Sejak kebelakangan ini, ramai pihak suka menyalahkan pihak pungutan zakat dan juga baitulmal bila berita tentang mereka yang susah, gelandangan dan juga kemiskinan dipaparkan menerusi laman sosial.
Mulalah dengan kata-kata seperti: pusat zakat tak menjalankan tugas, tidur, tak peka dengan golongan yang kurang berkemampuan, lesapkan duit juta-juta dan sebagainya. Sedangkan, sebaliknya berlaku kebanyakan golongan ini telah pun mendapat bantuan pusat zakat dan baitulmal, tetapi tetap memilih untuk tinggal di tepi jalan dan meminta sedekah. Ini terjadi lazimnya di bandar besar seperti Kuala Lumpur yang penuh dengan golongan pemurah. Dikatakan mereka yang meminta sedekah ini mampu mengutip sekitar RM200 hingga RM400 sehari. Cuba anda darabkan dengan 30 hari. Bukankah ia merupakan jalan mudah dan segera buat golongan ini? Dalam masa yang sama, masih ramai yang menganggap golongan tersebut tidak mendapat bantuan sewajarnya daripada pihak berwajib. Di manakah silapnya?
Yang mendapat nama busuk sudah-sudah tentulah pusat zakat dan juga baitulmal, tak lari juga pusat kebajikan masyarakat. Usah cepat menjatuhkan hukum terhadap badan bertanggungjawab ini. Mereka telah berusaha pada tahap yang terbaik untuk menangani golongan yang kurang berkemampuan. Masih tidak percaya? Cuba hadamkan perkongsian daripada seorang netizen ini. Dia ternyata sangat peka dengan kehidupan para gelandangan dan tak mahu mereka terus hidup terbiar. Dalam masa yang sama, netizen ini tetap 'menyiasat' adakah mereka pernah menerima bantuan atau benar kenyataan golongan gelandangan sering dipinggirkan? Nah, baca kisah ini, moga lebih ramai yang mengikuti jejak langkah netizen ini untuk membantu golongan kurang berkemampuan, dalam masa yang sama membantu memudahkan kerja pusat zakat atau baitulmal untuk membantu golongan terbabit. - CARI |
12
Bagus |
11
Marah |
9
Terkejut |
14
Sedih |
12
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT