Oleh : Dean BZ
Satu rusuhan besar terjadi di Tanjung Balai, Sumatera Utara, Indonesia pada malam tadi. Sembilan tokong Cina dirosakkan dan dibakar oleh ratusan perusuh yang mengamuk. Insiden dikatakan bermula apabila seorang wanita etnik Tionghoa bernama Erliana, 46, yang tinggal berhampiran sebuah masjid berteriak memaki hamun imam yang sedang mengalunkan azan maghrib. Dikatakan juga ini merupakan kali kedua wanita yang beranak tiga itu berbuat demikian kerana tidak senang dengan bunyi azan. Orang ramai yang marah cuba membakar rumah wanita itu namun gagal kerana dihalang oleh pihak polis. Akibatnya, tokong-tokong disekitar Tanjung Balai Selatan telah dirosakkan dan dibakar oleh ratusan perusuh. Kereta-kereta turut dibakar di sekitar tokong dan dua dari tokong tersebut adalah yang terbesar di Tanjung Balai.
Hingga kini masih belum ada jumlah mangsa yang terkorban dilaporkan. Namun situasi rusuhan sudah dapat dikawal. - CARI Sumber - CNNIndonesia
|
22
Bagus |
32
Marah |
20
Terkejut |
24
Sedih |
19
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Peterpan17 replied at 30-7-2016 03:44 PM
Memalukan umat Islam. Ada ke Nabi ajar berperangai begini?
the_killer replied at 30-7-2016 03:56 PM
Betul....tak silap aku...isu ni terjadi bila ada cina non muslim yg memprovok agama islam kat situ ...
AbukRokok replied at 30-7-2016 03:55 PM
biasalah di Indon...sbb tu Indon negara gagal
Peterpan17 replied at 30-7-2016 04:00 PM
Yg aku baca cina tu komplen azan kuat sgt. Takkan mcm tu smp nak bakar bakar?
AbukRokok replied at 30-7-2016 04:03 PM
mana Hailon dan @mepusembilan
Peterpan17 replied at 30-7-2016 04:05 PM
Dah aruah nick tu. Tak tau apa dah nick baru derang
ADVERTISEMENT