oleh Adib Za Alam perkahwinan bukan sahaja menjalin hubungan bahagia dengan pasangan, sebaliknya ada pepatah yang mengatakan berkahwinlah dengan keluarganya.
Namun, nasib tak menyebelahi, wanita ini dianggap musuh oleh mertuanya. Pengalaman ditengking, dimarah dan disindir bukan lagi sesuatu yang asing. Itulah antara yang diluahkan oleh netizen ini melalui Facebook Kisah Rumah Tangga. Bagaimana akhirnya hubungan dia dengan mertuanya? Mari sama-sama kita baca dan hayati ketabahan wanita ini. Erti kebahagiaan sebenar berlainan bg setiap individu. Alhamdulillah,kini saya mampu senyum seikhlas hati. Saya mampu ketawa sejujur nurani. Saya mampu berkata tanpa berselindung di sebalik bayang bayang.
Memaafkan memang mudah bg seorang wanita tetapi melupakan amat payah. Mungkin persoalannya kerana tidak ikhlas memaafkan..tidak saya katakan dari pengalaman..saya ikhlas memaafkan tetapi saya sentiasa berhati hati dengan mereka yg pernah menyakiti hati saya. Al kisah hubungan dengan mak mertua. Suami pernah menjalin hubungan dengan seseorang yang jauh lebih rapat dgn keluarga mertua. Kebetulan sekampung. Kononnya dialah menantu pilihan. Tetapi jodoh Allah yang tentukan.Pada awal perkahwinan saya sentiasa dibandingkan dgn wanita berkenaan dalam pelbagai aspek...sampai mertua sanggup kata,,HIDUPKAH ANAK AKU DIBERI KAU MAKAN,mungkin dari aspek pandai memasak... Saya menangis sampai kembang mata,saya merintih tanpa suami tahu.Tetapi SABAR itu tetap menemani. Mertua pernah tuduh saya ambil RM200 daripada RM10,000 wang dikeluar dari bank kebetulan hari gaji. Saya diberi kepercayaan oleh bapa mertua bawa duit itu semasa membeli belah... Saya menangis menafikan dan Allah nak tunjuk adik ipar saksi mertua sendiri yang minta RM200 semasa membeli belah. Suami waktu tu masih di tempat meletak kereta dan tidak tahu hal ini...SABAR itu tetap menemani. Adik ipar saya berkahwin,isteri dia disambut bagai puteri,dengan suapan mertua dan segala pujian buat dia...saya memang terasa kerana tidak pernah merasai itu semua, SABAR itu tetap menemani. Belum kisah saya berpantang anak sulung. Hanya Allah yang tahu..kena marah,kena tengking..maklumlah kami menumpang. Alhamdulillah,rezeki Allah luas,sebelum anak kedua lahir,kami bina rumah tetapi belum duduki. Saya berpantang rumah mertua.saya belajar dr masa silam, saya buat semua biar terpaksa tanggung kesakitan... Rezeki pun bertambah kerana saya bekerja tetap. Saya hantar anak kedua kepada adik mertua untuk asuh..suami menggangur tetapi ada sedikit simpanan. Lahir anak bongsu kami dah mendiami rumah. Saya memang puas belajar. Saya pantang seorang seorang sebab suami bekerja negeri lain. Anak lain dah bersekolah. Alhamdulillah, SABAR itu BAHAGIA..Kini doa saya makbul.segala dah nyata...Allah menyayangi hamba yang SABAR. Kini hubungan dengan mertua amat rapat, sayalah sahabat,sayalah menantu kesayangan (perasan sedikit ye).Dia jugalah peneman saat sy jauh dr keluarga kandung. Setiap dugaan kita ada hikmah. Allah Maha Adil. Roda itu bulat. Pepatahnya. Yakinilah setiap doa doa kita dan salah satu kunci kebahagiaan adalah SABAR.carilah bersama pasangan masing masing kunci kebahagiaan anda..saya mendoakan sesiapa membacakan status ini moga dipermudahkan segala urusan anda. - CARI Infonet Sumber: Facebook Kisah Rumah Tangga |
20
Bagus |
8
Marah |
21
Terkejut |
25
Sedih |
22
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT