CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

8 Ular Terbesar Di Dunia Yang Pernah Dirakam Kamera

19-4-2016 03:56 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 28172| Komen: 40


Oleh : Dean BZ


Spesis ular diseluruh dunia terdapat bermacam jenis dengan pelbagai saiz. Ada ular yang mencapai sehingga puluhan meter dengan berat hampir 100kg.

Jadi ular apakah sebesar itu, adakah sejenis raksasa. Ya, sememangnya kita di Malaysia jarang menemui ular sebesar Anaconda yang mungkin anda pernah lihat di kaca televisyen. Di Malaysia, ular sawa adalah ular yang paling besar pernah di temui tetapi saiz ular yang ditemui tidak sebesar dan sepanjang ular-ular raksaksa dibawah ini.

Mungkin ada tersimpan ular-ular yang besar bersaiz raksaksa dan berusia ratusan tahun di dalam hutan Malaysia. Namun masih ada sesiapa yang belum menemuinya, siapa tahu kan.

Jom kita lihat antara 8 ular terbesar didunia yang pernah ditemui, dipetik dari ilmusiana.com



Terbesar 1: Ular Titanoba (Boa Titan)
Ramai orang salah sangka bahawa ular terbesar di dunia adalah Anaconda. Namun, ternyata pemegang rekod ular terbesar di dunia saat ini dipegang oleh ular Titanoboa (Boa Titan). Salah satu reptilia purba yang hidup sekitar 50-60 juta tahun yang lalu ini hidup sezaman dengan Dinosaurus. Ular Titanoboa memiliki panjang sekitar 14 meter dengan berat tubuh lebih dari 1000 kilogram. Diameternya saja sebesar 2 kali pinggul orang dewasa. Habitat alaminya dikatakan berada di sekitar Colombia bahagian utara, tempat fosilnya pertama kali di temukan oleh Tim Ilmuwan International pada tahun 2009 lalu di daerah Cerrejon, Colombia.


Terbesar 2: Ular Anaconda
Masih ingat filem tentang ular besar tahun 90-an lalu? Ya, itulah Anaconda, kami tempatkan di urutan ke-2 sebagai ular terbesar di dunia. Anaconda terbagi menjadi 2 jenis, aitu Anaconda hijau dan Anaconda kuning. Ular ini yang banyak hidup di kawasan perairan dan rawa Amazon, Brazil. Ukuran Anaconda dewasa biasa sepanjang tiga kereta atau sekitar 15 meter dengan berat lebih dari 200 kilogram. Dengan ukurannya itu, Anaconda mampu meremukkan buaya hingga tewas. Berikut salah satu foto ular terbesar itu :


Terbesar 3: Anaconda Sungai Abuna
Sungai Abuna Brazil ternyata menyimpan juga salah satu ular terbesar di dunia jenis Anaconda. Sebelumnya, memang sudah banyak laporan tentang kemunculan ular raksasa ini. Ular ini memiliki panjang sekitar 13 meter dengan berat kira-kira lebih dari 150 kilogram. Salah satu reptilia raksasa ini sangat jelas terlihat ketika kapal berlabuh di sungai Abuna, Brazil. Bahkan, ular ini terkenal sangat ganas kerana sering kali menyerang kapal-kapal tersebut. Berikut ini adalah salah satu foto Anaconda Abuna yang pernah dirakam kamera:


Terbesar 4: Ular Raksasa Kongo
Ular ini adalah raksasa pertama kali dilihat di Kongo beberapa tahun dulu. Ketika itu, seseorang berjaya menangkap kelibatnya menggunakan kamera dari atas helikopter. Di anggarkan, ular ini memiliki panjang sehingga 16 meter.


Terbesar 5: Ular Nabau Kalimantan
Tahun 2009 lalu pernah dikeluarkan salah satu foto dari udara tentang penampakan seekor ular besar di sebuah sungai sekitar Kalimantan. Ramai yang mempercayai bahawa ular tersebut adalah ular Nabau yang memang sudah menjadi legenda di Kalimantan. Dari apa yang dirakam kamera, ular tersebut diagarkan memiliki panjang sekitar 30 meter. Berikut ini adalah foto penampakan ular terbesar tersebut:


Terbesar 6:  Ular Phyton Guihua
Selain di Kalimantan, ular terbesar di dunia dapat juga ditemui di Sumatera, iaitu ular Phyton Guihua. Ular raksasa ini pernah ditangkap oleh warga tempatan pada tahun 2002 lalu. Dengan panjang melebihi 14 meter dengan berat sekitar 400 kg, ular ini layak dikategorikan sebagai ular raksasa. Berikut ini adalah foto penampakan ular Phyton Guihua tersebut:


Terbesar 7: Ular Phyton Filipina
Ular terbesar di dunia selanjutnya pernah ditangkap di Filipina. Ular jenis Phyton ini banyak hidup di dalam hutan hujan tempat suku Agta Filipina tinggal. Reptilia raksasa ini mendapat perhatian khusus dari seorang Ilmuwan internasional, Thomas Headland. Dari rangkaian penelitian yang dilakukannya, ditemui fakta yang mengejutkan bahawa banyak dari anggota-anggota suku Agta yang sudah menjadi korban keganasan ular ini. Suku itu sendiri telah melakukan banyak penangkapan terhadap ular Phyton tersebut. Berikut ini adalah salah satu foto hasil penangkapan ular Phyton yang dilakukan oleh suku Agta: 


Terbesar 8: Ular Boa China
Ular terbesar di dunia selanjutnya diemui di Jiangxi, China. Ular jenis Boa ini secara tidak sengaja ditemui oleh pekerja yang sedang membuat jalan raya baru di sekitar hutan. Kehadiran pekerja dan bisingnya alat jentera berat seakan mengusik ketenangan ular tersebut. Dengan tubuh raksasa, ular tersebut tiba-tiba saja menampakkan dirinya lalu mengejutkan para pekerja. Salah seorang pekerja sempat mengabadikan momen kehadiran ular Boa tersebut dalam sebuah foto. Berikut ini merupakan gambar kemunculannya.


Bayangkan ular sebesar ini sedang membaham mangsa, pasti patah riuk dibelit olehnya. Seram kan! - CARI Infonet.



7

Bagus
4

Marah
13

Terkejut
7

Sedih
12

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • RaginiEHarris

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dondangdendang 19-4-2016 04:22 PM
waaaa......besar nya
Quote chinta89 19-4-2016 04:25 PM
sekali ngapppp.. terus telan.
Quote AisyDani13 19-4-2016 04:56 PM
Seram







Quote Jajabeans 19-4-2016 05:56 PM
ular yang passed away ritu pun besar gak
Quote blackwidowbae 19-4-2016 06:04 PM
Homaiii ngerikkkkkk!!!
Quote sambaldurian 19-4-2016 07:54 PM
Ot kejap.ak xtaw ape motif klu mimpi ular org nk masuk minang. So klu tgk ni mane taw leh mimpi ular. Jumpe jgn la.seram
Quote imransulaiman 19-4-2016 08:00 PM
Semua ular ni cantik
Quote RamboMandul 19-4-2016 10:17 PM
Ular Sungai Congo tu photoshop .
Quote RamboMandul 19-4-2016 10:18 PM
chacon replied at 19-4-2016 05:15 PM
ni pun besar gak...orang cakap kat putrajaya

Putrajaya memang banyak ular . Huhu .
Quote sgshuhu 19-4-2016 11:54 PM
WAhhhhhhh

Quote taji2906 20-4-2016 09:17 AM
ular dalam kubur nanti lagi la besar...
Quote Artemesiaa 20-4-2016 12:06 PM
Mengerikan besar macam tu tentu senang je nak telan manusia
Quote uori 20-4-2016 12:20 PM
besor besornya  
Quote DeMax 20-4-2016 12:32 PM
chacon replied at 19-4-2016 05:15 PM
ni pun besar gak...orang cakap kat putrajaya

Ni ulaq Pekan
Quote mawar24 20-4-2016 02:08 PM
besaq sungguh mesti byk makan orkid merah ;)
Quote mesmerize 20-4-2016 02:30 PM
penah tengok ular besar2 termasuk yg albino kat pameran haiwan eksotik
mmg besar macam batang kelapa
pastu bahagian perut depa lagi besar, baru lepas makan kot
pastu semua tido bergulung je
Quote delisha09 20-4-2016 02:48 PM
tapi ular kepala hitam lg bahaya dia punya berbelik tu sampai pening kita tgk....huhuhu
Quote MariaClara 22-4-2016 05:10 PM
ngerinyeeeeee
Quote ijal_geng_mamak 27-4-2016 04:15 AM
gila lah!!

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.105864 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top