Oleh : TS LOO Dikemaskini : 2.30 petang Terbaru, pihak polis mengemukakan gambar dan maklumat peribadi suspek berhubung kes pembunuhan kejam di Batu Maung, Pulau Pinang pagi tadi.
Orang ramai yang mengetahui suspek yang berumur 32 tahun itu, sila menghubungi talian 'Hot Line' Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang, iaitu 04-2691 999. Nama: Chung Chun Wah Nombor Kad Pengenalan : 840116-07-5293 Alamat : 378, Block (U1), Jalan Batu Maung, Bayan Lepas Selepas melakukan pembunuhan, suspek melarikan diri menggunakan sebuah Toyota Hilux yang juga milik pemilik kilang itu dengan nombor pendaftaran PLJ 7392. Susulan itu, pihak polis menjumpai kereta yang dibawa lari suspek di Bukit Mertajam, namun suspek masih tidak dapat dikesan. Bagaimana pun, suspek dipercayai sembunyikan diri di salah sebuah kedai di Bukit Mertajam, usaha pengesanan sedang giat dijalankan.- CARI
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Dikemaskini : 11 pagi Bertempat di Batu Maung, Pulau Pinang, berlakunya pembunuhan kejam ke atas empat sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut. Difahamkan suspek berada di bawah pengaruh dadah meluru masuk ke dalam kawasan kilang ketika semua mangsa sedang tidur dan melepaskan 11 das tembakan ke arah mereka. Mereka yang maut merupakan ibu kepada suspek berusia 55 tahun, adik lelakinya berusia 20 tahun dan anak buahnya (dua tahun). Turut terbunuh seorang lelaki berusia 50 tahun, yang juga pemilik kilang memproses ayam berkenaan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Razaruddin Husain, berkata siasatan awal mendapat suspek mengamuk kerana gagal mendapatkan wang untuk membeli dadah. Suspek kemudiannya melarikan diri menggunakan sebuah Toyota Hilux yang juga milik pemilik kilang itu dengan nombor pendaftaran PLJ 7392. Suspek dipercayai masih menyembunyikan diri di Pulau Pinang, usaha menjejaki suspek sedang giat dijalankan oleh pihak polis. - CARI |
11
Bagus |
13
Marah |
15
Terkejut |
16
Sedih |
11
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Bateesta replied at 13-7-2016 11:34 AM
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1009500&extra=page%3D1
Bateesta replied at 13-7-2016 03:33 AM
bukan dah ada ke berita ni ?
Modngengade replied at 13-7-2016 01:52 PM
biasalah sis....reporter CI yg ketandusan berita hehe
apalancut replied at 13-7-2016 01:45 PM
suspect tu ada apa kene mengena dgn family ni?
ADVERTISEMENT