CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Netizen Terkejut Lihat Cara Latihan Keras Penerjun Negara, Nur Dhabitah

29-8-2016 01:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 13024| Komen: 27

oleh Adib Za

Nama penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri semakin dikenali selepas melayakkan diri ke sukan Olimpik Rio 2016, baru-baru ini. 

Penampilan pertama di sukan terbesar dunia itu, memperlihatkan potensi yang ada pada penerjun berusia 17 tahun selepas mara ke peringkat akhir acara terjun 10 meter perseorangan wanita bersekali dengan Pandelela Rinong Pamg. 

Meskipun menerima pandangan serta komen yang bercampur baur di kalangan netizen, ada yang memuji dan tak kurang juga yang mengkritik penampilannya, itu sesekali tidak mencalar semangat anak muda ini.

Baru-baru ini, Dhabitah telah berkongsi sekeping gambar menunjukkan latihan keras yang dilalui untuk bergelar atlet bertaraf dunia. 





"Inilah bagaimana team penerjun negara dilatih. Seperti yang saya pernah beritahu sebelum ini, bukan mudah untuk menjalani latihan tersebut dan menjadi atlet bertaraf dunia."

"Sebab itu saya sangat menghargai segala sokongan dan semangat yang diberikan. Tolong jangan berhenti dan janganlah membenci saya.."

Ternyata melalui gambar yang ditunjukkan bukanlah satu cabaran dan juga latihan mudah untuknya sehingga mencapai tahap seperti hari ini. 

Dalam masa yang sama, para penyokong Dhabitah terus memberikan kata-kata semangat menerusi laman sosial itu. 

Sebelum ini, nama Dhabitah turut menjadi viral kerana dikatakan mempunyai sikap gemar tersenyum dan sekaligus membuatkan dia lain dari yang lain. - CARI 






Sumber foto: FB Nur Dhabitah

9

Bagus
8

Marah
6

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aTiKah_aYuNi 29-8-2016 01:40 PM
mak aih......scary nyer latihan mcm tu..

tahniah atas kejayaan dimiliki...
Quote tombolpintu 29-8-2016 01:43 PM
kene kuat mental n fizikal nih. tak pa dik. ko muda lagi. good luck
Quote wilsh10 29-8-2016 01:49 PM

Kipidap Bitah dongibap
Quote chinta89 29-8-2016 02:14 PM
wowww...
Quote blackwidowbae 29-8-2016 02:16 PM
Wowwwww

Hmmm..tula korng jgn men kutuk2 jer tgk ler betapa susah payah atlet negara berlatih..

Papepon makcik sokong mesia..yg atlet muslim tu tutup aurat dulu baru makcik sokong horkeh!
Quote -electrifying- 29-8-2016 02:23 PM
dorg taw mengecam je
Quote prettyuglybabe 29-8-2016 02:40 PM
tak terkejut pun cara latihan tu..
rasanya pernah tengok prc punya lagi keras..
Quote de_ikea 29-8-2016 03:16 PM
All the best.
Quote de_ikea 29-8-2016 03:16 PM
All the best.
Quote blewnatural 29-8-2016 03:46 PM
mesti sakit2 badan , adoiii ..
malam mesti susah nak tidur , bila tournament lagi la pressure tapi dia masih tersenyum
Quote bolamata 29-8-2016 04:06 PM
good luck dik... semoga sentiasa mengharumkan negara..

orang kuat bersukan ni memang lasak tapi nanti dah tua macam2 sakit dapat.. mak aku dulu kemain atlet sekolah sampai dia kat maktab..now dah tua tulang dah lari sket dan tendon n saraf kat kaki putus..duduk atas wheelchair aje..
Quote bianglala 29-8-2016 04:13 PM
dahsyat juga...  
Quote madknownz 29-8-2016 04:41 PM
wow....dh mcm jimnastik jugak eh....
dasyatt nye terkepak mcm tuh.
Quote RatuDunia94 29-8-2016 05:28 PM
Lg teruk sukan gymnastik.. Mcm nk putus dua badan pon ada.. Sbb tu la dorang kalo dpt pingat gangsa pon dh happy gila2 sbb susah payahnya nk sampai ke tahap dunia..
Quote Artemesiaa 29-8-2016 06:42 PM
Sebab tu dah layak masuk final pun dah dikira hebat tambah hebat kalau menang pingat.  Kalau tengok cara dia orang berlatih tak mungkin ramai mampu nak melaluinya apa lagi nak mengecam.
Quote DeeHanania 29-8-2016 08:11 PM
Good luck Dik...Nama adik dah seiring bersama atlet penerjun dunia yang lain...orang yer manis,seunik nama nya
Quote MekArchana 29-8-2016 11:33 PM
All the best Dhabitah!
Quote sabar_sabariah 30-8-2016 08:36 AM
prettyuglybabe replied at 29-8-2016 02:40 PM
tak terkejut pun cara latihan tu..
rasanya pernah tengok prc punya lagi keras..

betul betul betul
kecik2 lagi dah dihantar ke sekolah sukan
bebudak bawah 10thn dah kena buat latihan yg keras
sampai menangis2
sebab tu atlit China hebat2
Quote ana 30-8-2016 09:12 AM
salute lh

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.106359 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top