Oleh : Dean BZ
Malam ini Kedah akan turun ke Stadium Tan Sri Hassan Yunos menentang JDT untuk separuh akhir kedua Piala FA. Pasukan Kedah mengakui tidak gentar untuk berdepan dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) walaupun ketika ini pasukan itu gah melaungkan hasrat mahu membenam Helang Merah. Ketiadaan beberapa tonggak khususnya di barisan tengah bukan alasan kerana kekuatan Kedah sebagai sebuah pasukan sedia terbukti untuk memberikan tentangan kepada JDT yang akan beraksi di hadapan paluan suara penyokong Harimau Selatan.
Bagi ketua jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe, anak didiknya tidak perlu risau dengan tekanan yang menunggu mereka di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, selagi corak permainan 'ala Kedah' dapat ditampilkan 100 peratus. "Saya sudah ingatkan semua anak didik saya supaya mengelak terkesan dengan sebarang serangan bersifat provokasi dan ancaman serta helah psikologi yang pasti akan menjadi senjata pihak lawan...sekali terpengaruh, ia pasti akan melemahkan mental dan emosi ketika beraksi menentang JDT. " Kita sudah buktikan kemampuan kita di Stadium Darul Aman dan JDT sendiri tahu kekuatan kita...jika kita terus konsisten dan kekalkan rentak, tidak mustahil kejayaan di Kedah dapat diulangi di Johor," katanya. Kedah berdepan tugas berat untuk melayan JDT dalam aksi kedua separuh akhir Piala FA selepas dua pemain tengahnya tidak dapat diturunkan. Selain Liridon Krasniqi, ketiadaan Amirul Hisyam Awang Kecik turut dikhuatiri boleh merencatkan percaturan Kedah terutama di bahagian tengah yang kini terpaksa bergantung harap kepada Baddrol Bakhtiar sebagai pengemudi. Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/148889 |
30
Bagus |
20
Marah |
29
Terkejut |
29
Sedih |
26
Lawak |
31
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mirage_46 replied at 30-4-2016 03:00 PM
Creating history?
Beat us~~
ADVERTISEMENT