols xcuti jerebu kew..?


Quote mbhcsf 4-4-2016 10:39 PM
tahniah

1.3 kg ye

hmm.................memang kena pantaulah segala perkembangan dan semua.

well...wow 5 ye.
Quote amyza 4-4-2016 10:49 PM
Seronok nye ramai ank pompuan. Tp kat India kena hati2 laa jaga ank pompuan.

Iols tgk member dpt twin,xcukup tido. Dari keje terus benti. Njut baby, 1dgn tgn 1lg dgn kaki.
Quote ChildrenOfBodom 4-4-2016 11:03 PM
CHHATTISGARH, sungguh evil nama tempat ni, persis nama2 tempat di middle earth

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.062800 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top