CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengeluaran Ayam Terjejas Disebabkan Cuaca Panas, Bukan Penyakit

12-7-2016 04:03 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4351| Komen: 15

Oleh : TS LOO



sumber foto: https://blogmardi.files.wordpress.com/


Disebabkan cuaca panas yang berpanjangan sebelum ini, seekor ayam hanya mampu mencecah berat 1.2kg dalam masa 32 hari dan penternak terpaksa menambah 10 hari lagi bagi mendapatkan berat ayam yang sesuai untuk dipasarkan, sekali gus menjejaskan pengeluaran ayam di seluruh negara.

Demikian reaksi Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) Datuk Seri Saipolbahari Suib ketika mengulas sama ada pengeluaran ayam terjejas disebabkan dakwaan penularan wabak IB baru-baru ini selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Benut dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri pagi tadi.

Tambah beliau, tempoh matang bagi seekor ayam seberat 1.8 kilogram (kg) sebelum ini adalah antara 32 dan 34 hari.


"Pengeluaran ayam melibatkan peladang kita berjalan seperti biasa. Tiada laporan mengenai 'Newcastle Disease' atau wabak bronkitis berjangkit (IB) atau sakit kerongkong."

"Cuma, pengeluaran sedikit terjejas kerana tempoh matang ayam terpaksa dipanjangkan dan kita terpaksa menanggung penambahan kos sebanyak 30 peratus."

Mengulas mengenai penyakit kuku dan mulut pada ternakan, beliau berkata setakat ini tiada ternakan di bawah NAFAS dan PPNJ dikesan dijangkiti penyakit tersebut.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan agar pengusaha ternakan mengetatkan kawalan kesihatan terhadap ternakan mereka termasuk keluar masuk pengunjung bagi memastikan penyakit atau wabak itu tidak menular sekiranya berlaku.- CARI 



sumber info: mstar
17

Bagus
16

Marah
13

Terkejut
9

Sedih
7

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (70 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 12-7-2016 04:38 PM
Ada satu kedai ayam ni aku rajin beli..abg tu sakan nk ngorat aku..aku layan jah dpt rege murah dan ayam terbaik dia pilih khas utk aku well..
Quote ultra78 12-7-2016 04:47 PM
Terimalah hakikat yg cuaca skrg panas dan penternakan ayam secara intensif kurang sesuai di malaysia
Quote estrelle 12-7-2016 07:17 PM
Patutlah ayam mahal mencanak
Quote si-buta 12-7-2016 08:59 PM
Rimas la panas memanjang
Quote Esmiria 12-7-2016 09:10 PM
rospinki replied at 12-7-2016 04:38 PM
Ada satu kedai ayam ni aku rajin beli..abg tu sakan nk ngorat aku..aku layan jah dpt rege murah dan  ...

bagusla.ambil kesempatan slgi ada.
Quote Esmiria 12-7-2016 09:10 PM
xde sape nak kata cash la sis? Haha
Quote TuntungReturn 12-7-2016 10:19 PM
bukan ladang ayam ade air cond ke
Quote chinta89 13-7-2016 12:14 PM
rospinki replied at 12-7-2016 04:38 PM
Ada satu kedai ayam ni aku rajin beli..abg tu sakan nk ngorat aku..aku layan jah dpt rege murah dan  ...

kerlasss kau!
Quote sabbath_shalom 13-7-2016 12:21 PM
TV3 suku kata sebab penyakit....hidup in denial dalam aircond.
Quote rospinki 13-7-2016 12:52 PM
Esmiria replied at 12-7-2016 09:10 PM
bagusla.ambil kesempatan slgi ada.

Luck is when you meet the oppurtunity.
Quote rospinki 13-7-2016 01:00 PM
chinta89 replied at 13-7-2016 12:14 PM
kerlasss kau!

Kerlass...kita dok tercangok kt kedai dia igtkan dia tk layan..rupanya saja je bgi tunggu lama pstu siap ckp tunggu ayam lgi bagus nk bagi   
Quote Esmiria 13-7-2016 01:12 PM
rospinki replied at 13-7-2016 01:00 PM
Kerlass...kita dok tercangok kt kedai dia igtkan dia tk layan..rupanya saja je bgi tunggu lama pst ...

mcm x syok dngo.tungu lma.bkpe dok bli kat pasaraya jer?
Quote rospinki 13-7-2016 01:18 PM
Esmiria replied at 13-7-2016 01:12 PM
mcm x syok dngo.tungu lma.bkpe dok bli kat pasaraya jer?

Beli kt dia sah2 ayam semelih kt situ sahih..dan lgi ayam2 dia jual cantik. Kdg beli jgak kt supermarket mydin je.
Quote mayakaren 14-7-2016 10:47 AM
Bela ayam sendiri? Kalau duduk rumah flat/condo/ apartment camano nak bela ayam.? Apasal statement tak bijak langsung nih!!!!
Quote furbythecat 19-7-2016 10:10 PM
patut laa pembekal supply size ayam kecik... masalah jgk kalau mcm ni..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.054962 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top