CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pemandu Buang Sampah Dari Kereta, Netizen Geram & Bertindak Mengajar Kutu Sampah!

25-8-2016 05:34 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8470| Komen: 24|Original author: TS LOO


sumber foto: internet


Sekiranya anda nampak tuan punya kereta di depan membuang sampah dari dalam kereta, apakah anda reaksi anda? 

Seorang diri memaki hamun di dalam kereta? Kejar dan memotong kereta itu dan menegur pemiliknya? Atau pun langsung buat tak tahu kerana itu bukan masalah diri sendiri?

Seorang wanita bernama Mei Chin, menulis satu status berserta dengan gambar sekali, sambil mengadu kepada netizen tentang pengalaman yang cukup mengeramkan. 

Menurutnya, ketika dirinya berada di Kuala Lumpur, kawasan lampu isyarat trafik yang berhampiran di Jalan Klang Lama, terlihat tuan punya kereta yang berada di depannya itu buka tingkap untuk menghisap rokok. Ketika itu lampu isyarat berwarna merah, jadi semua kenderaan berhenti di jalan raya.



sumber foto: laman facebook Meichin

Kemudian, tanpa disangka, tuan punya kereta di depan itu mencampakkan tisu keluar negara. 

"Ketika itu, saya segera turun dari kereta dan mengutip tisu yang dibuang ke jalan raya itu, dan buang tetap pada muka pemilik kereta tersebut. 

Berikutan lampu isyarat sudah bertukar menjadi hijau, saya segera kembali ke kereta saya, tiada kesempatan marah tuan punya kereta itu. 

Selepas itu, pemilik kereta itu sekali lagi campak sampah tadi itu  di luar keretanya, kemudian beralih dari situ dengan laju. "


sumber foto: laman facebook Meichin

Mei Chin sempat mecatitkan nombor pendaftaran kereta tersebut, kemudian membuat laporan di balai polis untuk mengesan pemilik kereta yang tiada kesedaran sivik itu agar hukuman setimpal dapat dikenakan ke atasnya sebagai pengajaran. 

Namun demikian, pihak polis memaklumkan pada Mei Chin, laporan urusan mengenai gejala buang sampah di jalan raya adalah tanggungjawab Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ. 


sumber foto: laman web rasmi MBPJ

Justerun itu, Meichin pun menelefon pihak MBPJ, setelah menjelaskan tujuan sebenar, pegawai bertugas MBPJ meminta MeiChin 'whatsapps' nombor plat dan gambar kereta berkenaan, tindakan selanjutnya akan dilakukan dalam masa terdekat. 

Meichin menyatakan di status facebooknya, negara kita wajar mencontohi jiran kita iaitu Singapura yang melaksanakan tindakan tegas ke atas kutu sampah. 

Rata-rata netizen memuji tindakan Mei Chin dan berpendapat kita semua wajar belajar dari dia. 

Bagaimana pun, terdapat juga netizen yang bimbang dan kurang setuju dengan tindakan Mei Chin yang mencampak sampah pada pemandu yang merupakan kutu sampah. 

Ini kerana ianya mungkin akan menaikkan kemarahan sesetengah pemandu yang ganas dan panas baran, sekali gus ianya mungkin mencetus pergaduhan yang berbahaya. 


sumber foto: laman facebook Meichin 

Terdapat seorang netizen bernama Nasha pula berkongsi pengalamannya, menurut Nasha lazimnya dia akan menekan hon sebagai tanda amaran ke atas pemilik kereta yang buang sampah sesuka hati.

Namun pernah sekali terdapat dua orang lelaki bukan sahaja mengejar keretanya akibat tidak puas hati mereka kena hon, malah buang lagi banyak sampah ke luar keretanya dan tunjuk jari hantu.- CARI
18

Bagus
28

Marah
20

Terkejut
22

Sedih
25

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (132 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MekArchana 25-8-2016 11:26 PM
Bagus tindakan amoi tu.
Quote missinpiece 26-8-2016 12:54 AM
Mmg geram tgk perangai og yg suka buang sampah keluar tingkap keta ni..tp I x brani nak take action lebih2. Maklumla semua byk daulat. Jd mcm Cik Nasha kt ats tu xpe lagi, buatnya keluar parang pistol nanti mati I
Quote red_cattleya 26-8-2016 02:59 AM
aku penah jugak dlu, kereta depan campak plastik mcm ada sisa kuah rojak buah..melekat plastik tu kat cermin depan..pig betol..
Quote krustykrab 26-8-2016 08:34 AM
Kemudian, tanpa disangka, tuan punya kereta di depan itu mencampakkan tisu keluar negara.


sampai ke luar NEGARA org tu campak sampah
Quote pittjie 26-8-2016 09:14 AM
krustykrab replied at 26-8-2016 08:34 AM
sampai ke luar NEGARA org tu campak sampah

aku baca part ni aku ngekek setengah mati. hahahahhahah
Quote pittjie 26-8-2016 09:16 AM
minggu lepas ... nampakkejadian macam ni la lebih kurang. dr tg karang arah ke sekinchan. nampak satu kereta hrv putih yg agak jauh kat depan aku berentikan kereta kat tepi jalan. bila aku dah hampir dekat tu .. nampak la passanger campak plastik merah keluar tingkap .. buang tepi jalan tu. dan lepas tu kereta tu teruskan perjalanan. menyirap la darah aku. rasa macam nak kejar kereta tu dan lempang sedas dua.
Quote zulka 26-8-2016 09:27 AM
krustykrab replied at 26-8-2016 08:34 AM
sampai ke luar NEGARA org tu campak sampah

adeh... sakit perut den

Quote CrowneGlory 26-8-2016 09:28 AM
LOL :tuan punya kereta di depan itu mencampakkan tisu keluar negara.

Thor ke apa tuan kereta tu....


gigih ko keluar keta saja nk kutip tisu kotor tu pastu campak balik ke muka driver tu...silap2 kepala gangster selamat ko situ kena tetak...
Quote zameyla 26-8-2016 09:33 AM
krustykrab replied at 26-8-2016 08:34 AM
sampai ke luar NEGARA org tu campak sampah

hahaha..........jauhkan dia buang sampah...
Quote minahmanja 26-8-2016 09:58 AM
krustykrab replied at 26-8-2016 08:34 AM
sampai ke luar NEGARA org tu campak sampah

tersembur milo aku... hilang ayu sekejap...
Quote Cik_Andak 26-8-2016 10:21 AM
Kalau sampah tu kumpul2 la dalam satu plestik...sampai RnR carik la tong sampah n buang....
Quote WeAiNe 26-8-2016 11:02 AM
buang sampah

di jalan raya
dalam lif
kaki lima
dari tingkat atas ke bawah
dalam beg tangan
longkang
dll

ini adalah golongan yg tidak kenal rupa tong sampah
Quote UmbrellaCorps 26-8-2016 11:06 AM
hubby aku dulu pernah naik kereta sorang kawan dia ni..  dia tegur la bila kawan dia ni campak sampah keluar kereta... kawan dia kata balik kat dia.. "habis aku nak buang sampah kat mana? taknak aku kereta kotor"... hihihi....
Quote -electrifying- 26-8-2016 11:17 AM
CrowneGlory replied at 26-8-2016 09:28 AM
LOL  :tuan punya kereta di depan itu mencampakkan tisu keluar negara.

Thor ke apa tuan keret ...

Automatik taip keluar je terus fill in keluar negara kot
Quote ekiena 26-8-2016 12:18 PM
Mmg bengang giler jupe org2 takde kesedaran sivik gini,,tp tpksa mbebel sorg2 jela dlm kete :
Quote ekiena 26-8-2016 12:19 PM
WeAiNe replied at 26-8-2016 11:02 AM
buang sampah

di jalan raya

Simpan dulu sampah tisu/plastik dlm handbag,,pstu jupe tong smph br ler buang
Quote Oomie 26-8-2016 12:23 PM
Menda ginilah aku duk ajar anak2, jgn buang smpah luar keta, biar keta penuh smpah,  balik rumah buang dlm tong.  Kena ajar dari kecik, baru civilized. Dahla kt sekolah takleh amik Pendidikan Moral
Quote Artemesiaa 26-8-2016 12:24 PM
Itu le kenyataannya ramai yang ada attitude problem penguatkuasaan juga lemah macam mana le nak berhentikan tabiat sebegini.
Quote krustykrab 26-8-2016 01:18 PM
lagi satu spesis yg bila lalu kt rumah org, kalau ada sampah kt tangan dia, dia akan campak kt tepi tong sampah rumaht u, as if kerja tuan rumah tu utk angkat sampah dia

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.061090 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top