CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

[Edisi Pelik]: Wanita 28 Tahun Tapi Berwajah 70 Tahun

22-4-2016 10:23 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 10540| Komen: 38



Oleh : TS LOO


Gara-gara melahirkan seorang anak, seorang ibu menderita penyakit pelik apabila wajahnya tampak seperti seorang nenek.



Ibu dari Zhengzhou, Henan ini sebenarnya berusia 28 tahun, namun malangnya wajahnya seakan-akan 70 tahun.



Wanita yang dikenali sebagai Hu Junhua ini disahkan menghidap kecelaruan kulit dinamakan Cutis laza.


Penyakit ini menyebabkan kulitnya semakin hari menjadi longgar, merebeh dan berkedut. Peliknya, ia hanya melibatkan kawasan pada muka dan leher Hu sahaja.



Penyakit ini dikatakan ganjil dan jarang berlaku, di mana kurang dari 10 orang disahkan menghidap penyakit berkenaan di dunia dan Hu adalah satu-satunya pesakit dari China yang menghidapnya.


Kini, Hu masih sedang mendapat rawatan dan bakal mendapatkan khidmat pembedahan kosmetik di Shanghai bagi membaiki wajahnya.



Pihak doktor di sana akan cuba sedaya upaya meskipun kurang yakin akan hasil pada wajahnya nanti.


Menurut Hu, suami sentiasa bersamanya dan tidak pernah merungut perihal wajah tuanya.


Bagaimanapun, hati ibu mana tidak tersentuh apabila menyedari anaknya mula menjauhkan diri serta malu memberitahu rakan bahawa dia adalah ibunya.


Berikutan penyakit yang dihidap, Hu Juan mengalami masalah keyakinan pada diri hingga dia mengelak untuk keluar rumah atau melihat cermin.- CARI Infonet




sumber info: http://plastytalk.com/
13

Bagus
14

Marah
15

Terkejut
25

Sedih
16

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote brown_pupil 22-4-2016 10:28 AM
Motip si anak menjauhkan diri??

Kalau aku, lempang je budak tu laju2.. tau x mak ko jadi cemgitu pun sebab nak memberanakkan ko..
Quote mokcikKSKB 22-4-2016 10:31 AM
brown_pupil replied at 22-4-2016 10:28 AM
Motip si anak menjauhkan diri??

Kalau aku, lempang je budak tu laju2.. tau x mak ko jadi c ...

Budak2 kot..mmg camtulah reaksi dia
Quote safieyah1984 22-4-2016 10:41 AM
kesiannya lahai, pengorbanan seorang ibu
Quote zameyla 22-4-2016 12:17 PM
uishh...kesian kat dia...
Quote AisyDani13 22-4-2016 12:26 PM
Allahu.
kesiannya..
yg kedut muka & leher ja?
hmm  gamba full pleaseee??

Quote uori 22-4-2016 12:45 PM
uishhh
kesiannya

Quote CrowneGlory 22-4-2016 01:32 PM
kesian ...nasib baik laki accept... kalau laki lain sepuluh batu dia tinggalkan bini dia ..xpun kasi hadiah madu satu
Quote Artemesiaa 22-4-2016 03:07 PM
Pelik juga penyakitnya ni moga beliau berjaya menjadi lebih baik selepas pembedahannya nanti
Quote ogata 22-4-2016 03:53 PM
Penyakit kulit??

i ada relative yang sakit kulit camni.. kesian teenager tapi kulit bkedut...

@ipes2 cer baca and komen
Quote AGSA 22-4-2016 04:45 PM
aku penah tgok live kat tv 7 kot petang2...xigt bila....tp sedih gila...respek kat suami dia

suami dia xptus2 crik smpai bape taon bila masok pogram realiti tu bru dpt jumpa....
Quote revoc 22-4-2016 05:20 PM
dulu dulu

aq takut balik umah atok

nape manusia nih kedout kedout,manusia kebyan...........huwaaaa

nakmoooooooo
lariiiiii
Quote -electrifying- 22-4-2016 05:25 PM
AisyDani13 replied at 22-4-2016 12:26 PM
Allahu.
kesiannya..
yg kedut muka & leher ja?

hilang keyakinan terus, tp bgus kan laki dia sentiasa bersama2
Quote Rainrein 22-4-2016 07:41 PM
Bagus laki dia. Pasal anak dia tu plak bole paham la nape dia malu. Bebudak kan, x cukup akal pun lagi.
Quote Rose1982 22-4-2016 10:01 PM
Ada tgk kisah ni dlm program body bizzare.. mmg cian tgk muka dia.. ada wat plastic surgery still nampak ala2 50's.. suami dia blh terima n support dia. Blh lg gi jln2 sama2 smbil pegang2 tgn.. tp tak pasan plak ada nmpk anak dia masa dokumentari tu..
Quote saladin780 23-4-2016 12:10 AM
sedihnya..
Quote sharlenetexas 23-4-2016 01:06 AM
Anak dia umur berapa? Kesian, mesti banyak urat2 halus yg putus masa bersalin dulu. Adakah fungsi biologi tubuh badan dia selari dengan umur 28 tahun? Atau muka je nampak tua?

Satu lagi sindrom cepat tua ni namanya Progeria syndrome. Umur 5 tahun pun dah mcm 70an. Selalunya mereka tak hidup lama.

Kalau alam haiwan pulak, haiwan yg awet muda ialah axotol (betul ke eja?). Ni tak pernah tua mcm peter pan.
Quote sharlenetexas 23-4-2016 01:16 AM
* axolotl




Quote sharlenetexas 23-4-2016 01:16 AM
* axolotl




Quote bianglala 23-4-2016 03:31 AM
semoga suaminya setia dan bagi moral support

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.115893 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top