Oleh : TS LOO
Harapan skuad wanita negara untuk melangkah ke suku akhir Piala Uber berkecai susulan kekalahan kepada Denmark 2-3 dalam aksi kedua Kumpulan A di Pusat Sukan Kunshan, sebentar tadi. Ia merupakan kekalahan kedua Malaysia dalam aksi kumpulan selepas turut tewas 0-5 kepada juara bertahan, China pada aksi pembukaan, kelmarin. Pemain perseorangan ketiga, Ho Yen Mei yang diharap mampu memberi mata kemenangan kepada skuad negara selepas keputusan terikat 2-2 gagal menyempurnakan tugasnya apabila tewas kepada Anna Thea Madsen 24-22, 13-21, 13-21 sekali gus menyaksikan perjuangan skuad negara bagi mara ke pusingan kalah mati berakhir.
Aksi terakhir kumpulan bertemu Sepanyol, esok sekadar menjadi pelengkap jadual buat barisan pemain wanita negara.- CARI Infonet Berita selanjutnya : http://www.bharian.com.my/ |
6
Bagus |
8
Marah |
7
Terkejut |
7
Sedih |
8
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT