CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Fiat Chrysler Memanggil Semula 1.9 Juta Kenderaannya Di Seluruh Dunia

17-9-2016 01:33 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 3107| Komen: 10

Oleh Izzah Abbasy

Fiat Chrysler Automobiles NV memanggil semula 1.9 juta kenderaannya di seluruh dunia berikutan kecacatan pada beg udara yang dikaitkan dengan tiga kematian dan lima kecederaan. 

Ia adalah siri terkini panggilan semula besar-besaran membabitkan beg udara kerana industri auto bergelut dengan pelbagai masalah, dari pengepam beg udara tidak stabil hingga ke perisian yang tidak betul. 


Panggilan semula Fiat Chrysler membabitkan kegagalan penggunaan beg udara dan tali pinggang keledar tidak berfungsi dengan baik dalam beberapa kemalangan. 


Syarikat itu menjejaskan, 1.4 juta kenderaannya dijual di Amerika Syarikat (AS) antara 2010 dan 2014, termasuk Chrysler Sebring, 200, Dodge Caliber, Avenger, Jeep Patriot dan Compass SUV. 

"Terdapat keadaan yang terlalu sensitif ketika ini dalam industri terhadap keselamatan kenderaan," kata Scott Upham dari Valient Market Research. 

Pengeluar kereta terus membetulkan perisian beg udara. Terdapat "garis tipis' antara memberitahu beg udara bila untuk berfungsi atau tidak dalam sesetengah keadaan, katanya. 

Minggu lalu, General Motors Co akan memanggil semula hampir 4.3 juta kenderaan di seluruh dunia kerana kecacatan perisian yang boleh menghalang beg udara dari berfungsi, satu kegagalan beg udara yang dikaitkan dengan satu kematian dan tiga kecederaan. 

Kecacatan yang sama tetapi tidak serupa dengan isu Fiat Chrysler. 

Fiat Chrysler berkata, masalah itu berlaku apabila kenderaan yang dilengkapi modul kawalan tertentu dan khusus pendawaian sensor impak bahagian depan, terbabit dalam perlanggaran. 

Notis itu bagaimanapun tidak menyatakan bila panggilan semula untuk pembaikan, yang mana jurucakap, Eric Mayne berkata, pengeluar kereta sedang memuktamadkannya. Pengeluar kereta dan Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan Amerika Syarikat (NHTSA) bergelut dengan pelbagai isu penarikan balik. - Reuters Info: 

* Pada Februari, Continental Automotive Systems membekalkan unit beg udara berpotensi mempunyai kecacatan kepada lima juta kenderaan yang dikeluarkan dalam tempoh lima tahun. 

* Pada Ogos, NHTSA menaik taraf dan mengembangkan siasatan lebih lapan juta pengepam beg udara yang dibuat oleh ARC Automotive Inc selepas pemandu terbunuh di Kanada apabila pengepam pecah dalam kenderaan Hyundai Motor Co 

* Pada Mei, pembuat kereta memanggil semula lagi 35 juta hingga 40 juta pengepam beg udara Takata Corp 

* Lebih 100 juta pengepam di seluruh dunia dianggap mempunyai kecacatan dan dikaitkan dengan sekurang-kurangnya 14 kematian dan 100 kecederaan 

* Pada Julai 2015, NHTSA mendenda Fiat Chrysler AS$105 juta bagi pengendalian yang tidak betul hampir 24 kempen memanggil semula membabitkan 11 juta kenderaan * Pada Disember, NHTSA secara berasingan mendenda pengeluar kereta AS$70 juta kerana gagal melaporkan kematian kemalangan kenderaan dan kecederaan sejak tahun 2003  

Sumber : BH 




7

Bagus
6

Marah

Terkejut
9

Sedih
8

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bioessence 17-9-2016 02:20 PM
8ertanggung jawab
Quote haikalkah 17-9-2016 03:13 PM
bagus la...ada tindakan bila ada benda tak kena
Quote pakletop 17-9-2016 03:40 PM
Fiat bila nak masuk Malaysia?
Quote TuntungReturn 17-9-2016 05:50 PM
pakletop replied at 17-9-2016 03:40 PM
Fiat bila nak masuk Malaysia?

dlu ade.skang x nmpak dh
Quote HazeLJoseph 17-9-2016 07:58 PM
Gitu... reaponsible..
Quote kelapaparut 17-9-2016 08:07 PM
Ade lagi ke org pakai kereta itali ni, fiat alfa romeo mmg low class,antara negara EU italy yg plg backwards,the technology infrastructure transportation education medication etc semuenye primitif
Quote swimswim 17-9-2016 11:57 PM
Nasib baik bukan proton..
Quote pakletop 18-9-2016 01:33 AM
kelapaparut replied at 17-9-2016 08:07 PM
Ade lagi ke org pakai kereta itali ni, fiat alfa romeo mmg low class,antara negara EU italy yg plg b ...

Ferrari bukan italy ke
Quote Dwdrum 18-9-2016 04:31 AM
kelapaparut replied at 17-9-2016 04:07 AM
Ade lagi ke org pakai kereta itali ni, fiat alfa romeo mmg low class,antara negara EU italy yg plg b ...

Dekat states ada saja dealership new model.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.204789 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top