Oleh Izzah Abbasy
Masalah kesan parut yang ditinggalkan pasti membuatkan anda tertekan untuk menghilangkannya.
Sudahlah berhabisan ratusan ringgit untuk membeli krim hilang parut namun semuanya tidak juga menjadi.
Sebenarnya kesan parut dan masalah calar pada kulit boleh hilang dengan 12 cara efektif ini. Anda boleh cuba buat di rumah saja. Hanya dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi.
Bagaimana? Teliti satu persatu cara-caranya di bawah ini. Selamat mencuba! 1) Lemon Ambil satu biji lemon dan potong kepada dua bahagian. Sapu lemon dekat parut dan picit hingga keluar jusnya. Kenapa lemon? Lemon berfungsi sebagai peluntur semula jadi dan sangat efektif sebagai bahan untuk hilangkan kesan parut. Kalau nak lagi bagus dan berkesan, minum jus lemon tanpa gula dua kali sehari selama 15 hari. 2) Minyak Roseship Seed Titis minyak pada jari dan urut di bahagian parut. Perlu lakukan 2 kali sehari. 3) Kiub Ais Ya, ais memang banyak maanfat untuk mencantikkan kulit muka. Ambil satu kiub ais dan sapukan pada parut. 4) Daun Aloe Vera Dalam erti kata lain iaitu lidah buaya. Potong daun lidah buaya dan picit hingga keluar cecair dan sapu pada parut. 5) Madu Sapukan madu pada parut. 6) Serbuk Sandalwood Pastikan campur sedikit air mawar atau susu pada serbuk sandalwood. Kemudian sapu pada parut. Biar selama 1 jam dan bilas. 7) Kentang Hiris kentang yang belum dimasak dan sapu pada parut. 8) Minyak Kelapa Minyak kelapa juga berkesan untuk hilangkan parut, sapu pada parut untuk hilang dengan cepat. 9) Minyak Zaitun Ambil sedikit minyak zaitun dan sapu pada kesan parut setiap hari untuk lebih cepat hilang. 10) Timun Hiris timun dan picitkan hingga keluar jus dan sapu pada parut. 11) Tomato Hiris tomato dan letak di bahagian yang berparut. 12) Soda Bikarbonat Beli soda bikarbonat dan ambil 5 sudu serbuk ini dan campur sedikit air. Hasilnya akan jadi pes dan sapu pada parut 3 kali seminggu. Eh, itu saja ke? Ya, hanya guna bahan semula jadi sahaja, tanpa bahan kimia dan tidak berbahaya. Kos yang diperlukan juga murah dan tidak perlu sampai berhabis wang untuk pelbagai jenis produk hilangkan parut. Tapi, anda perlulah rajin dan sabar mengamalkannya. Barulah berkesan.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|