CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yazid Ditengking Dimaki Isteri Amy Search Gara Minta Bayaran Konsert

7-5-2016 11:49 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 69929| Komen: 351

Oleh Izzah Abbasy

Pemain dram kumpulan Search iaitu Yazid telah membuat laporan polis selepas didakwa ditengking dan dimaki oleh isteri Amy Search, Norhasniza Hassan hanya kerana Yazid bertanyakan tentang bayaran yang sepatutnya beliau terima ketika terlibat didalam Konsert 35 Tahun Search baru-baru ini.


“Saya juga telah menerima panggilan telefon daripada Norhasniza yang memaki dan menengking kepada saya apabila saya bertanyakan mengenai bayaran duit yang sepatutnya saya dapat. Dan antara makian yang dilemparkan kepada saya seperti – kau tu dah tua, sakit nak mampus,” katanya.


Pada masa yang sama Yazit juga turut membuat laporan mengenai pecah amanah yang berlaku sepertimana beliau tidak menerima sebarang pembayaran untuk konsert yang sepatutnya berlangsung pada 30 Ogos ini. Malah untuk beberapa persembahan sebelum ini juga.


Terdahulu Yazit dimaklumkan bahawa sejumlah RM75,000 telah dibayar kepada kumpulan Search pada Disember 2015, namun beliau sendiri tidak pernah menerima sebarang bayaran bermula tarikh tersebut sehingga ke hari ini. Terkejut dengan perkara itu, Yazit telah membuat laporan polis.

Manakala memetik laporan Malaysian Digest, lagenda rock, Amy Search bakal mengadakan sidang media berhubung dakwaan salah seorang anggota kumpulan itu ditengking oleh isterinya dan bersikap pecah amanah mengenai urusan Konsert 35 Tahun Search pada 30 Ogos ini. - CARI Infonet 

13

Bagus
32

Marah
22

Terkejut
23

Sedih
10

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (113 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fazamania 6-5-2016 10:54 AM
Wow. islamik sangat Amy Search ni lately tapi pecah amanah.. haram makan duit kalau x amanah tu bang.m ingatkan akhirat sikit
Quote orsay1 6-5-2016 11:01 AM
haaa nanti kita tunggu apa jawapan si isteri yaaa
Quote beatgirlX 6-5-2016 11:04 AM
hhmmm.....kita tunggu respond belah sana pulak...
Quote Syd 6-5-2016 11:11 AM
Saya juga telah menerima panggilan telefon  daripada Norhasniza (isteri kepada Amy) memaki dan menengking kepada saya apabila saya bertanyakan  mengenai bayaran yang sepatutnya saya dapat. Antara makian yang dilemparkan kepada saya seperti – “kau tu dah tua, sakit nak mampus.”



katanyaaa
Quote ramaramu 6-5-2016 11:11 AM
mana isteri yg maki tu pny statement?
Quote rosasa 6-5-2016 11:17 AM
memang mulut bini amy ni hangsuang binti hamjad kan... apa nak diheran
Quote hyie 6-5-2016 11:17 AM
bini amy memang bermulut puaka sedari dulu lagi khuen...berdasarkan gosip kat porem cari suatu ketika dahulu...masa tu diorang bukak restoran makanan cina muslim...
Quote jlo 6-5-2016 11:20 AM
sian yazid
Quote edoraixora 6-5-2016 11:22 AM
tak baik betul cakap camtu kt yazit
macamkan ko tu takkan penah tua & sakit
so, islamik yg di portray selama ni, cume nk kaburkan masyarakat ke???

baca kt fb semalam, ini bukan kali pertama, yazit tak dapat bayaran
Quote CrowneGlory 6-5-2016 11:24 AM
famili owner Tahfiz kekdahnya
Quote maxim 6-5-2016 11:25 AM
Teruknya bahasa bini amy nauzubillah. Dh la org tu tgh stress mcm2 penyakit

Tp bukan ke konsert ni bulan ogos nanti? Ke tu konsert lain?
Quote abbyhoney 6-5-2016 11:26 AM
kenapa tergamak ckp mcm tu? dia lupa ke amy pun dah tua juga...ingat sihat sokmo ke laki dia tu? kan Allah byr cash baru menyesal...
Quote shanshero 6-5-2016 11:27 AM
Nape masih trima job kalo sebelum ni pun
dah pernah tak dapat bayaran.
Quote sekuntum_nm 6-5-2016 11:28 AM
hmm ...she is sporean kan..
Quote mizz_fatyn 6-5-2016 11:35 AM
bertabah lah yazid...
huhu
Quote starcity 6-5-2016 11:36 AM
Nak wat mcm mana. Sebelum bertudung pun dia ala ala stok awek bohsia jugak kan
Quote ramaramu 6-5-2016 11:36 AM
sorry uolss.. boleh tepek x apa yg bini amy tu ckp? iols x jmp la nak cari kat manaaaa
Quote koko2 6-5-2016 11:40 AM
sekuntum_nm replied at 6-5-2016 11:28 AM
hmm ...she is sporean kan..

YG SPOREAN TU EX BINI MODEL ROSLIZA
yg ni org kulim kedah..
Quote koko2 6-5-2016 11:41 AM
camana amy bole jumpa bini dia ni ehh..?
mean jumpa kat mana..? sapa introduce

Lihat semua komen(351)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.050677 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top