Oleh : Dean BZ
Luke Aikins, 42, bekas pelakon lagak ngeri warga Amerika menjadi penerjun pertama terjun tanpa payung terjun pada ketinggian 7,600 meter dan hanya mendarat dalam sebuah jaring. Dia menghabiskan setahun setengah mempersiapkan diri untuk melakukan aksi berani mati itu yang membabitkan terjunan dengan kelajuan 193 kilometer sejam di Simi Valley. Rangkaian televisyen Fox menyiarkan aksi lompatan dua minit itu secara langsung di TV realiti khas selama sejam. Sebelum ini, Aikins yang juga seorang juruterbang telah melakukan 18,000 terjunan udara dengan pelbagai aksi, termasuk untuk filem Ironman 3. Penerjunan pertamanya adalah ketika berusia 12 tahun.
Aikins juga merupakan penasihat keselamatan dan pengendali untuk Persatuan Parachute Amerika Syarikat. Beliau turut memberi latihan payung terjun udara (tektik PARA) kepada Navy Seals dan unit elit yang lain.- CARI Sumber - Agensi
|
11
Bagus |
7
Marah |
16
Terkejut |
9
Sedih |
7
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
hyie replied at 31-7-2016 04:11 PM
yang penerjun redbull terjun dari stratosfera ke mende tah lagi tinggi kan...apa beza dengan yang ni ...
hyie replied at 31-7-2016 04:11 PM
yang penerjun redbull terjun dari stratosfera ke mende tah lagi tinggi kan...apa beza dengan yang ni ...
ADVERTISEMENT