Oleh : TS LOO Disyaki akibat kecuaian ibu bapa, seorang bayi perempuan Cina berusia 12 bulan dipercayai lemas selepas ditinggalkan lebih lima jam dalam kereta milik bapanya kelmarin. Kejadian yang cukup tragik itu berlaku di Bandar Putra, Kulai. Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said, berdasarkan laporan polis dibuat bapa bayi itu pada 9.30 pagi, isterinya meletakkan anak mereka di bahagian tempat duduk belakang kereta untuk dihantar ke rumah pengasuh yang terletak tidak jauh dari kediaman mereka Tanpa disangka-sangkakan, suaminya tidak sedar langsung bayi berkenaan berada di bahagian belakang kenderaan dan terus memandu keretanya ke pejabat di Pekan Saleng.
Selepas 5 jam kemudian, selepas menerima panggilan telefon daripada pengasuh anaknya yang bertanyakan mengenai bayi berkenaan yang tidak dihantar ke rumah pengasuh seperti kebiasaannya, barulah sedar anaknya telah maut akibat lemas di belakang keretanya. Ketika kejadian, walaupun bapa mangsa segera menghantar bayi berkenaan ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI) untuk rawatan kecemasan, tetapi segalanya sudah terlambat, bayi itu sudah disahkan meninggal dunia. Selepas kejadian, ibu kepada mangsa memarahi diri sambil berkata, " kalau tingkap kereta dibuka, anak pastinya selamat", keadaan kelihatan amat menyedihkan. Kes tersebut diklasifikasikan sebagai pengabaian kanak-kanak sehingga menyebabkan kematian dan akan disiasat mengikut Seksyen 31(a) Akta Kanak-Kanak 2001, tambah Superintendan Razak.- CARI sumber berita : http://www.hmetro.com.my/
|
12
Bagus |
18
Marah |
23
Terkejut |
19
Sedih |
12
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
baby37 replied at 15-9-2016 09:15 AM
Mungkin lepas ni kena buat undang2 letak baby chair di sebelah driver seat untuk mengelakkan parents ...
ADVERTISEMENT