CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Singapura Bakal Perkenal Teksi Tanpa Pemandu Pada 2018

3-8-2016 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 4584| Komen: 18

Oleh Izzah Abbasy

Singapura menjangkakan perkhidmatan teksi tanpa pemandu dapat dilaksanakan seawal 2018 dengan pengambilan penumpang bagi perjalanan pendek, atas permintaan pelanggan.

Usaha menjadikan Singapura tanpa banyak kereta, termasuk pengangkutan tanpa pemandu dan kenderaan seperti itu memenuhi bahagian pertama dan terakhir perjalanan – mengambil penumpang ke dan dari rumah serta stesen MRT atau kemudahan berdekatan seperti pusat beli-belah.

Menteri Negara Kanan (Pengangkutan) Josephine Teo berkata pusat penyelidikan dan litar kenderaan pandu sendiri (SDV), di mana kenderaan tanpa pemandu boleh diuji di bawah keadaan lalu lintas sudah dibuka semalam.

“Walaupun banyak negara dan bandar sedang menguji kenderaan pandu sendiri, kita masih belum melihat taraf dan peraturan antarabangsa sesuai untuk penggunaan berskala besar SDV,”
katanya dipetik daripada Berita Harian Singapura.

nuTonomy menjangka mempunyai perkhidmatan komersial terhad menjelang 2018 dengan sehingga 75 kenderaan di kawasan tertentu, dengan perkhidmatan seluruh pulau dilancarkan pada 2020.

Syarikat baharu itu, yang menguji kenderaan tanpa pemandu di one-north sejak April, berkata ia menjangka menggunakan kenderaan elektrik yang boleh bergerak hingga 150km sebelum perlu dicas semula.

“Kami mengharapkan ia lebih murah daripada teksi biasa,”
kata pengasas bersama yang juga ketua pegawai teknologi nuTonomy, Emilio Frazzoli.

Naib Presiden Perkhidmatan Delphi Glen W. De Vos berkata syarikat itu kini mempunyai enam kenderaan, tetapi menjangka 40 hingga 50 lagi menjelang 2022.



Sumber : freemalaysiatoday.com




30

Bagus
29

Marah
21

Terkejut
19

Sedih
22

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (148 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 2-8-2016 08:46 PM
Malaysia masih lagi mempunyai taci proton buruk kotor, bas buruk yang mengeluarkan asap hitam.
Quote kelapaparut 2-8-2016 10:58 PM
kalu buat kat msia maunye pemandu taxi merusuh kat kl sentral , bersaing dgn robot pulak kali ni
Quote mommymonster82 2-8-2016 11:03 PM
Pasni org singapor lak seberang tambak cr keje
Quote misscendol 4-8-2016 12:58 AM
harap2 kos tambang dpt dikurangkan
Quote jazaa100 4-8-2016 06:09 AM
FOTHER-MUCKER replied at 2-8-2016 08:46 PM
Malaysia masih lagi mempunyai taci proton buruk kotor, bas buruk yang mengeluarkan asap hitam.

Tu dah cukup baikkk.....

Dulu Datsun 120y jd taxi tau....
Quote Stingerr 4-8-2016 07:36 AM
Perghhhhhhhh...itu Menteri ka? Atau  Miss universe? power ranger seh.........Tak tercelen menteri2 Malaya.........double barrel  dram rata rata.....

Uwaaaaaaaaaaaaa
Quote dizzzzek 4-8-2016 07:43 AM
teksi tanpa perompak di malaysia menjelang 2018
Quote Stingerr 4-8-2016 07:47 AM
jazaa100 replied at 4-8-2016 06:09 AM
Tu dah cukup baikkk.....

Dulu Datsun 120y jd taxi tau....

Serbis level tetap old datsun 120y.....khennn?

Huh...


Quote applemy 4-8-2016 10:16 AM
Teksi tu, baru la nampak future gitu

Teksi msia mcm 90an gitu.. pastu tokok tambah dgn spoiler, aksesori mengarut mcm din beramboi..
Quote applemy 4-8-2016 10:19 AM
Stingerr replied at 4-8-2016 07:36 AM
Perghhhhhhhh...itu Menteri ka? Atau  Miss universe? power ranger seh.........Tak tercelen menteri2 M ...

Lawa kan.. eurasian tu.. spore tempat eurasian berkumpul
Quote cmf_conan 4-8-2016 10:21 AM
kelapaparut replied at 2-8-2016 10:58 PM
kalu buat kat msia maunye pemandu taxi merusuh kat kl sentral , bersaing dgn robot pulak kali ni

aku bayangkan teksi tu mcm ironhide..
sekali kena hempuk, die kuar segala bapak senjata yg ada
Quote rosasa 4-8-2016 10:25 AM
cantiknya dan sedap mata memandang menteri wanita deyols...

Jika dibandingkan dengan menteri wanita malaysia, yang induk pun dah tak lalu nak suap nasi kalau tengok
Quote shara154 4-8-2016 10:26 AM
Wow canggihnya. Bila nk ada kat msia pulak.
Quote Stingerr 4-8-2016 10:35 AM
applemy replied at 4-8-2016 10:19 AM
Lawa kan.. eurasian tu.. spore tempat eurasian berkumpul

Beauty with brain...kheenn?.....bukan macam suetinah pulau ujong dalam board nee, mulut atas bawah koyak rabak...otak pulak tahap pea brain........


Wakakaakaakaka
Quote Stingerr 4-8-2016 10:37 AM
shara154 replied at 4-8-2016 10:26 AM
Wow canggihnya. Bila nk ada kat msia pulak.

We can always dream....

Kah Kah Kah.....
Quote applemy 4-8-2016 10:50 AM
rosasa replied at 4-8-2016 10:25 AM
cantiknya dan sedap mata memandang menteri wanita deyols...

Jika dibandingkan dengan menteri wani ...

Datuk Noraini Ahmad pun cantik gak.. slim & glowing gitu.. cuma dia sorang je la kot.. menteri pompuan lain.. sila kurangkan makan mekdi.. hikhik
Quote sipendiam 4-8-2016 11:06 AM
meanwhile in malaysia, taxi masih mengugut customer
Quote -electrifying- 4-8-2016 12:38 PM
Tmpak cantik lg ms josephine...

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.055707 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top