Oleh : TS LOO 4hb Ogos, Khamis lalu, Kumpulan Maxis dan kumpulan Astro masing-masing menperjelaskan kepada Bursa Saham Malaysia bahawa tindakan undang-undang yang diambil oleh India tiada kena mengena langsung dengan mereka. Mereka tidak terbabit dalam tindakan tersebut, malah tidak akan mendatangkan sebarang kesan terhadap operasi syarikat di Malaysia. Antaranya, kumpulan Maxis menegaskan, Maxis Communication adalah syarikat persendirian, jadi kes itu tidak melibatkan syarikat berkenaan. Selain itu, Kumpulan Astro di Malaysia turut menjelaskan, Astro All Asia Network dan Astro adalah syarikat persendirian, tindakan undang-undang itu juga tidak memberi kesan ke atas syarikat tersebut.
Isnin lalu, Biro Penyiasatan India memohon waran tangkap untuk mengadakan siasatan ke atas kumpulan Maxis, pengasasnya Tan Sri Ananda Krishnan, Astro All Asia Network PLC dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Augustus Ralph Marshall. Mereka itu disyaki melakukan urusan jual beli yang melanggar undang-undang bersama anak syarikat d India iaitu Aircel-Maxis.- CARI |
14
Bagus |
20
Marah |
15
Terkejut |
20
Sedih |
25
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT