Oleh Izzah Abbasy
Di awal perkenalan, pasti anda merasakan si dia merupakan seorang yang paling tepat datang menjengah hati anda. Namun, pernah terfikir tak sama ada si dia sebenarnya seorang yang setia atau tidak kepada anda. Mungkin cara layanan si dia terhadap anda mampu mengaburkan sikap sebenar si dia. Kesetiaan amat penting dalam setiap hubungan dan memang sukar untuk mengukur sejauh mana si dia setia terhadap kamu. Teliti dan perhatikan perangai dan tindakan si dia dalam menjalinkan hubungan cinta bersama kamu. Adakah si dia berkelakuan seperti ini? Jika ada, maka dia merupakan seorang yang setia dan jangan lepaskan! 1. Membimbing dan melindungi Dalam sesebuah hubungan, si dia merupakan ketua dan pemimpin. Jadi apabila bersama, si dia seharusnya membimbing dan melindungi kamu ke arah kebaikan demi hubungan cinta kamu dan dia. 2. Menghormati dan menghargai Kamu juga perlu tahu bahawa kekasih yang setia tidak akan menjadikan temannya sebagai seorang 'orang suruhan' seolah-olah hanya dia yang berkuasa. Si dia perlu menghargai setiap pendapat dan perbezaan yang kamu berikan. Pada masa sama, si dia juga turut menghormati dan menjaga kamu sebaik mungkin. Si dia tidak akan berkasar sama ada dari segi perbuatan atau percakapan. 3. Jujur Si dia juga akan jujur dalam setiap tindakan dan percakapannya. Si dia akan sentiasa memberitahu kamu perkara yang sebenar kalau si dia telah melakukan kesilapan tanpa apa maksud yang negatif. 4. Bersyukur Lelaki yang setia adalah lelaki yang tahu bersyukur. Dia akan merasa puas dengan apa yang telah dicapai seterusnya menjaga apa yang telah dicapai seterusnya menjaga apa yang telah dimilikinya. 5. Menepati janji Jika sesekali dia terlambat tiba untuk janji temu, kamu cubalah untuk bertolak ansur. Akan tetapi, kamu juga perlu tahu bahawa lelaki yang setia akan tiba tepat pada waktu yang dijanjikan. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa si dia benar-benar menghargai dan menjaga komitmen cinta yang sedia terjalin. 6. Tidak memberontak dan tidak dahagakan perhatian Lelaki yang setia tidak akan memberontak dan tidak terlalu dahagakan perhatian. Dia tidak akan meminta-minta atau mencari pujian daripada gadis lain semata-mata mahu memastikan dia cukup tampan atau selayaknya untuk menjadi teman istimewa kamu. 7. Selesa dan yakin Lelaki yang setia akan berasa selesa dan yakin dengan kemampuan dirinya. Dia sentiasa tahu apa yang harus dilakukan ketika kamu atau si dia menghadapi masalah. Paling penting, si dia percaya bahawa dia mampu menyelesaikan masalah tersebut. 8. Bukan jenis yang suka mencuba Si dia juga bukan jenis lelaki yang suka 'cuba-cuba' dengan mengurat gadis-gadis lain. Dia tidak akan sanggup untuk korbankan hubungannya demi orang yang baru dikenalinya. Selain itu, si dia juga yakin dengan pilihan hatinya serta tidak akan goyah dan ragu sekalipun diuji dengan pelbagai rintangan dalam perhubungan. 9. Bijak mengawal emosi Si dia mungkin mudah marah saat egonya tercabar. Akan tetapi, kriteria lelaki yang setia juga adalah bijak mengawal emosi serta tidak mudah melenting. Ketahuilah kebanyakan lelaki lebih suka diam dan mengalah kerana mereka tidak ingin bertengkar dengan orang paling disayangi. Sumber : Remaja |
20
Bagus |
19
Marah |
23
Terkejut |
18
Sedih |
21
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
@chik replied at 9-8-2016 11:06 PM
Untungla kalo jumpa laki setia.. ada ke?
terma2nkondisi2 replied at 10-8-2016 06:56 AM
sembilan perkara tersebut adalah ciri2 lelaki skema... dan perempuan tidak akan tertarik dgn lelaki ...
ana_una replied at 10-8-2016 09:48 AM
laki setia dah lama pupus rasanya...
Rorra replied at 9-8-2016 09:21 PM
Tapikan susah jumpa orang yang setia zaman sekarang ni, baik lelaki ataupun perempuan. Jumpa yang le ...
lurve82 replied at 10-8-2016 04:15 AM
ada je yg setia...tp xramai...
@chik replied at 9-8-2016 11:06 PM
Untungla kalo jumpa laki setia.. ada ke?
itik_magic replied at 12-8-2016 09:08 AM
ada...............
ramai aje yg aku jumpa.............
ADVERTISEMENT