Oleh Adib ZA
Siapa yang tak tertawan dengan hidangan bakso yang dipenuhi dengan bebola daging. Lazatnya! Untuk menikmati bebola dagingnya yang lebih segar dan enak, penyediaan sendiri lebih baik. Ini kerana anda boleh mengawal nisbah daging dan juga rempah ratusnya sendiri. Jom cuba resipi bakso ini yang dipetik dari laman Rasa. Bahan-bahan: 500 gm mi kuning | dicelur seketika 500gm daging kisar 3 biji telur 150gm bawang merah | dikisar
100gm bawang putih | dikisar 50gm serbuk jintan manis | dikisar 30gm serbuk jintan putih | dikisar 20gm serbuk ketumbar | dikisar 5gm kulit kayu manis 5gm bunga lawang 5gm bunga cengkih 1.5 liter air 1 sudu makan garam 1 sudu makan gula Cara-caranya: 1. Untuk membuat bakso, campurkan bahan kisar bersama daging hancur, telur, bawang merah serta bawang putih rata. Gaul hingga sebati dan kepalkan menjadi bentuk bebola. Ketepikan. 2. Untuk sup, panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah, jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar serta kulit kayu manis, bunga lawang dan juga bunga cengkih. 3. Masukkan air dan biarkan hingga mendidih. 4. Masukkan bebola daging yang telah dibuat tadi dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Biarkan mendidih dan pastikan bakso telah masak. 5. Hidangkan panas-panas bersama mi kuning. - CARI Infonet Sumber resipi: Rasa.my |
15
Bagus |
20
Marah |
14
Terkejut |
8
Sedih |
14
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT