Oleh : TS LOO Kawasan yang dikenali sebagai 'syurga menyelam' digemparkan aktiviti pembunuhan ikan jerung untuk mendapatkan sirip ikan itu.
Akibatnya kawasan laut di Pulau Mabul bertukar menjadi merah akibat pembunuhan haiwan laut terbabit. Gambar berkaitan yang tersebar luas di Facebook semalam mengundang kemarahan para aktivis yang menggalakkan perlindungan habitat ikan jerung termasuk jabatan pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun. Memetik laporan The Malay Mail, Masidi berkata, perbuatan membunuh ikan jerung untuk mendapatkan sirip ikan itu sememangnya keji, tetapi selain mengecam, dia tidak dapat membuat apa-apa kerana negara kita masih tiada fakta undang-undang yang ditulis dengan jelas, penangkapan ikan jerung adalah dilarang.
Apabila ditanya samada kementeriannya akan menjalankan sisatan tentang semua gambar tersebar itu, sebaliknya Masidi pula yang menanya pihak media," apa perbezaannya? Kita tiada undang-undang yang melarang perbuatan yang keji dan kejam itu dilakukan." Sebenarnya, seawal tahun 2012 negeri Sabah sudah pernah menyeru orang ramai berhenti menangkap ikan jerung. Tetapi disebabkan kerajaan persekutuan, enggan menggubal akta perikanan, sehinggakan seruan larangan menangkap ikan jerung hanya tinggal slogan sahaja.- CARI |
14
Bagus |
16
Marah |
20
Terkejut |
12
Sedih |
8
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
epis replied at 20-7-2016 04:23 PM
saya igtkan selama ni perbuatan ni ada kat luar negara je, rupanya di malaysia pon berlaku... ape ke ...
kentel replied at 20-7-2016 04:39 PM
sedap...ai penah mkn...dia akan masak mcm kuah kuey tiow kungfu....cuma ada sirip jerung la..huhu. ...
cmf_blingblings replied at 20-7-2016 05:16 PM
ni semua kerja si gipsy yg tak ada IC tak tau cakap Melayu, tapi cakap Tagalog
ShiningStars replied at 20-7-2016 08:22 PM
Mostly bajau kan yg duduk kat kwsn pinggir laut?
ADVERTISEMENT