oleh Adib ZA Membuatkan bayi anda tertawa bukan perkara mudah. Ini kerana mereka masih belum boleh mengawal emosi sendiri.
Tapi, penting untuk membuatkan si kecil ketawa dan sentiasa gembira. Berikut merupakan beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk membuatkan si comel ketawa terbahak-bahak: Ba..Cak! Cara yang pertama untuk membuat si kecil ketawa adalah dengan 'Ba Cak' Cara yang satu ini telah sejak lama menjadi 'kaedah' untuk menghiburkan bayi. Ia boleh menyebabkan si kecil ketawa kerana perasaan terkejut dan juga melihat ekspresi anda yang dianggapnya lucu.
Anda boleh lakukan cara ini ketika bayi berada di atas pangkuan anda kerana waktu ini ia sedang fokus kepada anda. Meniup badan si comel Cara ini juga boleh diaplikasikan dan membuatkan si comel ketawa terbahak-bahak. Lekapkan mulut anda pada badan si kecil dan biarkan ia menimbulkan bunyi serta rasa geli pada bayi. Pendeknya, geletak menggunakan mulut. Pastikan mulut anda bersih supaya tidak ada kotoran yang melekat pada si comel. 'Makan' Jari Bayi memang sangat suka bila anda berpura-pura menghisap jarinya. Cuba lakukan seolah-olah anda sedang menikmati daging ayam lazat. Buatlah juga bunyi-bunyian seperti "nyam..nyam..nyam" pasti si kecil ketawa terbahak-bahak. - CARI Infonet |
20
Bagus |
18
Marah |
20
Terkejut |
12
Sedih |
12
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mbhcsf replied at 27-4-2016 08:07 PM
dengan kids ni nak bagi dpa ketawa be animated, buat suara bunyian alam ke - like ducks , cat, co ...
spring_gurlz replied at 28-4-2016 09:17 AM
Betul...selalu main ngan bb sy camni dia mmg gelak seronok!
Mannak replied at 28-4-2016 03:48 PM
The baby sees a clown in front of him/ her....
Mannak replied at 29-4-2016 11:50 AM
Do you go by hourly rate or whole day package?????
Mannak replied at 28-4-2016 03:48 PM
The baby sees a clown in front of him/ her....
ADVERTISEMENT