CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerja Potong Rumput Bukan Sebab Miskin Dan Tak Mampu Bayar Universiti

16-8-2016 10:05 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 8330| Komen: 49

oleh Adib Za

Jika sebelum ini menjadi viral kisah tiga orang pelajar dari Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dikatakan terpaksa bekerja sebagai pemotong rumput untuk menampung yuran pengajian mereka. Rupanya ia tidak benar seperti yang digembar-gemburkan melalui laman sosial itu.


"Kami bekerja sambilan sebagai pemotong rumput kerana mahu menambah duit poket untuk keperluan pengajian dan perbelanjaan diri. 

"Ia sama sekali bukan disebabkan kemiskinan sampai tiada duit makan atau tidak dibantu universiti," ujar Muhammad Naqiuddin Afiq Hapie Hazli, 21 pelajar Tahun Dua Sarjana Muda Perkhidmatan Makanan. 

"Berkongsi modal RM550, kami bertiga membeli mesin dan menggunakan motosikal sendiri sebagai pengangkutan untuk memulakan perniagaan," katanya lagi, yang turut bekerja mencari duit poket bersama dua rakan lain, Muhammad Ariff dan Mohamad Suhaimi. 

Ini sekaligus menafikan tentang kehidupan daif sesetengah pelajar yang mana turut memberi kesan nama buruk kepada UPM. - CARI


Sumber: Berita Harian

Sumber foto: BH Online

9

Bagus
8

Marah
14

Terkejut
7

Sedih
14

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 16-8-2016 07:13 AM
16 Ogos 2016

SERDANG – Tiga pelajar lelaki Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapat perhatian luar biasa masyarakat gara-gara kisah mereka yang kononnya terpaksa mencari pendapatan sampingan untuk menampung yuran pengajian dengan menawarkan perkhidmatan potong rumput tersebar di media sosial.

Mereka yang ber­asal dari Kelantan dan didakwa datang daripada keluarga kurang berada terpaksa me­lakukan pekerjaan itu sebelum sesi pengajian baharu bermula pada bulan depan.

Bagaimanapun, seorang pelajar berkenaan, Muhammad Naqiuddin Afiq Hapid Hazli, 21, berkata, terdapat pihak yang mengolah status asal di akaun Facebook milik­nya sehingga menggambarkan mereka terdesak untuk mencari duit untuk menyara kehidupan.

“Berita tersebut tidak benar kerana kerja itu merupakan inisiatif kami sendiri untuk mencari duit poket,” katanya yang merupakan pelajar tahun dua Bacelor Sains Perkhidmatan Makanan pada sidang akhbar di UPM di sini semalam.

Beliau membuat penjelasan berhubung dakwaan yang tersebar meluas di media sosial sejak dua minggu lalu bahawa pihak pentadbiran UPM mengabaikan kebajikan pelajar yang kurang kemam­puan seperti mereka.

Muhammad Naqiud­din mengaku pendapatan yang diperoleh oleh mereka sebagai pemotong rumput cukup lumayan sehingga pernah mencecah sebanyak RM1,600 sehari.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 5.htm#ixzz4HRgrQW72
Hakcipta terpelihara
Quote noraidil_06 16-8-2016 07:24 AM
Tahniah dia. Dulu2 acik buat part time sbb nk duit utk tgk movie
Quote gaara_X 16-8-2016 07:37 AM
biarkan orang cakap apo....bukan deme nak bagi duit kat ekau pun...teruskan dik...janji hasil halal...
Quote Tok_Batin 16-8-2016 07:41 AM
Baguslah. Tapi apa yg hairannya?

Ramai saja pelajar kerja part time walau ada biasiswa

Sy dulu kerja McD , KFC et masa undergrad.

Postgrad pula kerja cleaner

Biasa ja aku rasa
Quote marumaru 16-8-2016 07:52 AM
Fitnah kan way of laif..normal je semua org cari duit lebih buat keja camni...alang2 tngh takde komitmen ni buatla parttime banyak2..masyuk ..
Quote kentel 16-8-2016 07:54 AM
Tok_Batin replied at 16-8-2016 07:41 AM
Baguslah. Tapi apa yg hairannya?

Ramai saja pelajar kerja part time walau ada biasiswa

zaman tok dulu xde fb, tuider bagai..so xleh nak viralkan
Quote chinta89 16-8-2016 08:59 AM
xde ape yg pelik. biasa je. nk hidup kan.

lgpun income 1600 sebulan. wowww!
Quote brown_pupil 16-8-2016 09:18 AM
Normal what.. aku dulu pas habis kelas siap berlari pegi buat part time .. setakat nak harap duit ptptn mmg x cukup makan la aku..
Quote pilot 16-8-2016 09:22 AM
moga Allah permudahkan urusan adik2 bertiga....n berjayalah hendaknya uols semua di masa hadapan dunia n akhirat amin
Quote nemonemonemo 16-8-2016 09:37 AM
pilot replied at 16-8-2016 01:22 AM
moga Allah permudahkan urusan adik2 bertiga....n berjayalah hendaknya uols semua di masa hadapan dun ...

Amin. I pun mendoakan yang sama
Quote putehkundor 16-8-2016 09:44 AM
Buat ajelah adik utk survive...kak teh sokong.
Kak teh masa belajar kat uni pertanian pun selalu buat part time
Quote che-cikL 16-8-2016 09:56 AM


Semoga dipermudahkan urusan pengajiannya.

Beginilah bagus, tahu cara nak hidup.  Esok bila dah kerja, pastinya lebih kuat menghadapi cabaran hidup.

Kipidap
Quote becir 16-8-2016 10:05 AM
ok,  betina2 gedik #tilljannah sekelian - jantan mcm ni la patut buat husband...duit tak cukup, pandai nak carik tempat lain..
Quote zuliana29 16-8-2016 10:10 AM
ok ape  buat kerja dgn potong rumput.. sehari dpt 2-3 buah rmh kompom2 rm50 dlm tgn...
Quote Peterpan17 16-8-2016 10:17 AM
Tok_Batin replied at 16-8-2016 07:41 AM
Baguslah. Tapi apa yg hairannya?

Ramai saja pelajar kerja part time walau ada biasiswa

Kan, aku pun sama. Kerja part time dua tiga tmpt masa student. Takde yg pelik hal hal begini. Budak skg saja rasa heran psl derang byk lemak. Di manjakan mak bapa
Quote BJM 16-8-2016 10:19 AM
Keep It up adik2....

Lumayan jugak income tu boleh cecah RM 1600 sehari, sama byk dgn basic salary dgn yg makan gaji..

Quote catalina 16-8-2016 10:38 AM
Baguslah. Hendak seribu daya. Tak hendak seribu dalih.
Quote -electrifying- 16-8-2016 11:20 AM
Muhammad Naqiud-din mengaku pendapatan yang diperoleh oleh mereka sebagai pemotong rumput cukup lumayan sehingga pernah mencecah sebanyak RM1,600 sehari.



ye ye je byk mcm tu, aku pon pernah gak part time ptong rumput, nk ckp sebulan pon bru dpt 9rat...
Quote kluangman 16-8-2016 11:27 AM
Jangan lupa bayar tax

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.987544 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top