CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Cikgu Tanda Kertas Pelajar Di Wad, Undang Air Mata Netizen

27-5-2016 03:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 9592| Komen: 24

oleh Adib Za


Kisah seorang guru dilihat sedang menanda kertas peperiksaan ketika dalam wad telah mengundang rasa kagum dan juga menyentuh perasaan. 

Itu yang dipaparkan menerusi satu status yang dimuatnaik oleh seorang netizen bernama Khairuddin. Katanya dia sedang menziarah ibu mertua di Hospital Besar Ipoh.

Melalui status itu juga diletakkan gambar seorang guru India yang tekun menanda kertas jawapan pelajar. Meskipun dalam keadaan kurang sihat, wanita itu tetap meneruskan kerjanya seolah sedang berada di sekolah lagaknya. 

"Sempat bertanya khabar, beliau beritahu kertas jawapan itu terpaksa dihantar esok. Bila ditanya tiada guru yang lain mengajar subjek sama, beliau berkata beliau seorang saja mengajar kerana subjek Bahasa Tamil. 


"Saya dan Isteri keluar dari wad dalam pukul 11.30 pm beliau masih lagi menanda kertas jawapan tersebut," ujar Khairuddin. 




Wanita yang bernama Cikgu Indrany itu dikatakan dirawat di wad kerana mengidap penyakit lelah. 

Gambar yang ditunjukkan itu telah mencuit hati ribuan pengguna laman sosial yang lain. Mereka tidak henti memuji dan berasa kagum dengan situasi yang dipaparkan.

Ternyata jasa dan pengorbanan seorang guru begitu tinggi. Tak mungkin terbalas oleh sesiapa pun. Semoga lebih ramai yang menghargai peranan guru itu sendiri dalam membentuk jati diri anak-anak kita. 

Penulis amat bersetuju dengan ucapan Khairuddin, "Itulah pengorbanan seorang guru ibarat lilin menerangi kehidupan pelajar. Siapalah kita untuk merendahkan pengorbanan seorang guru." - CARI Infonet
18

Bagus
12

Marah
9

Terkejut
18

Sedih
12

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (82 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 27-5-2016 03:39 PM
Beliau seorang yang amat berdedikasi terhadap tugasnya sebagai seorang guru, moga cepat sembuh.  
Quote prettyuglybabe 27-5-2016 04:00 PM
tahniah cikgu.. orang bodoh sombong je tak abis-abis nak perlekeh cikgu..
Quote Farini 27-5-2016 04:07 PM
guru yang bnr2 amanah.
Quote Andyscenes 27-5-2016 04:34 PM
cikgu pengorbanan mu x mungkin ku balas
Quote krustykrab 27-5-2016 04:46 PM
sedih pulak tengok
Quote edoraixora 27-5-2016 05:11 PM
Quote mdhelmi 27-5-2016 05:20 PM
aku terbayang suami dia hantar dia ke hospital
pastu inform suami kene tanda kertas
suami balik amik kertas pegi hantar kertas soalan pulak
so pengorbanan suami guru pon ada
Quote FARRAZOOL 27-5-2016 06:04 PM
Cayalah cikgu
Quote spankee_fili 27-5-2016 06:36 PM
bagusnya cikgu ni...
kipidap2 teruskan menabur ilmu...
jangan jadi macam cikgu cikgi lain yang asek komplen jah..
kerja banyakla..anak murid nakalla..kena cerai ngan suami sebab pjjla..padehal banyak jek masa memfb memorem...
Quote Nham22 27-5-2016 09:36 PM
Yg penting suami die tidak merungut2 membantu isteri...kredit perlu juga diberikan kepada suami sebab memahami..kdg2 suami ade yg xpaham...
Quote red_cattleya 28-5-2016 12:08 AM
teringat arwah cikgu aku..cikgu terbaik dlm hidup aku.
Quote fuyupoktek 28-5-2016 12:27 AM
Xramai cikgu mcm ni. Well done
Quote Levespa 28-5-2016 09:18 AM
Ramai je cikgu yg bagus.. Org tak tahu je
Quote anakmak 28-5-2016 11:07 AM
Well done Cikgu
Quote ajinomotonosuga 28-5-2016 06:31 PM
Da keje diaaaaaaaa, tu pun nk sedih

lain.laa dia tanda buku dgn.jari kaki.kee ngan idung kee pasei tgn putuihhhh eksiden

meluatttt aku oang mesia ni, ngader tk kne tempattt
Quote mak_wa95 29-5-2016 12:09 PM
mdhelmi replied at 27-5-2016 05:20 PM
aku terbayang suami dia hantar dia ke hospital
pastu inform suami kene tanda kertas
suami balik a ...

yang suami isteri meninggal masa banjir besar kat kelantan tu..

depa dah sampai pusat pemindahan, teringat skrip peksa spm tertinggal kat rumah..

redah semula banjir,utk menyelamatkan skrip tanpa memikirkan keselamatan diri, akhirnya terkorban..
anak2 yatim piatu sekaligus

tu cikgu yg kena rompak masa pukul 1 pagi turun pergi kat kete utk ambik barang/bahan keje sklh dlm kete,
1 pg teringat ada keje xsiap2, tgk2 atas meje xde, pi kat kete..dah kena rompak..ad duit rm 10


Quote Innrukia 29-5-2016 09:25 PM
ajinomotonosuga replied at 28-5-2016 06:31 PM
Da keje diaaaaaaaa, tu pun nk sedih

lain.laa dia tanda buku dgn.jari kaki.kee ngan idung kee pase ...

Hahaa abg aji, keje cikgu memang kena puji selalu psl depa didik anak bangsa even dpt monthly salary.
Keje2 len specially private sector, kalo bt keje kat wad tu takde apa makna sbb c menyumbang pd negara & bangsa
Quote mizlily 30-5-2016 03:14 PM
biasa shj...
Quote boyagombak 30-5-2016 03:18 PM
mdhelmi replied at 27-5-2016 05:20 PM
aku terbayang suami dia hantar dia ke hospital
pastu inform suami kene tanda kertas
suami balik a ...

Yitu cigu juga, sumua jawapan peksa Bahasa Temil itu Cigu busar hantar sama dia. Di punya laki teda kina mengena dalam ini cirita.
Pengarah Filem "Cigu Itu Menanda Kertas Jawapan Di Wadnya"

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.059642 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top