Oleh Izzah Abbasy
Pastilah sukar dan sesak nafas jika pencemaran udara semakin menjadi-jadi. Bagaimanalah ingin mendapatkan udara yang segar? Menjual botol yang mengandungi udara segar dari negara Barat kini seakan menjadi trend di China. Ini kerana para usahawan melihat situasi pencemaran di Beijing khususnya sebagai satu peluang perniagaan. Terbaru, satu syarikat menjual udara segar dari Australia pada harga AU$20 (RM59) sebotol. Idea untuk menghasilkan produk ini bermula apabila pengasasnya John Dickinson dan Theo Ruygrok melawat China dan menyedari kualiti di negara itu begitu teruk. Selain masalah udara di China, produk ini sasar kepada golongan kelas menengah China yang peka dengan aspek kesihatan mereka. Kedua-dua usahawan itu menggunakan penyedut udara khas dan udara itu ditempatkan di dalam botol. Mereka turut ke beberapa lokasi di Australia untuk menghasilkan udara yang berbeza. Ini bukan kali pertama produk sebegini dihasilkan. Menurut laporan CNN.com pada awal Mei, seorang usahawan Britiain Leo De Watts menjual udara segar di negara itu pada harga 80 pound (RM466) sebotol. Sementara itu, satu lagi syarikat start-up Vitality Air dari Kanada mula menjual udara ke China sejak tahun lepas dan India pada tahun ini. - CARI Infonet
|
6
Bagus |
8
Marah |
14
Terkejut |
8
Sedih |
17
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
TuntungReturn replied at 15-5-2016 10:37 PM
jgn perlekeh idea ni. 50 taun dlu suma org gelak bile idea air kosong dijual dlm botol. skrg ni dh m ...
Acong_II replied at 15-5-2016 11:51 PM
jom buat bisnes jual udara dari makkah
clarizsa replied at 15-5-2016 11:57 PM
Harap2 msia x perlu la bli udara dlm tin cmni.. puak sepet gak perangai suka cemarkan alam dgn colok ...
TuntungReturn replied at 15-5-2016 10:37 PM
jgn perlekeh idea ni. 50 taun dlu suma org gelak bile idea air kosong dijual dlm botol. skrg ni dh m ...
ADVERTISEMENT