CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tambahan Nilai Ganjaran RM200,000 Buat Semua Pemenang Pingat- Najib

24-8-2016 01:56 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5203| Komen: 27


Oleh : TS LOO



Kemaskini : ( 3.30pm) 24 Ogos 2016 
Tambahan Nilai Ganjaran Buat Pemenang Pingat Sebanyak RM200,000- Najib


 Artikel Oleh Vincent Loo  |  Video Oleh Danny Ng & Ong Chan hong |  Suntingan Visual Oleh Yen Jean Siang


Tahniah sekali lagi buat semua pemenang pingat Sukan Olimpik 2016 yang berlangsung di Rio De Janeiro, Brazil baru-baru ini.

Seperti mana yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi di majlis sambutan wira-wira olimpik negara di KLIA, pihak kerajaan menambahkan lagi jumlah nilai ganjaran buat semua pemenang pingat sebanyak RM200,000.

Sebelum ini pemenang pingat perak diberi ganjaran sebanyak RM300,000, kini ditambah lagi sebanyak RM200,000, jadi jumlah nilai ganjaran terbaru buat pemenang perak adalah RM500,000.

Manakala pemenang pingat gangsa sebelum ini nilai ganjaran adalah RM100,000 dan kini ditambah lagi RM200,000, maka jumlah nilai ganjaran terbaru menjadi RM300,000.

Semoga penambahan nilai ganjaran pihak kerajaan mampu menggalakan lagi semangat perjuangan atlet-atlet sukan negara di masa akan datang dalam apa jua temasya sukan demi mengharumkan nama baik Malaysia. - CARI


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kemaskini 2.00pm (24 Ogos 2016)
Kepulangan Wira-wira Olimpik Negara Di KLIA

sumber foto: Cari Internet


Kejayaan atlet negara memenangi 4 pingat perak dan satu pingat gangsa sememangnya membanggakan dan merupakan satu pencapaian yang terbaik dalam sejarah pembabitan sukan olimpik negara sejak 60 tahun lalu. 

Antara pemenang pingat termasuk Datuk Lee Chong Wei, Goh V Shem, Tan Wee Kiong, Chan Peng Soon, Goh Liu Ying, Pandelela Rinong, Cheong Jun Hoong dan Azizulhasni Awang. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam catatan terbaharunya di laman NajibRazak.com menyatakan kejayaan membawa pulang empat pingat perak dan satu pingat gangsa itu merupakan sebahagian daripada kisah kecekalan yang perlu rakyat teladani.


"Perjalanan mereka bukan mudah. Azizulhasni dan Goh Liu Ying bangkit daripada kecederaan fizikal yang serius tidak lama dahulu. Gabungan Tan Wee Kiong dan Goh V Shem memeranjatkan kita semua, bangkit melawan nama-nama besar sukan badminton di peringkat dunia." 


Atlet Malaysia tidak harus mempunyai perasaan sedih atau kecewa dengan apa jua pencapaian di Rio kerana mereka bukan sahaja telah mengharumkan nama negara malah berjaya menyatupadukan lebih 30 juta rakyat Malaysia, tambah beliau.

"Pulanglah ke tanah air dengan perasaan yang bangga. Anda semua wira di hati kami!"

Dijangkakan kontinjen sukan olimpik negara bakal tiba di tanah air sekitar jam 2.30 petang nanti.

Satu majllis sambutan besar-besaran anjuran Majlis Sukan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan bagi memberi penghargaan yang setinggi-tingginya ke atas wira-wira sukan olimpik negara yang berusaha mengharumkan nama negara di pentas sukan dunia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Paduka Seri Rosmah Mansor dan beberapa menteri kabinet difahamkan akan turut hadir menyambut ketibaan kontinjen olimpik negara.- CARI



12

Bagus
6

Marah
7

Terkejut
9

Sedih
14

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissMamamia75 24-8-2016 05:05 PM


eh...bukan ke gini
http://www.astroawani.com/berita ... la-jun-hoong-113562


Di bawah skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) untuk Olimpik, pemenang pingat emas akan menerima RM1 juta dan pencen bulanan RM5,000, perak pula RM600,000 dan pencen bulanan RM3,000 manakala gangsa RM100,000 serta pencen bulanan RM2,000.


Ngapa tiba2 Perak jd RM300K je..kalo double tu akak faham la kena share..dr RM600K jd RM300K..
tp buat Chong Wei - mmg dia dpt RM600K kan..
Quote snsy 24-8-2016 05:18 PM
Bestnye..  
Quote protonpersona 24-8-2016 05:23 PM
2.6 bilon dalam acc..apa la sgt kalau 600k tu...tapi 600k tu guna duit sapa? Najib ka?
Quote boyagombak 24-8-2016 07:21 PM
Pesara tentera harus buat report lagi ni. Harap2 kalau Mesia anjur olimpik 2024 bolehla abam boya masuk acara lari dlm gundi ataupun main congkak. Haruslah merasa 1 jota dgn pencen 5K
Quote roy3 24-8-2016 07:23 PM
Kegilaan apakah time gawat2 ni???
Quote Atifan 24-8-2016 07:26 PM
ambik je la duit personal akaun najib...kerajaan dh xde duit..nk p korek mana lagi pon xtahu..politician sedap je announce sana sini..gila...yg disuruh berjimat org bawah tp org atas boros mcm biasa...babi betul:
Quote zidane_ziege 24-8-2016 07:28 PM
kemain sedap molot je menghembus ganjaran sana sini..lps tu mengelupur la pegawai cari dana..ujung2 rakyat gak yg kena..

takpe la..atleast nmpk la mana duit tu pegi drp ilang mcm tu je kn mkn dgn 1mdb dan lembu kondo..
Quote sabbath_shalom 24-8-2016 07:31 PM
Scary nye tengok perbelanjaan negara.
Quote sabbath_shalom 24-8-2016 07:31 PM
Scary nye tengok perbelanjaan negara..
Quote sabbath_shalom 24-8-2016 07:31 PM
Scary nye tengok perbelanjaan negara.
Quote drivethru 24-8-2016 08:03 PM
Kesian kat atlet yg x berjaya. Dorang pun berusaha jugak. Bagi lah sikit saguhati.
Quote roy3 24-8-2016 08:22 PM
Kalu sediakn peruntukn utk jurulatih,facilities spt dicadgkn misbun lg bgus drp bg sj duit tuh
Quote mbhcsf 24-8-2016 08:35 PM
tahniah
, dan rezeki perjuangan .

semoga mereka terus menggilap kecemerlangan dan semoga ia menjadi pembakar semangat  atlet di Tokyo 2020...


selamat maju jaya.


Quote mbhcsf 24-8-2016 08:36 PM
macam macam ragam posting thread ni  hahaha hilarious
Quote prizadane 24-8-2016 08:45 PM
Takpela tambah insentif lagi 200k. At least rakyat sendiri n berbakti untuk negara. Daripada kos jagaan anak panda sebulan 200k..tu lagi membazir. Dah la takde menyumbang apa pun anak panda tu
Quote Modngengade 24-8-2016 09:01 PM
Pakcik askar mana pulak la yg akan buat police report lepas ni
Quote harisanis 24-8-2016 11:27 PM
byk ye duit gomen..tp kalo wat program sklh ke ape ke, nk baiki bumbung sekolah ke...duit mak ayah jgk yg kena sebat..
Quote far_sya 25-8-2016 10:04 AM
MissMamamia75 replied at 24-8-2016 05:05 PM
eh...bukan ke gini
http://www.astroawani.com/berita-sukan/olimpik-rio-2016-pencen-seumur-hidup ...

rasanya mmg camtu...

emas - 1juta
perak - 600k
gangsa - 300

bila masa plak ganjaran nya da bertukar kan???

Quote -electrifying- 25-8-2016 04:55 PM
Mcm2 hal

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.063010 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top