CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pelakon Ruminah Sidek Kini Bergelar Penoreh Getah

24-6-2016 11:56 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 31556| Komen: 125

Oleh Izzah Abbasy

Seakan lama tidak mendengar khabar berita mengenai pelakon veteran Ruminah Sidek atau lebih dikenali sebagai Mak Mah.

Terbaharu, Mak Mah berkongsi pengalaman berharga dalam hidupnya selain menjadi seorang pelakon iaitu bergelar penoreh getah sejak dua tahun lalu.

Mak Mah, 70, berkata, pengalaman itu dilaluinya selepas menjadi isteri kepada peneroka Felda Jelai, Negeri Sembilan, Al Fatah Rahim Ismail, 72.

Ruminah berkata, dia mengambil masa beberapa minggu untuk belajar menoreh daripada suaminya sehingga benar-benar berjaya.

"Mula-mula memang tidak tahu bagaimana cara nak menoreh getah, jadi saya belajar dengan suami sehingga saya menangis kenapa saya tidak pandai-pandai.

"Saya berdoa Allah permudahkankan saya untuk pandai melakukannya kerana saya benar-benar mahu menemani suami setiap pagi
ke kebun getah, keluar seawal 6.30 pagi dan pulang kira-kira pukul 9 pagi . Sekarang suami pula kagum dengan kebolehan saya" ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Pasangan ini bernikah dalam sebuah majlis sederhana di Klang, Selangor pada 17 Mei 2014. Ruminah mengakui dia sedang melalui kehidupan baharu yang sangat bahagia sejak mereka berkahwin.

Dia juga banyak manghabiskan masanya menjalani kerja-kerja yang tidak pernah dilakukan dalam hidupnya sebelum ini.

"Selain menoreh banyak juga perkara baru saya belajar seperti memancing, suami suka memancing di laut jadi dia bawa sekali. Ada suatu hari kami memancing sehingga di sempadan Johor bersama rakan-rakannya," ujar Ruminah. - CARI Infonet


Lakonan yang sangat berkesan kepada penonton


Bersama suami tersayang




 


9

Bagus
6

Marah
11

Terkejut
7

Sedih
6

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote famri7 24-6-2016 10:30 AM
Tapi sangat sesuai dgn wajah heshe kan sbagai penoreh getah.
Quote brown_pupil 24-6-2016 10:31 AM
Kalau bagi aku.. dah umur cemgini patut duk umah relax jer.. takkan anak2 x kasi duit kot. Bersangka baik, maybe dia sendiri yang nak turun noreh ngan laki dia..
Quote martiena 24-6-2016 10:34 AM
tak tau nak ckp ape..bkn ke patut2 duk umah goyang kaki mkn hasil anak2 jer........
Quote acikhan 24-6-2016 10:37 AM
Aku pun tingin gak nak menoreh getah x penah pon g ladang getah hanye lalu je biler balik kg kat jelai gak eh sama kg ngan nek mah la kg hubby iols
Quote gula_tebu 24-6-2016 10:38 AM
ni jenis atok-atok tak reti dok diam. ada je kerja dia nak buat.
Quote Star_el 24-6-2016 10:42 AM
Owh, so sweet, nak sentiasa bersama susah senang
Quote mrsLucky 24-6-2016 10:48 AM
famri7 replied at 24-6-2016 10:30 AM
Tapi sangat sesuai dgn wajah heshe kan sbagai penoreh getah.

Epic statement... seriously? Yes  
Quote Adeakukesah11 24-6-2016 10:50 AM
Kuat lg nk p menoreh dia ni
Respect!
Quote mrsLucky 24-6-2016 10:51 AM
i rasa dia buat semua tu untuk spend time dengan suami bukan kerana terpaksa...i think she enjoy her time with her husband...am happy for her...its never too late untuk rasa makna bahagia...
Quote supersudoku 24-6-2016 11:11 AM
rumah dia xsilap meolls agak selesa dan besar kat klang ke kat meru..entah x igt..
rasanya ni nak spend time ngan suami
Quote manehnya 24-6-2016 11:12 AM
ini lah kebahagian di hujung usia...

"Selain menoreh banyak juga perkara baru saya belajar seperti memancing, suami suka memancing di laut jadi dia bawa sekali. Ada suatu hari kami memancing sehingga di sempadan Johor bersama rakan-rakannya," ujar Ruminah.



so sweet
Quote MistrezHermanaz 24-6-2016 11:14 AM
rasanya diorg ni spare masa lapang je,buat something yg x pernah buat selama ni..dgn husband tersayang pulak tu..sweet
Quote hest 24-6-2016 11:15 AM
brown_pupil replied at 24-6-2016 10:31 AM
Kalau bagi aku.. dah umur cemgini patut duk umah relax jer.. takkan anak2 x kasi duit kot. Bersangka ...

kan dia cakap.. dia yang nak teman sangat laki dia
Quote seri_mawr 24-6-2016 11:17 AM
ni jenis org tua yg x boleh duk diam ni...
kadang2 bukan anak2 tak bg duit...tapi derang mmg x suka dok saja...
Quote sitisitu25 24-6-2016 11:17 AM
mak aku umur2 gini siap bukak kelas ngaji quran kat umah dia..xkuasa dah nk pi noreh2 bagai..kuat lg nenek ni..
Quote da_vinci 24-6-2016 11:28 AM
mak mah ptt buat kuih2 tradisi, lilek2 kat umah dari pagi2 gi noreh, mak sedara aku kawin lain pagi2 lepas subuh gi briskwalk ngan suaminya, itu lagi bagus kot
Quote silampumeja 24-6-2016 11:37 AM
Ade org memang takleh nak duk diam je kat rumah. Mesti nak berktiviti... For me, i ade impian one day dah tua memang nak buat semua bnda2 yg jarang atau tak pernah buat sebelum ni with my spouse tua2 nanti... Kalau dizinkan Tuhan..
So Mak Mah ni dpt umur bonus dari Tuhan, she just enjoy it...alhamdulillah
Quote kikuri 24-6-2016 11:38 AM
orang kalau dah biasa tak duk diam buat kerja sampai ketua la tak reti dok diam... mcm pak mertua aku... masih sibuk lg ke kebun meracun bagai... kita pulak yang risau nak nak bulan posa ni takut dia semput...
Quote lyna22 24-6-2016 11:49 AM
aku slalu bli rempah soto mak mah ni....sedap rempah dia

Lihat semua komen(125)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.263667 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top