Oleh : TS LOO Di China, terdapat seorang ibu muda dikatakan mengandung bayi duyung atau 'mermaid baby' berikutan janin dalam kandungannya tiada kaki tetapi ada ekor yang seperti ikan duyung. Ibu muda terbabit dikenali sebagai Puan Wu berusia 23 tahun itu bertindak menjalankan pemeriksaan kandungan bayinya di puast kesihatan wanita dan kanak-kanak di bandar Yi Chang akibat terasa kandungan dalam perutnya berkelakuan aneh. Menurut laporan, berikutan mengesyaki kandungan janinnya wujud pertumbuhan yang agak tidak normal, jadi puan Wu mengambil keputusan menjalani pemeriksaan kandungannya.
Tanpa disangka-sangkakan, ketika pemeriksaan ultrasonik, apa yang dilihat mengejutkan doktor yang merawatnya. Hasilnya pemeriksaan ultrasonik mendapati di rongga rahim puan Wu tiada kawasan tertutup yang mengandungi air Placenta. Kemudian doktor mengadakan pemeriksaan secara scanning dengan bantuan imej tulang janin, barulah mendapati kepala janin, bahagian dada, kedua-dua tangan di bahagian atas badan, dan turut boleh melihat denyupan jantung. Tetapi bahagian bawah badan hanya dapat cari satu tulang di bahagian punggung, kedua-dua kaki dan pundi kencing tidak kelihatan. Buah pinggang yang hanya tinggal sebelah sahaja itu sedang mengalami tumbesaran yang tidak sempurna. Gambarajah yang ditunjukan adalah imej ultrasonik bagi janin tersebut.- CARI |
16
Bagus |
16
Marah |
22
Terkejut |
21
Sedih |
9
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Artemesiaa replied at 11-8-2016 10:34 PM
Macam baby dari Mexico ke mana dulu yang dia orang panggil baby duyung
hatikudus replied at 12-8-2016 10:34 AM
Dlm metro menyatakan ibu tersebut memutuskan utk menggugurkan kandungan yg dah berusia 6 bln
iznanaziz replied at 12-8-2016 10:40 AM
oh ada ya?
meninggal atau terus idup dgn ekor ikan duyung
hatikudus replied at 12-8-2016 01:11 PM
Kat metro kata budak duyung tu dr US, lepas bedah 150 kali dr masa baby akhirnya meninggal masa um ...
ADVERTISEMENT