CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Dok Nyesal, Memang Sedak!" Sate 'Pelangi' Hidangan #4ZBrothers

28-4-2016 05:23 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 8664| Komen: 26

Oleh Izzah Abbasy

Restoran yang dikenali dengan #4ZBrothers menghidangkan sate ayam yang unik. Restoran sate ini berlokasi di Kemaman, Kuala Terengganu, dan mula viral di laman Twitter sejak kelmarin. Bukan sahaja unik, malah murah dan sedap pulak tu. Satu cucuk berharga 60 sen. Biar betul?

Ha, nak tahu apa yang unik tentang sate ini? Pemilik kepada restoran
#4ZBrothers, Muhammad Zulhanif Bin Hazman ini berkata, walaupun sate yang disediakan agak berbeza dan bermacam warna yang ada, namun rasa keaslian sate ayam sebenar langsung tidak terjejas malah sama sahaja seperti sate biasa. Apa yang membezakan, sate warna-warni ini hanya ditambah dengan pelbagai pewarna sahaja.
 
Tidak menterhadkan pilihan pelanggan,
#4ZBrothers juga menyediakan beberapa menu Western dan pelbagai pilihan makanan tempatan.  Namun, rata-rata yang datang pasti disebabkan keenakan sate 'pelangi' ini. Dengar cerita, feedback orang ramai cakap satay ni memang sedap dan berbaloi, artis pun pernah datang singgah. Tambah Zulhanif, perusahaan sate warna ini kemungkinan akan dibuat dalam bentuk sejuk beku untuk memudahkan orang jauh membuat tempahan.
 
Restoran
#4ZBrothers ini beroperasi setiap hari kecuali jumaat bermula pukul 4 petang hingga 12 tengah malam. Bagi anda dalam perjalanan ke Kuala Terengganu, boleh singgah di Kemaman dan cuba keenakan sate warna ini. Bak kata orang Terengganu "dok nyesal , memang sedak!". - CARI Infonet








Kredit : Trending



8

Bagus
15

Marah
3

Terkejut
17

Sedih
6

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 28-4-2016 09:55 PM
sate kaler hijau & merah tu flavor apa?
Quote Artemesiaa 28-4-2016 10:14 PM
Tak minat ler sate pakai coloring macam ni lebih baik makan yang asli kalau rasanya sama je
Quote moocoww 29-4-2016 12:03 AM
Mati selera tgk...
Quote adel7 29-4-2016 12:25 AM
sate yg kaler merah tu seram nak makan. terimagine daging yg merah tak masak lagi.
Quote honeylynn 29-4-2016 12:52 AM
Terus kembang tekak nak makan sate kaler2 cenggitu..
Quote Lagubestbest 29-4-2016 02:44 AM
Orang dah setahun dua mula organic, free range, healthy, tapi trend makanan kat Malaysia nih jadi kelaut pulak. Semua salah inspirasi dari street food thai la ni.
Quote sunquick 29-4-2016 08:32 AM
suka yg original lg...
kaler2 ni bukan elok pon...
Quote missDollie 29-4-2016 11:09 AM
Ewww...tak selera nengok...
Quote CrowneGlory 29-4-2016 11:16 AM
malaysian and coloring berpisah teda... euuwww sesangat

Quote tucenmeow 29-4-2016 11:21 AM
apalah yg duk suka sgt kat mknn warna warni.... green tea thailand tu kwn2 aku duk gila...byk pewarna je...
Quote Ya82 29-4-2016 11:29 AM
Food colouring klo selalu amik bahaya tuk kesihatan terutama kanak2.. skang trend kot sume nak warna warnia.. pau, roti jala, roti canai.. sume nak warna warni..

Peniaga tolongla bertanggungjawab sket.. dan pembeli/pelanggan tolongla alert menda2 gini..
Quote nh83 29-4-2016 11:45 AM
jadilah pengguna yg bijak..avoid pewarna dlm makanan..bahaya sgt..
Quote LabuLabi69 29-4-2016 12:44 PM
EvieWanKenobi replied at 28-4-2016 09:55 PM
sate kaler hijau & merah tu flavor apa?

capsicum dan cili merah
Quote fifie_olin 29-4-2016 02:18 PM
kaler2 la plk...kembang  tekak nk mkn
Quote susukambingbest 9-5-2016 10:54 PM
Tolak trus.. Btapa bnyknya chmical
Quote qronaldo7 10-5-2016 08:28 AM
EvieWanKenobi replied at 28-4-2016 09:55 PM
sate kaler hijau & merah tu flavor apa?

Capsicum



Quote EvieWanKenobi 10-5-2016 08:38 AM
@qronaldo7

haha.. capsicum la sangat..


sate dalam gambar tu nampak ok..
tak suka sate yang diletakkan lemak di tengahnya..
rasa tertipu je..
Quote qronaldo7 10-5-2016 10:04 AM
EvieWanKenobi replied at 10-5-2016 08:38 AM
@qronaldo7

haha.. capsicum la sangat..

dah kaler persis sis.

hehe. pelik plak daging kaler ijo merah.
Quote sipendiam 10-5-2016 11:05 AM
merah perisa rasberry
hijau perisa pandan.


husnuszon sangat aku


memang tak la nak makan food coloring ni

1 batang sate 125kcal kan? erkkkk

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.084166 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top