CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Riza Gila Kekayaan Dan Bakal Terima Balasan- Anak Tiri Najib

22-7-2016 03:39 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 23323| Komen: 100

Oleh TS LOO

Rabu lalu, Jabatan Kehakiman Amerika menfailkan tindakan undang-undang sivil bagi merampas aset yang dikaitkan dengan firma pelaburan kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyatakan, antara nama individu yang bakal disiasat termasuk anak tiri Najib, Riza Aziz dan ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low. 




Loading FB Post...

sumber foto: google image


Sehubungan itu, adik perempuan Riza yang juga merupakan anak perempuan tiri Najib, Azrene Ahmad memuat naik satu status menyatakan abangnya perlu menanggung risiko akibat terlalu mengejar kekayaan dan nama.


Pada permulaan, Azrene Ahmad menyatakan penghargaan terhadap keprihatinan daripada kawan dan keluarga berhubung isu ini. Tegasnya, ahli keluarga tetap menyayangi Riza. 


"Cuma kasih sayang yang kami berikan, namun bagi dia tidak mencukupi. Dia memilih untuk mempunyai nama, kekayaan, jadi sekarang dia perlu terima balasannya dengan apa yang dia impikan. Sekiranya Jabatan Kehakiman Malaysia tidak dapat membawa keadilan buat rakyatnya, maka Amerika Syarikat ada cara mereka untuk membuktikannya."


"Orang yang kenal saya, semuanya sedar saya berlainan dalam keluarga kami, tapi ini tidak bermakna saya tidak sayang keluarga kami. Mungkin mereka yang baca apa yang saya tulis ini akan mengatakan saya seorang yang kejam, tetapi saya tetap dengan pendirian saya dalam usaha menuntut kebenaran dan keadilan, buat perkara yang saya anggap betul."


"Sekiranya Riza memang benar menggunakan jumlah wang tersebut, menyeleweng wang yang berada di akaun bank 1MDB, maka dia harus bertanggungjawab dengan apa yang dilakukannya. Sekiranya perbuatannya melukai hati rakyat jelata dan negara ini, ianya satu kesilapan."


"Saya bukan seorang ahli politik dan tidak ingin ada hubung kait dengan hal-hal politik. Sekiranya Jabatan Kehakiman Amerika mengarahkan mengambil tindakan ke atas mereka yang menyeleweng, harapan saya adalah akhirnya keadilan dapat ditegakkan di negara kita Malaysia."


"Kepada ibu Riza, tiba masanya anda perlu tampil ke hadapan."  


" Mereka yang mengatakan saya seorang yang kejam, saya nak beritahu anda, saya sama sahaja dengan semua rakyat Malaysia, kami menuntut kebenaran dan keadilan. Sekiranya Riza masih ingin diiringi syaitan,  menyerah rohnya kepada syaitan, kalau itulah pilihannya, suatu hari dia perlu membayar balik apa yang dilakukannya."- CARI


16

Bagus
10

Marah
14

Terkejut
13

Sedih
9

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (70 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ablishan 22-7-2016 03:43 PM
Benang ni dah ada la
Quote imransulaiman 22-7-2016 03:43 PM
"Kepada ibu Riza...."

Itu merujuk kepada Rosmah kan? Ibu Azrene juga...
Quote SummerAutumn 22-7-2016 05:06 PM
imransulaiman replied at 22-7-2016 03:43 PM
"Kepada ibu Riza...."

Itu merujuk kepada Rosmah kan? Ibu Azrene juga...

Akak pun memahami perkara yg sama mcm chuols
Quote azimodin 22-7-2016 05:17 PM
imransulaiman replied at 22-7-2016 07:43 AM
"Kepada ibu Riza...."

Itu merujuk kepada Rosmah kan? Ibu Azrene juga...

Yep.. "his mom" sebab mak riza dah sort of disowned her. Macam dah x anggap anak gitu
Quote pr3ttytw33ty 22-7-2016 05:17 PM
imransulaiman replied at 22-7-2016 03:43 PM
"Kepada ibu Riza...."

Itu merujuk kepada Rosmah kan? Ibu Azrene juga...

yelah tu..sape lg. ibu die jgk kot. bedanya si riza die ngaku anak, si azrene die x ngaku anak.
Quote sofiazara 22-7-2016 05:28 PM
azrene ahmad ke azrene aziz
Quote xAthenax 22-7-2016 05:29 PM
imransulaiman replied at 22-7-2016 03:43 PM
"Kepada ibu Riza...."

Itu merujuk kepada Rosmah kan? Ibu Azrene juga...

tapi ibu itu sudah buang dia lebey sapluh tahun dahulu
Quote toxicated 22-7-2016 05:30 PM
bukan dia yg x ngaku kak mah mak, kak mah yg memang dh lama disowned dia..
Quote LavaUollss 22-7-2016 05:47 PM
toxicated replied at 22-7-2016 05:30 PM
bukan dia yg x ngaku kak mah mak, kak mah yg memang dh lama disowned dia..

kenapa?? Dek laba selalu ketinggalan cerita pasal kak mah idola dek laba ni
Quote dizzzzek 22-7-2016 05:49 PM
Quote UmbrellaCorps 22-7-2016 06:51 PM
uihhh... beraninya dia buat statement panjang lebor lagu tu... habih semalaysia tahu family crisis dia...
Quote matamata 22-7-2016 06:53 PM
Thread berulang mmg takleh close eh?
Quote cap_ayam 22-7-2016 07:06 PM
Yang ni ada tulis melayu senang nak paham kot
Quote Modngengade 22-7-2016 07:59 PM
X takut kena simen ke sis
Quote Rainrein 22-7-2016 09:45 PM
Berani betul dia up status macam tu. Mak akak tu bekeng lain macam. X takut ke. Hahaha.
Quote kiambang 22-7-2016 10:04 PM
UmbrellaCorps replied at 22-7-2016 06:51 PM
uihhh... beraninya dia buat statement panjang lebor lagu tu... habih semalaysia tahu family crisis d ...

Mungkin dia dah x tahan dah ketamakkan abang dia..
Quote shin_ah81 23-7-2016 01:09 AM
Statement berani mati..mungkin dia dah tak tahan sgt
Quote leen_shaza 23-7-2016 01:21 AM
X ada ke translate full dia?
Quote getarsukma 23-7-2016 02:45 AM
Betul la seperti yg dikata forumner thread sebelah.... kalau dimelayukan ayat signed your soul to the devil, yg buta2 ambik direct translation akan ckp deme ni pemuja setan...

Wartawan pun tulis menyerahkan diri pada setan.... itulah yg org ramai akan paham pasni... somehow it resonates... jd biar je lah..

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.049661 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top