Oleh : TS LOO sumber foto: google image
Bertindak kejam terhadap haiwan masih menganggap dirinya seorang wira! Selasa lalu, seorang lelaki memuatnaikkan sekeping gambar yang memaparkan seekor anjing yang kelihatan mati tergantung menerusi laman facebook yang bernama samaran Fadly Mezah kepada akaun facebook untuk kumpulan penternat angsa. Tindakan itu bukan sahaja mengundang kemarahan netizen, malah rata-rata bertegas mahu lelaki tersebut dikesan dan dikenakan tindakan perundangan yang sewajarnya.
Menurut lelaki tersebut, anjing liar itu telah menceroboh ke dalam ladang angsanya dan menyerang beberapa angsa belaannya, jadi dia terpaksa menjalankan hukuman mengikut cara sendiri ke atas anjing terbabit. Tanpa menyesal dengan perbuatan kejamnya, Fadly turut menulis 'Penjenayah Telah Pun Digantung Sampai Mati' pada gambar yang dimuatnaikkannya itu. Biarpun gambar tersebut telah pun dikeluarkan setelah menerima kecaman hebat, tetapi masih terdapat ramai netizen yang tidak senang hati dengan perbuatan kejamnya. Justeru itu, beberapa petisyen bersama telah pun diadakan oleh sebilangan netizen di internet dengan harapan dapat memperolehi tandatangan orang ramai yang sayangkan haiwan sebagai tanda sokongan agar dapat menyeru pihak kerajaan bertindak segera dalam isu berkenaan. [Petisyen link :Malaysia Airport Employee Hangs Dog And Posts Pictures Of The Act On Facebook! Demand Punishment !] Setakat pagi tadi, gerakan petisyen tersebut telah memperolehi sokongan lebih 3000 orang. Berdasarkan data peribadi yang ditunjukkan dalam akaun facebook Fadly Mezah, ternyata dia seorang pekerja di lapangan terbang. Jadi terdapat netizen berpendapat : "adakah anda semua nak manusia berjiwa syaitan ini menguruskan beg legasi anda?" Kebanyakkan netizen berpendapat, mereka tidak dapat terima sama sekali tindakan Fadly Mezah menjalankan hukuman dengan cara sendiri, biarpun dia tidak suka dengan anjing atau anjing tersebut memang bersalah, namun demikian dia tidak harus dan tidak ada hak untuk menyeksa sehingga anjing tersebut mati. Manakala pada 17 April lalu, organisasi bebas iaitu Malaysia Penyelamat Haiwan turut keluar kenyataan berhubung isu ini di mana laporan polis telah pun dibuat dan hanya memohon siasatan polis dijalankan serta-merta. Organisasi tersebut beritahu. mereka membuat laporan polis setelah mempunyai bukti yang kukuh, oleh itu Fadly jangan harap boleh terlepas dengan beralasan akaun facebooknya telah digodam. Menurut organisasi itu lagi, Fadly sebenarnya telah tersabit dengan kesalahan dalam Perkara 428 Kanun Peruntukan Jenayah ( Khianat dengan membunuh atau mencacatkan seseekor haiwan yang berharga lima ringgit).- CARI Infonet |
15
Bagus |
22
Marah |
20
Terkejut |
12
Sedih |
17
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT