Oleh : TS LOO Susulan baru-baru ini Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh mengingatkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) agar tidak menganiayai mana-mana peminjam dalam usaha mengutip semula tunggakan pinjaman daripada peminjam. Justeru itu, organisasi terbabit tampil memberi penjelasan bahawa ruang rundingan sentiasa dibuka kepada semua peminjamnya yang mempunyai masalah membuat pembayaran. Memetik berita Bernama, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin, PTPTN menjelaskan selama ini tindakan yang diambil terhadap peminjam bukan bertujuan menekan mereka tetapi demi kepentingan pendidikan negara dalam menyediakan dana secukupnya untuk pelajar lain.
Sebarang tindakan yang diambilnya mengambil kira semua aspek dan tidak dilakukan secara sewenang-wenangnya kerana ia sentiasa berpegang kepada konsep mesra pelanggan dan mempelbagaikan pendekatan dalam mencapai sasaran kutipan balik pinjaman. Pendekatan itu antara lainnya bertujuan meringankan beban peminjam termasuk dengan mengadakan rundingan bagi penstrukturan semula pinjaman, membuka pejabat PTPTN negeri dan cawangan, menjalankan operasi pada hujung minggu dan selepas waktu pejabat bagi sesetengah cawangan, serta menyediakan perkhidmatan pembayaran semula dalam talian. Dalam pada itu, PTPTN turut menyatakan bahawa ramai peminjam mula membuat bayaran balik pinjaman berdasarkan kadar peminjam yang tampil membuat rundingan dan jumlah bayaran balik berbanding sebelum ini.- CARI |
13
Bagus |
28
Marah |
38
Terkejut |
24
Sedih |
23
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Sayaaa replied at 27-9-2016 05:52 PM
dh pinjam please bayar.
nikola.tesla replied at 27-9-2016 10:06 PM
tak semua yang tak bayar tu sengaja tak nak bayar.ada yg belum dapat pekerjaan lagi.masa dibagi le ...
azimodin replied at 28-9-2016 09:27 AM
Semua boleh bawak bincang la. Aku pon pernah kena blacklist lepas 6 bulan grad. Pi pejabat PTPTN, ...
nikola.tesla replied at 28-9-2016 01:53 AM
masalah nya sekarang kena blacklist tu rekod kewangan kita akan buruk jadi nya.
ADVERTISEMENT