CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bil Elektrik Naik Mendadak, Fb Tnb Jadi Sasaran Orang Ramai Buat Aduan

21-4-2016 01:18 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 29473| Komen: 284|Original author: EJALTI




Oleh Fyruz Hanna

Berdepan dengan cuaca panas ketika musim Elnino ini, pengguna rata-rata memasang penghawa dingin namun perkara yang tak sedap didengar adalah apabila mereka menerima bil elektik mencecah tiga kali ganda dari kebiasaannya.

Kenaikan bil elektrik seakan tidak dapat diterima orang ramai kerana ada yang tetap menggunakan penghawa dingin dalam kadar sama sebelum negara dilanda El-Nino dan turut merasa kenaikan tersebut.

Tenaga Nasional Bhd (TNB) dalam kenyataan lain mendedahkan rekod penggunaan elektrik negara mencatat paras tertinggi di Semenanjung Malaysia iaitu 17,175 megaWatt ketika waktu puncak.

Akibatnya, FB TNB Careline menjadi sasaran orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kenaikan bil yang tinggi sejak akhir-akhir ini.

 

Namun, seperti yang dikongsi oleh Mohd Aswad dalam Fb boleh dijadikan panduan mengapa bil elektrik semenjak dua bulan ini meningkat.

Saya sertakan satu formula elektric, joule's law

H = i^2 x r X t

dari formula ni, kita dapat tahu haba akan mengubah jumlah arus.

dalam situasi harian, suhu di dalam sesuatu kediaman boleh memberi kesan pada aliran arus elektrik dalam rumah. elektrik kita tak boleh nampak jadi saya perlu bagi penjelasan kenapa TNB careline bagi keterangan sebab efek el nino.

contoh mudah:
peti ais
dalam cuaca suhu bilik biasa, 27 darjah celcius. satu peti ais akan menggunakan sejumlah unit elektrik untuk mengekalkan suhu di dalam peti ais dari 27 C ke 0 C. untuk mengurangkan suhu sebanyak 1 C, jumlah tenaga diperlukan ialah 4.19 kJ/kg.C.

so cara kiraan mudah, untuk mengurangkan suhu 200ml air dalam peti ais hingga menjadi ais kiub, 200ml = 200gram

0.2kg x (27-0)C x 4.19 = 26.46 kJ tenaga diperlukan untuk tukar air menjadi ais. ini dalam teori sahaja, dari segi praktikal lebih banyak tenaga diperlukan atas beberapa faktor.

dalam fenomena el nino, suhu persekitaran bukanya 27 C, tetapi ada yang mencecah 36C hingga 40C.

so dalam situasi sama semasa fenomena el nino,

0.2kg x (36-0)C x 4.19 = 30.168kJ tenaga diperlukan.

dalam situasi biasa, hanya 26.46kJ je diperlukan tapi bila ada je elnino, terus up jadi 30.168kJ. ni dari segi teori...praktikal pulak lebih dari jumlah ni.

beza suhu sebegini membuatkan peti ais kita bekerja lebih keras dan guna lagi banyak elektrik untuk kekalkan suhu sejuk.

Nak mudah fhm lagi, Bkn peti ais sahaja guna kompressor.. air cond juga sama. kita dulu kita set 20°.. sekarang tetap x berubah 20°.. tetapi disebabkan cuaca panas. Compressor perlu bekerja lebih untuk mencapai tahap suhu 20°.. sama juga dgn peti sejuk.. kita x pernah ubah set suhu sejak dari beli. Tapi bila suhu luar naik memdadak.. compressor perlu bekerja lebih.. ini yg kita perlukan terangkan pada pengguna

wiring dalam rumah juga memberi kesan pada penggunaan elektrik.

sesetengah kontraktor tidak membahagikan beban elektrik pada pendawaian rumah. ada situasi wiring tambahan tidak ditarik dari DB tapi disambung pada port soket. jika wayar panas disebabkan penggunaan elektrik yang banyak,ia juga bagi kesan bill elektrik meningkat. kontraktor sebegini menipu pelanggan dan tidak pasang wayar ikut spesifikasi suruhanjaya tenaga. ada kes air cond terbakar sbb wayar terlalu panas.

Sebenarnya ramai pengguna kurang faham dgn tariff elektrik. harga seunit makin tinggi bila penggunaan tinggi mengikut blok tariff. Tujuannya adalah utk menggalakkan penjimatan. Jika kWh makin byk. Maka harga blok tarif slps itu juga berbeza. Tarif blok ini hanya utk pengguna domestik shj dan tarif domestik ini masih disubsidikan. Pengguna industri dan komersial berbeza. ramai pengguna yg heboh2 kat media sosial ni berlagak macam pandai tapi tariff letrik utk rumah tak boleh faham.

harap lepas ni rakyat malaysia lebih berilmu dan kurang tunding jari salahkan pihak lain.

-CARI Infonet.
22

Bagus
16

Marah
10

Terkejut
11

Sedih
17

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (102 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idakamaruddin 21-4-2016 10:47 AM
iolss pn sama..bil bln lps 540

tak mampu nk bayooo full..iolss byr 200 jah..pastu smlm dpt bil jd blk 580
Quote ColbyRaikkonen 21-4-2016 10:51 AM
Baru pasang portable airpocond bulan ni....tak tau berapa bil kena...
biasanya pasang dalam 6 jam sehari saja...waktu malam
Quote lazim 21-4-2016 10:53 AM
naseb la aku semekin xde ekon. bil 45je sebulan
Quote sukacactus 21-4-2016 10:53 AM
Nak buat camna
Dl bwh 200 tp bln lps dah dkt 300
Dl pakai 2 jam sblm tido je
Skrg 6-7jam sehari on ac
Quote sipendiam 21-4-2016 10:54 AM
betul ke tarif elektrik naik eh? bil umah aku tak sampai lagi..selalunya awal2 bulan kang..

biasanya rm35 je sebulan.. duduk berdua.. kalau naik memang betul la tarif naik sebab kitorang xde aircond.. lampu pun malam je..tido tutup..
Quote nini_azmi 21-4-2016 10:57 AM
sy je yg berthn takde ekon kat rumah .dahla tgh preknen ni huhu.bahang yg amat tp.syg nk kuar duit byr bil mhl2. bil letrik dlm 50 jah sebulan.
Quote talapia 21-4-2016 10:57 AM
untungla TNB dalam beberapa bulan ni... penggunaan electric meningkat sebab cuaca. aku kat rumah pon on 3 aircon malam. huhu.. mendapatla bil 250++ dah 2 bulan. huhuhuhu.. nak kene cari kad magic la kot nak jimatkan bil. ke.. nak kene tampal pantiliner herba kt fuse box. hehehe
Quote dino 21-4-2016 10:57 AM
idakamaruddin replied at 21-4-2016 10:47 AM
iolss pn sama..bil bln lps 540

tak mampu nk bayooo full..iolss byr 200 jah..pastu smlm dpt ...

why korg punya bil tinggi sgt..... dlm bilik mmg psg... klau cuti almost 24jam on....
bil paling tinggi stakat ni rm150..... sila servis aircond tu..... cuci yg part atas tu.... cuci sendiri je....
btw dlm bilik 1 hp.... kat ruang tamu 1.5hp.... yg tu kdg2 psg.....
Quote mesmerize 21-4-2016 10:59 AM
rumah aku pun makin naik bil..
biasa 28-38 camtu.. bila el nino ni dari malam ke subuh nak ekon.. kena 52 bulan ni.. bulan lepas dalam 49
tapi aku guna inverter ekon panasonic.. jimat letrik katanya walaupon
fridge pun jenis inverter
Quote dino 21-4-2016 10:59 AM
sukacactus replied at 21-4-2016 10:53 AM
Nak buat camna
Dl bwh 200 tp bln lps dah dkt 300
Dl pakai 2 jam sblm tido je

I is heran.... aku psg lebih 10 jam kot..... takde cecah rm200 lg
tp psg 26 jah... fan tu ade dua bar....
Quote chinta89 21-4-2016 11:00 AM
iols guna kipas je.. sanggup tahan panas sikit. xmo ber ekon



Mengapa Bayar Lebih?
Quote rospinki 21-4-2016 11:01 AM
Motip masing2 tekejut?..dh tentu watt letrek tu naik bila tune aircond paling sejuk..kalu biasa 25° kdar moderate xdenya naik. Cer biasakan diri dgn dugaan panas tu..lama2 ok la..ni tk mentang bole on aircond tk reti berpanas dh..dugaan elnino je ni.
Quote idakamaruddin 21-4-2016 11:02 AM
dino replied at 21-4-2016 10:57 AM
why korg punya bil tinggi sgt..... dlm bilik mmg psg... klau cuti almost 24jam on....
bil paling ...

iolss mostly 24hrs bam dino..sbb kt umah mmg ada org... bkn half day xde kt rumah g keje... so mmg almost 24hrs..

aircond ada 2... kt bilik 1hp, kt living room 1.5hp..

pastu pasang yg paling sejuk dlm suhu 16-18c...lg2 tgh peknen ni mmg panas sgt..umah lak apartment... mcm pengudaraan x brp baik sgt..walaupun dkt beranda ada pokok2 besar tp still cahaya matahari tembak masuk dlm umah... still panas beruap2..

dh try jimat benda lain cth x pasang tv..still api byk tu gak

btw mmg sllu buang habuk kt filter tu cume bila bc kt tenet tips2 servis aircond..bersih kan motor kt luar tu kan..yg tu je x buat sbb tggi kene panggil techincian la buatkan..tp kos dorang pn dh dkt 200...

hadap je la bayo billl
Quote dubuk 21-4-2016 11:05 AM
malam malam tidur dubb pasang dua jam saja start pukul 11

lepas itu lantak lah, dubb tidur mampus
Quote pr3ttytw33ty 21-4-2016 11:06 AM
tade ekon. pakai kipas full speed. bil 25 jah
Quote idakamaruddin 21-4-2016 11:07 AM
mesmerize replied at 21-4-2016 10:59 AM
rumah aku pun makin naik bil..
biasa 28-38 camtu.. bila el nino ni dari malam ke subuh nak ekon.. k ...

nyesal dulu x beli inverter...masa tu konon2 nk jimat 200 sbb inverter kan mahal dr biasa..

nyesall...nyesallll

murahnye bill..59 jah sebulan???
Quote dubuk 21-4-2016 11:08 AM
pr3ttytw33ty replied at 21-4-2016 11:06 AM
tade ekon. pakai kipas full speed. bil 25 jah

dubb tak boleh pakai kipas

sebab angin kipas boleh buat dubb mengamuk

Quote missDollie 21-4-2016 11:08 AM
nini_azmi replied at 21-4-2016 02:57 AM
sy je yg berthn takde ekon kat rumah .dahla tgh preknen ni huhu.bahang yg amat tp.syg nk kuar duit b ...

Sabar awak...abang ipar saya yang merupakan  boss kompeni pasang ekon pun tak da ekon kat rumah...hehehehehe...
Quote idakamaruddin 21-4-2016 11:09 AM
talapia replied at 21-4-2016 10:57 AM
untungla TNB dalam beberapa bulan ni... penggunaan electric meningkat sebab cuaca. aku kat rumah pon ...

serius menjadi ke?

iolss dh cuba kurangkan penggunaan brg letrik lain gak sbb aircond fully utilised tp mcm sama je...

kalau umah landed iolss teringin bayo org tnb sekat meter kt umah iolss... malangnye duk aparment meter kunci ngn management..xleh sekat meter

Lihat semua komen(284)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.051959 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top