Oleh Izzah Abbasy
Kalau musim panas-panas ini buah tembikai adalah buah yang sedap dimakan ketika cuaca sebegini. Tetapi yang lainnya di Taiwan, makanan yang sedang popular ini adalah roti yang bentuknya seakan buah tembikai. Tetapi ia bukan kek atau puding yang biasa dibuat oleh kakak-kakak di rumah ya. Sama seperti namanya, roti berbentuk kotak ini benar-benar seperti tembikai. Tidak hanya luarnya yang bahkan kulit tembikai, dalamnya atau isinya dengan warna merah lengkap dengan bijinya. Sekilas, bentuknya mengingatkan pada tembikai kotak inovasi petani di Jepun. Menurut keterangan Jimmy's Bakery sebagai penjual sekaligus pembuat inovasi roti tembikai ini, awalnya ia membuat untuk menarik perhatian kanak-kanak. Dengan paparan menarik, diharapkan kanak-kanak mahu memakan roti semasa musim panas yang biasanya membuat mereka tidak lalu untuk makan roti ini. Bahan pembuat roti unik ini pun selamat kerana menggunakan 'green tea' untuk kulit luar, strawberi di bahagian dalam dan bijinya pula menggunakan arang buluh. Tidak hanya merah, ada juga versi tembikai kuning. Namun tidak dijelaskan rasa roti ini apakah mirip tembikai juga. Malangnya, roti tembikai ini hanya dijual di Taiwan. Hanya di Jimmy's Bakery di Yilan. Bagi yang berkunjung ke negara tersebut tentunya roti tembikai patut dicuba! - CARI Infonet
|
red_cattleya replied at 25-4-2016 07:45 PM
waa..nampak sedap perasa stroberi..dah lah aku neh hantu roti..biar takde nasik asal ada roti
makneng replied at 25-4-2016 11:00 PM
Samalah, mak blh avoid nasi, tp tidak roti.. Huhu
AisyDani13 replied at 26-4-2016 02:45 AM
comeyyy.. nmpk nummy.. tp xnmpk roti, nmpk cam cake
ISTRIMITHALI replied at 26-4-2016 03:56 PM
sedap nyeeee kan kan kan... klau buat cake hari jadi pun ok.. hehee
ADVERTISEMENT