CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lelaki Ini Tak Puas Hati Bila Isterinya Terlalu Bermurah Hati

9-8-2016 07:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7204| Komen: 20

oleh Adib Za

Bila keadaan ekonomi semakin mencabar seperti yang berlaku dalam zaman ini, semakin ramai orang yang lokek dan juga berkira-kira dalam bersedekah atau membantu orang lain. 


Ditambah pula dengan pelbagai kisah dan juga kes yang memperlihatkan ramai di kalangan peminta sedekah berpura-pura hidup susah, sakit dan sebagainya. 

Namun, bila seorang lelaki berkongsi kisah yang satu ini, ia seakan membuka ruang atau mengingatkan kembali betapa hebatnya kuasa membantu orang lain tidak kisahlah dalam jumlah yang sedikit atau banyak. 

Katanya, dia cukup tidak faham kenapa isterinya terlalu mudah untuk memberi dan membantu orang lain. Sehinggakan dia terkejut pada suatu hari melihat si isteri memberikan note RM50 kepada seorang pakcik ketika di pasar. 



FotoL NST



"Tapi sejak tu aku akan perhatikan bila dia derma. kadang 50, pernah 100, pernah juga 5 aje. lepas tu aku bukak dompet dia senyap2, memang tinggai singgit2 je pun."

"Yang aku sedar pasal isteri aku ni, rezeki dia sangaaaat murah. gaji dia taklah besar mana, tapi sentiasa cukup. bagi mak ayah adik2 atok duit, belanja rumah selalu dia tolong bayar walau aku kata tak payah. pernah sekali tu kami belanja agak banyak bulan tu, tup2 dia dapat bonus banyak. alhamdulillah. tapi duit tu pun dia belanja untuk orang, diri sendiri tak. urusan dia juga Allah permudahkan."

Itu antara yang dikongsikan oleh netizen ini. Bila melihatkan perkara itu, dia pun mula menggalakkan orang lain membantu dan jangan berkira dalam bersedekah. 

Penulis juga teringat dengan pesanan seorang teman, bila kita permudahkan jalan orang lain, Insyallah jalan kita juga dipermudahkan. 

Jom baca kisah penuh daripada lelaki ini. - CARI 




Sumber: IIUM Confession

19

Bagus
20

Marah
11

Terkejut
5

Sedih
19

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote binatang 9-8-2016 08:27 PM
Itu macam ka
Quote eenhemo2 9-8-2016 09:58 PM
Murah rezeki wife dia.
Quote 513172 9-8-2016 10:35 PM
Btol, sedeqah tu pembuka rezeki
Quote munchkin 10-8-2016 12:58 AM
Edited by munchkin at 10-8-2016 01:00 AM

Tapi ada juga yg ambil kesempatan jadikan org atm machine. Menyudahnya si enabled tu bila disuruh berdiri tanpa tongkat bertatih tatih dok terjatuh jatuh. Ni 'derma' pada org berkemampuan bukan org susah dgn concept share rezeki. Pastu asa juga siap percaya rezeki bila dah berkawin. Kalau usaha insyaallah rezeki tu ada. Bukan datang spt mahic ping terus ada. Robert kuok kata 90% hard word rest tu luck. Kita harus usaha lain tu tawakal
Quote epysha 10-8-2016 09:21 AM
cikgu dpt bonus byk...
Quote shi_jewel 10-8-2016 09:39 AM
jadi..rajin2 bersedekah..tak miskin pun kalau bersedekah. sbb sebahagian duit/harta yg kita ada adalah milik org lain...
Quote gigahertz 10-8-2016 10:14 AM
munchkin replied at 9-8-2016 04:58 PM
Tapi ada juga yg ambil kesempatan jadikan org atm machine. Menyudahnya si enabled tu bila disuruh be ...

Ending up jadi macam arwah p ramlee. Beliau pun banyak tolong orang. Khabarnya kalau ada rm200 kat tangan habis rm200 di berinya.

Bagi saya tolong orang x salah tapi kalau terlebih tolong itu mmg masalah
Quote meklalala 10-8-2016 11:49 AM
lagi banyak kita bagi, lagi banyak kita akan dapat. yg penting ikhlas tak kir ala berapa kan..semoga mek pun kerap lah bersedekah lepasni..
Quote Artemesiaa 10-8-2016 11:58 AM
Kalau ada lebih apa salahnya bersedekah nak2 yang meniaga pasti ada rezeki tampa disangka2 yang penting ikhlas bukan berharap akan dapat pulangan darinya
Quote munchkin 10-8-2016 02:01 PM
Edited by munchkin at 10-8-2016 02:04 PM
gigahertz replied at 10-8-2016 10:14 AM
Ending up jadi macam arwah p ramlee. Beliau pun banyak tolong orang. Khabarnya kalau ada rm200 kat ...


Kesian arwah kan. Sedekah pada memerlukan tu ok. Tapi prob jikaorg yg terima tu abuse the term sedekah aka anggap org yg bagi tu atm machine. ive seen the damage. Bukan kejap wo. Ni sampai 6-10 tahun masih dok harap org bagi duit kerja pun asyik problem lawan bos. Tapi lagak mewah harap duit mak pak. And asyik dok hint adik beradik nak beli tu ni. Ni namanya abuse.

Cerita p ramlee (beri sampai dia melarat) agak sinonim dengan somebody aku kenal sampai keluarga spoil (anakku sazali). Tu cerita atas 6-10 tahun dok harap duit mak pak abang kakak. Nak impress gf, bila abang belanja (restoran mewah lah), dia amik gambar upload media social as if dia yg host dinner aka belanja dinner. Didnt happen once. Tapi semua org belanja dia upload as if dia punya belanja. Bila org tanya pun, dia diam tak jawab. Padahal abang dia baca tu. Hmmm
Quote spankee_fili 10-8-2016 02:10 PM
kekadang kita bagi sebab kesian tapi ada yang ambil kesempatan..
ada sekali tu makcik meols pinjam duit, pastu meols bagi & cakap tapayah bayar..
tapi dah gitau jangan bagitau sesapa..
elok tak bape lama pastu adik sheols (yg meols tak pernah jumpa/kenal) sms nak mintak pinjam duit..1k pulak tu..
memang idokla den melayan..
tapi 2-3 kali jugak sheols cuba meminjam..memang ku tak bagi..
kenal pun idok !
Quote jazaa100 10-8-2016 06:42 PM
Nak ikhlas tu susah..
ada je 'suara-suara' jahat yg dok kacau dlm kepala..
Quote gigahertz 10-8-2016 11:45 PM
munchkin replied at 10-8-2016 06:01 AM
Kesian arwah kan. Sedekah pada memerlukan tu ok. Tapi prob jikaorg yg terima tu abuse the term s ...

zaman sekarang. ni kau tolong orang belun tentu orang yang kau tolong akan tolong kau balik.lagipun kalau kata sedekah itu ibadah   sapu smpah di atas jalan raya pun di kira ibadah. bagi anjing kehausan minum pun ibadah.
Quote munchkin 11-8-2016 12:01 AM
gigahertz replied at 10-8-2016 11:45 PM
zaman sekarang. ni kau tolong orang belun tentu orang yang kau tolong akan tolong kau balik.lagipu ...

well said giga. nak sedekah, apa pun boleh sedekah. tenaga pun boleh sedekah kan?
sebenarnya aku tak gemar artikel2 seperti ni. dah cam menjuruskan ke arah lain pulak. bbnu ni pi share artikel gini untuk up diri/dapat kredit (wahhh bagus ko). artikel kawinlah kamu nescaya kamu kaya (tepek gambar sebelum kawin pakai motor, lepas kawin pakai ferrari). bersedekahlah kamu, nescaya duit lagi banyak masuk. sebelum artikel ni keluar dah ada artikel ala ala ni jugak. bbnu ni siap cerita kat aku nak belanja pengemis makan kat chef zubir. so kawan2 dia dengar impress lah. balik rumah still minta duit kat mak ayah dia. kalau orang tak tau cerita, they will say, heyy tak pernah putus rezeki dia.

well. bersedekah is good to help the unfortunates, memang patut but not jadi banker orang lain


Quote krustykrab 11-8-2016 01:20 PM
epysha replied at 10-8-2016 09:21 AM
cikgu dpt bonus byk...

Bersangka baik je la sis walau mungkin ni citer rekaan

Seklahasrama internasional
Quote fifie_olin 12-8-2016 08:21 AM
nk murah rezeki...kita bersedekah je
hasilnya melimph ruah...
Quote HoneyClover 12-8-2016 01:42 PM
betul tu..  nk murah rezeki mesti rajin bersedekah..
rezeki mmg tak akan putus2..
Quote bambimo 12-8-2016 02:47 PM
bagusla..jutawan pemurah...
harap her kindness x bring trouble to her.
Quote myakayina 12-8-2016 06:47 PM
mmg kenyataan..korang cubalah bersedekah..mulakan slowly.. yakin dgn rezeki yg Tuhan bagi..yg penting ikhlas masa sedekah tu.. wlupun ada rm5 je dlm wallet klu nampak org yg memerlukan sedekah la walau rm1..  

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.063387 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top