Oleh : Dean BZ Karipap merupakan kuih tradisional yang sangat popular di Malaysia dan mempunyai ramai penggemar tanpa mengira umur. Terdapat pelbagai jenis inti karipap antaranya daging, ayam, sardin, ubi keledek dan macam-macam lagi. Kuih ini memang sedap dimakan ketika masih panas dan dihidangkan bersama teh o atau kopi. Apa yang menariknya kali ini, penulis ingin kongsikan karipap bersaiz gergasi yang diberi nama Karipap King Kong. Karipap ini mempunyai 2 pilihan inti iaitu ayam dan daging. Harganya juga berbaloi iaitu RM4.50 sahaja. Saiz karipap ini memang besar, sedap dan mempunyai inti yang padat. Kalau makan seorang tak habis, boleh kongsi dengan kawan.
Kepada yang ingin mencuba Karipap King Kong, bolehlah berkunjung ke Kota Warisan (jalan Dengkil - Kota Warisan), Sepang, Selangor. Kedai ini beroperasi dari 11.00 pagi hingga petang. Kena sebiji, kenyang sehari! - CARI |
23
Bagus |
15
Marah |
11
Terkejut |
8
Sedih |
12
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
zulka replied at 7-9-2016 05:01 PM
king kong pula....
aritu beli ipap gergasi kt kuala selangor hampehhh...tak sedap langsung
zulka replied at 7-9-2016 05:01 PM
king kong pula....
aritu beli ipap gergasi kt kuala selangor hampehhh...tak sedap langsung
drivethru replied at 7-9-2016 10:14 PM
Beli kat bus stop seberang jalan cendol bakar ke? Kalau situ, bagi tekak aku ni sedap karipap nyer ...
ADVERTISEMENT