Oleh Izzah Abbasy Ana Rocella remaja yang digelar 'gadis tertua di Asia' meninggal dunia pada umur 19 tahun minggu lalu di Manila Filipina. Ana yang mengidap penyakit ganjil, sindrom Hutchinson-Gilford yang menyebabkan badannya kelihatan berumur lapan kali lebih cepat daripada biasa. Menurut badan amal yang berkempen mengenai penyakit genetik berpengkalan di Amerika Syarikat, Progeria Research Foundation mengesahkan Ana Rocella meninggal dunia minggu lalu. Memetik Daily Mail, dua tahun sebelum kematiannya, doktor menyifatkan Ana kelihatan seperti berusia 136 tahun dengan kedutan ketara di muka serta kakinya. Namun di sebalik kesukaran hidupnya, Ana menikmatai kehidupan normal sepenuhnya. Malah dia baru-baru ini dilihat menyambut ulang tahun kelahiran ke-18 yang turut diraikan oleh idolanya iaitu penyanyi Filipina, pelakon dan personaliti televisyen, Sarah Geronimo. Kebiasaanya, kematian pesakit yang mengidap sindrom ini adalah disebabkan serangan jantung atau strok. Ketika ditemuramah CNN iReport pada tahun 2011, Ana memberitahu dia bukanlah seorang wanita sempurna. "Doktor berkata, saya mengalami penuaan terlalu cepat malah jangka hidup saya pendek, selepas 15 tahun saya akan mati," ujarnya. Sementara itu, menurut Yayasan Penyelidikan Progeria, terdapat 80 kanak-kanak di seluruh dunia yang mengidap penyakit ganjil ini dan dua kes dilaporkan di Filipina. Pakar bedah Dr. Pierre R. Clero yang merawat Anna berkata, dia menyediakan diet khas dan krim untuk kulitnya. - CARI
|
8
Bagus |
2
Marah |
6
Terkejut |
5
Sedih |
6
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Ana Rocella mengidap penyakit ganjil, sindrom Hutchinson-Gilford
Cyempaka replied at 20-8-2016 11:32 AM
walopun kulit dia berkedut tapi muka dia cantik
mesmerize replied at 20-8-2016 07:54 PM
avy uols tu raja ema masa muda2 ke?
comelnya dia
Cyempaka replied at 20-8-2016 03:32 AM
walopun kulit dia berkedut tapi muka dia cantik
ADVERTISEMENT