CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PRK Kuala Kangsar : Seramai 3,000 Anggota Polis Bertugas Hari Ini

18-6-2016 11:40 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3150| Komen: 7


Oleh : Dean BZ


Pilihan Raya Kecil (PRK Kuala Kangsar) berlangsung pada hari ini, Sabtu, 18.6.2016 bermula seawal 8 pagi tadi. 

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abd Rahim Hanafi, berkata pegawai dan anggota polis bersedia di semua pusat pengundian seawal jam 6 pagi. 

Katanya, sehingga kini, keadaan keselamatan di kawasan Parlimen Kuala Kangsar terkawal. 

"Polis mengambil tugas sejak 6 pagi tadi dan menempatkan kira-kira 3,000 anggota, termasuk pegawai kanan polis bagi memastikan keamanan dan ketenteraman ketika proses pengundian berada dalam keadaan baik," katanya ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan (SK) Raja Perempuan Muzwin di sini, sebentar tadi. 

Abd Rahim berkata, sejak penamaan calon sehingga pengundian hari ini, polis menerima 29 laporan polis, dengan tujuh kertas siasatan dibuka. 


"Kertas siasatan terakhir dibuka petang semalam membabitkan sedikit kekecohan antara penyokong parti politik dan diklasifikasikan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya. Sepanjang tempoh itu, sebanyak 161 ceramah dijalankan tanpa gangguan penyokong mana-mana parti. 

PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah pilihan raya kecil ke-11 selepas PRU13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013. - CARI Infonet.




Sumber - BharianOnline



15

Bagus
18

Marah
6

Terkejut
19

Sedih
18

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (89 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ajinomotonosuga 19-6-2016 08:49 AM
macam oang gila

baru prk satu kawasan abis abam pulis di kerah

oang lain pru berjuta pun nak tgk abam pulis soangggggg je pun takdok ahahahaha

negara maju abah ko !

nak bangga ke nak  bangang??


hahahahaha

Quote kemaruk 19-6-2016 10:05 AM
Terima kasih bangpol..

Tahniah bangjib dan umno..
Quote kemaruk 19-6-2016 10:47 AM
fakta- kalau PAS dan PAN tak berpecah pon, UMNO BN tetap menang
Quote kemaruk 19-6-2016 10:50 AM
fakta - Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (SPMK, SPMS, DMK, SSSJ, SPSA, SSAP, SIMP, SPNS, SPDK, DUNM, DP, DPMS, DSAP, PNBS) masih lagi kekal relevan dan disokong dengan kuat oleh rakyat malaysia dari segenap lapisan bangsa dan agama..
Quote kemaruk 19-6-2016 10:51 AM
fakta - calon kuala kangsar dudok kat rumah je, tak berkempen pon tetap menang.. tanda sokongan rakyat terhadap UMNO, BN dan Najib sangat kuat
Quote lobai_romendan 19-6-2016 10:52 AM
kemaruk replied at 19-6-2016 10:47 AM
fakta- kalau PAS dan PAN tak berpecah pon, UMNO BN tetap menang

Kan.... nampak sgt rakyat dah tak termakan dakyah 1mdb mamakthir  
Quote Loloq89 20-6-2016 09:10 AM


ni ha antara polis yg menjaga PRK aritu

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.044535 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top