CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Daripada Bekas Model Playboy, Kepada Pelakon Dan Jutawan Itu...Titipan Surat Felixia Yeap

7-9-2016 06:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 11664| Komen: 37|Original author: oleh: Adib ZA

Daripada bekas model Playboy, kepada pelakon wanita dan jutawan lelaki itu...

Itulah ungkapan Felixia Yeap, seorang bekas model yang menitipkan sedikit kata-kata pujangga berupa nasihat buat rakan selebriti yang tak lain tak bukan Uqasha Senrose dan juga Safiey Ilias.


Kedua nama tersebut telah mencetuskan kontroversi kerana mereka sangat dikagumi selepas melalui detik penghijrahan sebelum ini.

Namun, nama keduanya seolah berubah dan juga sukar diterima lagi di kalangan netizen selepas mengumumkan 'kembali' kepada gaya hidup yang lama. Seorang mengumumkan tidak lagi berhijab, dan seorang lagi terlalu penat menjadi baik dan ingin kembali menjadi seorang pondan. 





Sudah tentu, apa yang mereka lalui itu sendiri bukan sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi setiap inci penghijrahan mereka mendapat perhatian lensa kamera. 

Felixia Yeap juga diketahui sebelum ini dengan gaya hidup seorang model yang seksi, namun kini mengambil peluang mendekati Islam dan cuba mengekalkan imej menutup aurat. 

Dia melalui titipannya yang dimuat naik menerusi Facebook itu, mengakui bukan mudah untuk terus istiqomah. 

Apakah itu istiqomah? Dalam bahasa mudahnya adalah untuk kekal dan juga 'maintain' dengan perubahan yang telah dilakukan. 

"Saya akui, saya terlalu jauh daripada sempurna dalam penghijrahan saya sendiri, dan iman saya pun seringkali ada turun naiknya.

"Kadang-kadang bertudung labuh, kadang-kadang berselendang.Kadang-kadang leka, kadang-kadang insaf," tulisnya. 

"Kalau tak boleh Hijrah laju-laju, hijrah lah slow slow.

"Lebih baik perlahan tetapi istiqomah...daripada laju tetapi cepat mengalah. Tetapi itulah manusia," tulisnya lagi. 





Felixia juga mengambil peluang untuk menegur para netizen, agar berusaha mengucapkan yang baik-baik sahaja. Elakkan menyindir, memfitnah dan menghasut orang lain yang cuba berhijrah. 

Meskipun tidak menyebut nama kedua pihak yang ingin disampaikan titipan ini, semua orang pun memahaminya. Dan jangan lupa juga cuba terapkan pada diri masing-masing ya. Moga kita semua berusaha jadi yang terbaik. - CARI 
7

Bagus
11

Marah
21

Terkejut
11

Sedih
10

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote isoflavone 7-9-2016 06:31 PM
Bagus jgk budak felixia nih..semoga terus istiqamah..
Quote jerukkedondong 7-9-2016 06:56 PM
isoflavone replied at 7-9-2016 06:31 PM
Bagus jgk budak felixia nih..semoga terus istiqamah..

Bagus kan dia..tak malu mengaku dia ex model p ......
Semoga Raisya terus berada di landasan yg sebenarnya...
Quote Andyscenes 7-9-2016 08:02 PM
tgk gambar felixia yg sexy tu woiii.. jatuh iman lelaki aku
Quote gigahertz 7-9-2016 08:33 PM
isoflavone replied at 7-9-2016 10:31 AM
Bagus jgk budak felixia nih..semoga terus istiqamah..

malu sial. saudara baru tegur.
Quote delsmomm 7-9-2016 09:43 PM
Iols betul2 doakan si raisyah ni istiqomah..
Meremang bulu2 baca titipan dia.. malu sbb dia sedare baru bleh wat camni..sedangkan kite...huhuuu
Quote de_ikea 7-9-2016 09:57 PM
Well said. Semua org ada battle masing2. Semoga berjaya dan Allah redha
Quote FARRAZOOL 7-9-2016 10:48 PM
I loike..
Quote barfi 7-9-2016 11:15 PM
Mak aku pun peluk islam.. mak aku cakap start dia peluk islam dari umur 16 sampai sekarang mak aku tak pernah sekali pun tinggalkan solat fardhu.
Quote IrfanSYT 7-9-2016 11:59 PM
Pandangan dan komentar dari Felixia adalah benar kerana masyarakat suka sangat jatuh hukum tanpa empati kepada mangsa hukuman psikologi tersebut.
Quote madknownz 8-9-2016 07:16 AM
semoga felixia yeap terus istiqomah dan menjadi contoh kepada yg lain. #respect.
Quote Rainrein 8-9-2016 07:23 AM
Betul apa dia cakap tu. Semoga dia terus istiqomah.
Quote fulusss 8-9-2016 09:22 AM
Setuju sangat..

Hari ni hari mereka diuji seberat ni.. hari kite tak tau bile..

Manusia sentiasa diuji
Quote mujer_in_espejo 8-9-2016 10:29 AM
sedap di dengar ayat2 dia.. bagus jugak BM dia ekk.. tersusun je wlu chinese. hihi
Quote devilito2 8-9-2016 12:41 PM
alhamdulillah... semoga kekal istiqomah
Quote surwanis 8-9-2016 12:48 PM
susahnye istiqomah...tp amat berharga hidayah yg kite dpt...aku penah lalui...dan kecundang...
Allahuakbar...moga sentiasa dilindungi kite ni...sbb mulut2 n perangai2 org sekeliling...kita jadi xkuat..
Quote -electrifying- 8-9-2016 02:38 PM
Org yg dlu nya lagi jahil dr bdk berdua tu menegur, malu woii
Quote DeeHanania 8-9-2016 05:49 PM
Alhamdulillah...Semoga Rara Raisyya Felixia terus beristiqamah...suka ssngat kat dia
Quote Jajabeans 8-9-2016 06:34 PM
kalau nk ikutkan keadaan sekeliling yg memaksa.. si felixia ni lagi laa.. dikekelingi kwn2 model.. bukan model biasa.. model playboy pulak tu.. tambah2 dia chinese.. pressure dr segi family.. agama.. kalau dia berbalik kepada kerjaya asal atau agama asal pun aku xheran sb keadaan sekeliling dia yg sebegitu.. tapi dia memilih utk istiqomah.. respek jugak kat dia ni walaupun bukan sesempurna muslim sejati yg lain atleast dia ada initiative ke arah itu.. kalau aku kat tempat dia pun aku belum tentu jd mcm dia.
Quote che_kembang 8-9-2016 08:25 PM
aku doakan semoga beliau istiqomah

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.058630 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top