CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mangkuk Tandas Buatan Emas 18K Di New York Untuk Penggunaan Umum

21-9-2016 03:59 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4984| Komen: 14

Oleh :TS LOO


sumber foto: http://1.vgc.no/ & http://www.newyorker.com/



Walaupun setiap hari sering kita pergi ke bilik air atau tandas, tetapi sudah pasti tidak ramai orang pernah menggunakan mangkuk tandas buatan emas. 

Dengar betul-betul bukan berwarna emas tapi diperbuat daripada emas sebenar! 

Baru-baru ini, galeri seni Guggenheim yang terletak di bandar New York, Amerika Syarikat, secara rasminya meletakkan sebuah mangkuk tandas yang diperbuat daripada emas 18K penggunaannya secara terbuka untuk orang awam. 

Laporan gabungan media asing, mangkuk tandas emas ini diberi nama sebagai 'America', rekaannya dilakukan oleh tukang seni dan ukiran dari Itali yang bernama Cattelan. 


Fungsi mangkuk tandas buatan emas itu tiada beza berbanding dengan yang lain, terbuka untuk penggunaan para pengunjung yang telah beli tiket masuk ke dalam galeri.

Menurut Cattelan, "tidak kira sama ada anda makan menu tengah hari yang berharga AS$200 atau pun makan hot dog yang bernilai AS$2, hasilnya tetap sama sahaja iaitu hanya sebuah tandas."

Menurut pegawai galeri, tujuan utama mangkuk tandas tersebut adalah untuk memberi kesedaran kepada semua orang bahawa dalam sifat kemanusiaan sejagat dan perlu berdepan realiti yang tidak dapat dielakkan. 

Pengunjung boleh menggunakan cara yang lain daripada yang lain, bersendirian dan secara peribadi menyentuh karya seni yang istimewa itu.

Pihak galeri juga bakal mengambil tindakan pembersihan yang berlainan, setiap 15 minit membersih mangkuk tandas buatan emas itu dengan menggunakan kain basah yang istimewa, bagi memastikan bahagian luaran mangkuk tandas tidak dirosakkan, pada masa yang sama mengekalkan kebersihan mangkuk tersebut. - CARI


sumber info: www.theguardian.com
10

Bagus
13

Marah
9

Terkejut
10

Sedih
13

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 21-9-2016 04:24 PM
Pengunjung boleh menggunakan cara yang lain daripada yang lain, bersendirian dan secara peribadi menyentuh karya seni yang istimewa itu.


euwww... nk sentuh ape???  even dari emas pun iols rse xperlu sentuh2 kot..
Quote Artemesiaa 21-9-2016 05:22 PM
Apa bezanya fungsi tetap sebagai mangkuk tandas hanya bahan nak membuatnya je mahal
Quote hanisbunny 21-9-2016 05:48 PM
Edited by hanisbunny at 21-9-2016 05:50 PM

"tidak kira sama ada anda berak menu tengah hari yang berharga AS$200 atau pun berak hot dog yang bernilai AS$2, hasilnya tetap sama sahaja iaitu hanya sebuah tandas." emas ke xemas, sama jaaahhh takung taik ummah memerut ja..level2 untuk ditenyeh pada bontot juga asalnya..
Quote oppol 21-9-2016 08:49 PM
Bahagiannya tahi di berak kan atas emas...
Quote SalenaGomez 21-9-2016 09:52 PM
oppol replied at 21-9-2016 08:49 PM
Bahagiannya tahi di berak kan atas emas...

Sebab emas kan tak  berkarat
Quote oppol 21-9-2016 10:02 PM
SalenaGomez replied at 21-9-2016 09:52 PM
Sebab emas kan tak  berkarat

Ya la ya la
hebat la awak lepas buat konsert kat malaysia terus pandai bm...
    
Quote SalenaGomez 21-9-2016 10:07 PM
oppol replied at 21-9-2016 10:02 PM
Ya la ya la
hebat la awak lepas buat konsert kat malaysia terus pandai bm...
     :lo ...

Kikikiiki...lahir2 terus terer bm

Btw,lepas 37 tahun toilet tu sure bersinar2  gitu...
Quote boyagombak 21-9-2016 11:04 PM
Tak takut mangkuk kena ketuk ka oleh mangkuk hayun. Gosok2 dgn kertas paasir pun boleh kutip . Tiap2 kali berak tonyoh dgn kertas pasir
Quote akudiadanbeliau 22-9-2016 12:24 AM
Mau selpie patplotpat jam kt sinun..xkesah kerut wajah waktu memerut janji mangkok tndas emas khuennnn
Quote -electrifying- 22-9-2016 02:36 PM
mmg kikis skit2 emas tu
Quote fishcracker 23-9-2016 01:39 AM
jenuh nak mencuci tandas emas
Quote Joannalee 23-9-2016 11:16 PM
Klu berak kt mangkuk tu ... Tauk kuar lawas ke???
Quote delisha09 25-9-2016 09:04 PM
hmm klu kat msia ni xsampai 10 minit tggl bekas tapak je kena angkut
Quote iznanaziz 27-9-2016 11:10 AM
mengarut betul
mangkuk tandas tempat buat air besar/kecik pun nak buat dari emas
ni dah kaya tak bertempat

ko bantu rakyat ko yg termiskin, ada gak bagus

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.181397 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top