CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sabotaj Ke? Nasi Lemak 'Cicak' Dihidang Dalam Pesawat AirAsia

8-4-2016 10:46 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 22436| Komen: 165|Original author: tengkuhaadi

Oleh Izzah Abbasy

Jadi viral setelah seorang penumpang pesawat penerbangan Air Asia mendakwa menemui seekor cicak ketika sedang menikmati nasi lemak yang dibeli di dalam pesawat berkenaan.

Penumpang tersebut, Awang Waseem yang menceritakan perkara itu memberitahu, dalam kejadian pada 27 Mac lalu, dia yang menaiki pesawat tersebut untuk ke Kuching telah membuat pesanan makanan dengan menu nasi lemak.



“Semasa saya sedang makan, saya terjumpa seekor cicak di dalam makanan saya. Saya telah memaklumkan kepada pramugara dan dia meminta bekas makanan saya untuk ditukar yang lain.

“Tetapi saya tidak mahu bagi. Setelah saya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching saya terus ke balai polis buat laporan,” katanya menerusi laporan yang dibuatnya.

Laporan polis itu kemudian dimuat naik ke laman sosial berserta gambar nasi lemak yang dibelinya dan telah dikongsi di Facebook Oh Media!.

Waseem juga menyatakan dia bukanlah ingin sengaja untuk membuat laporan polis namun ia bertujuan sebagai langkah berjaga-jaga terhadap keselamatan dirinya. Sekaligus, memberi peringatan kepada penguasaha makanan untuk setiap penerbangan agar mengutamakan kebersihan.

Nak tanya ni, nak 'order' lagi tak nasi lemak dalam kapal terbang Air Asia? Kenapalah nasi lemak ayam boleh bertukar jadi nasi lemak cicak ya? Ada orang sabotaj ke apa ni? - CARI Infonet



3

Bagus
9

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
12

Lawak

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slavehunter 6-4-2016 10:19 PM
Owh nooooo......aku baru nak try Nasi lemak pak nasser ni.....
Quote chazey 6-4-2016 10:21 PM
Haigooooo cicak seketul tu!

Cash la buat Air Asia. Dulu bukan main sindir MAS isu nasi lemak telanjang bagai. Diharap MAS buat counter attack nasi lemak kami halal toyyiban tiada bangkai cicak gitu.
Quote kemaruk 6-4-2016 10:23 PM
Bangkem banyak kali dah terjumpa haiwan dalam makanan nih.. kat hotel, restoran, flight..

Tapi tak pernah hebohkan.. bangkem cuma panggil pelayan, mintak tukar yang baru..

Kalau korang pernah ada restoran sebelum ni, korang paham la..
Lain la kalau ada tikus seketul atau kucing seekor dalam makanan, baru la komplen lebih2..
Quote spankee_fili 6-4-2016 10:23 PM
mak aih...macam baru jek lagi airasia sindir mas...
betulla cash...
Quote pasemboq 6-4-2016 10:25 PM
Warga malaysia suku pakistan tak pernah dpt extra protin ke sampai perlu buat repot bagai ?
Quote 1Apr16 6-4-2016 10:25 PM
Apake nyanyok...nama dia Abbas Waseem  la
Quote 1Apr16 6-4-2016 10:27 PM
pasemboq replied at 6-4-2016 10:25 PM
Warga malaysia suku pakistan tak pernah dpt extra protin ke sampai perlu buat repot bagai ?

Dia warganegara pakistan
Quote MissNigga 6-4-2016 10:27 PM
nasik lemak sambal cicak ...
Quote 1Apr16 6-4-2016 10:28 PM
Dok felda kerja apa ? Buruh kutip buah ke ?
Quote Artemesiaa 6-4-2016 10:29 PM
Euwww pening le AA dah le makin banyak isu sekarang ni
Quote Themilo 6-4-2016 10:29 PM
Selama akak naik AA, sekali pun tak pernah teringin nak order in flight meal, walaupun baunya memanggil-manggil.. Padan la tempting sangat baunya sis
Quote cmf_conan 6-4-2016 10:31 PM
kemaruk replied at 6-4-2016 10:23 PM
Bangkem banyak kali dah terjumpa haiwan dalam makanan nih.. kat hotel, restoran, flight..

Tapi ta ...

ntahnye.. kalo tak kerana teh susu dlm teko aku tu dah tinggal sikit..
aku pon tak perasan ada 2 ekor cicak tengah berenang2 dlm tu..
owh.. sekor dah innalillah sebelum sempat aku buat apa2..
Quote kucen_miang 6-4-2016 10:32 PM
Kes terpencil
Quote kemaruk 6-4-2016 10:39 PM
cmf_conan replied at 6-4-2016 10:31 PM
ntahnye.. kalo tak kerana teh susu dlm teko aku tu dah tinggal sikit..
aku pon tak perasan ada 2  ...

Kalau cicak dalam air minuman memang melampau la..

Kalau lalat ke, semut ke, ulat ke.. anggap takde ape je..

Kalau lipas dan cicak, tengok jenis makanan gak.. kalau disediakan secara banyak, memang susah la nak perasan atau elak serangga tu masuk.. kalau nak komplen pon, berpada pada la..

Tapi kalau dalam cawan air pon ada cicak, hmm memang cuai la restoran tu
Quote pearl.silver 6-4-2016 10:41 PM
Weols pnh masak rendang kt kampung dulu..xperasan sekor cicak dah jatuh dlm kuali.,
Bila perasan cicak tu dah hampir lunyai..
Sekuali rendNg tu kena buang
Quote pearl.silver 6-4-2016 10:42 PM
Cemana cicak tu leh masukk
Quote cmf_conan 6-4-2016 10:44 PM
kemaruk replied at 6-4-2016 10:39 PM
Kalau cicak dalam air minuman memang melampau la..

Kalau lalat ke, semut ke, ulat ke.. anggap t ...

ni kat rumah lah

kalau mcm kes AA ni aku anggap tak sengaja je la..
kalo hari2 ada kes mcm ni lain citer lah..

yg melampau, ko nampak cicak ke lipas dlm bekas lauk kat kedai.
bgtau orang kedai.. die senduk je cicak ke lipas tu kuar dr bekas.. pastu buat xtau..
tu memang hauk laaa...

Quote kemaruk 6-4-2016 10:44 PM
pearl.silver replied at 6-4-2016 10:42 PM
Cemana cicak tu leh masukk

Dengan izin Allah..
Quote TuntungReturn 6-4-2016 10:47 PM
pi report polis buat pa, p mintak gnti rugi
dpt rm2,000 pun jdik la. sapa nk bgik?.. pi gertak dlu, klo x bgk sy viral kt fb

Lihat semua komen(165)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.192475 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top