oleh Adib Za Benarkah setiap ibu bapa mempunyai anak kegemaran mereka? Dalam erti kata lain, anak yang menjadi perhatian, kesayangan dan yang dibangga-bangga.
Memetik laman Kompas, adanya catatan dalam the Science of Us seorang sarjana dalam bidang sosiologi, Katherine Congar mendapati setiap ibu bapa memang mempunyai anak kegemaran mereka. Conger melakukan beberapa penelitian termasuklah mempelajari sikap ibu bapa, adakah mereka tanpa sedar telah memihak kepada satu anak, seterusnya memberi kesan kepada anak yang lain? Penelitian itu juga melibatkan temuramah dengan ibu bapa yang dapat memastikan adakah mereka memberikan sikap dan perhatian berbeza kepada setiap anak.
Antara fakta menarik ialah, Conger menemukan bahawa tiada seorang pun ibu bapa yang mengaku mempunyai anak kegemaran mereka. Namun, 70 peratus bapa dan 74 peratus ibu telah mengakui menerapkan sikap, perhatian dan perlakuan berbeza pada setiap anak. - CARI Infonet Sumber: Kompas |
Jerambut replied at 21-5-2016 12:41 PM
Seolah olah manusia ni makhluk objektif. Kalau pemarah... pemarah sepanjang masa.
Mak pak gemar ...
ADVERTISEMENT