CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selepas Bunuh Kawannya, Budak 11 Tahun Ini Berkelakuan Seperti Biasa!

27-9-2016 04:14 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 9387| Komen: 45


Selepas mencekik seorang budak perempuan 7 tahun hingga mati, pembunuh yang merupakan budak lelaki yang hanya berumur 11 tahun seperti biasa pergi ke sekolah dan bermain.


Menurut laporan Sina, kejadian tersebut berlaku di Changde, Wilayah Hunan. 

Pada 15hb September lalu ketika perayaan kuih bulan, budak lelaki tersebut pergi ke rumah budak perempuan bernama Bei Bei untuk bermain bersama. Selepas itu, mereka berdua keluar dari rumah dan kemudian budak perempuan tersebut menghilangkan diri.

Difahamkan, budak lelaki terbabit memaklumkan kepada keluarga Bei Bei, bahawa dia berpisah dengan Bei Bei di tengah perjalanan kerana ingin mencari kawan yang lain untuk bermain.

Keluarga budak lelaki itu turut memberitahu, budak lelaki itu membuat latihan dan menjamu selera setelah sampai di rumah.

Jiran-jiran turut membantu mencari Bei Bei di merata tempat, namun gagal ditemui. Justeru itu, laporan polis telah dibuat termasuk menyebarkan maklumat kehilangan Bei Bei di kalangan rakan WeChat dan Weibo.

sumber foto: Sina


Sehinggalah pada tarikh 23hb September ini, pihak polis terjumpa mayat seorang budak perempuan di salah satu tempat di kawasan berkenaan. Difahamkan, ketika itu mayat budak perempuan itu sudah reput, tidak berseluar dan kaki tangan telah menjadi hitam. Hasil bedah siasat mayat terbabit mendapati Bei Bei dicekik sampai mati.

Siasatan polis juga mendapati pada hari kejadian, Bei Bei pergi rumah budak lelaki itu untuk menonton televisyen.  Ketika itu Bei Bei telah memukul budak lelaki itu sebanyak dua kali, menyebabkan budak itu marah dan menolak Bei Bei ke lantai sambil mencekiknya sampai mati. 

Kemudian budak lelaki itu mengheret mayat Bei Bei ke atas rumah dan mencampak mayat ke balkoni jirannya di tingkat dua. Selepas itu, budak lelaki tersebut hanya berkelakuan seperti biasa seperti pergi ke kelas, bermain dan kelihatan amat tenang sekali. 

Walau bagaimanapun, keluarga mangsa curiga terhadap siasatan pihak polis kerana berpendapat seorang budak lelaki 11 tahun tidak mampu melakukan semua perkara itu seorang diri serta mengesyaki ada orang dewasa membantunya. 

Akan tetapi, menurut pihak polis, setakat ini tiada bukti yang menunjukkan terdapat penjenayah lain ketika kejadian.- CARI



17

Bagus
9

Marah
21

Terkejut
37

Sedih
15

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (126 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fishcracker 27-9-2016 04:21 PM
Rest in peace bei bei,..yg buat ni ade mental disorder
Quote nyanyan 27-9-2016 04:21 PM
campak kat balkoni rumah jiran tapi bila jumpa dah tak berseluar sesuatu betul
Quote ad_hoc79 27-9-2016 04:24 PM
belajar dari tv ke dik
Quote blackwidowbae 27-9-2016 04:26 PM
Huyooooo

Boleh wat horror/thriller movie kompom opiskotak
Quote tentera_laut 27-9-2016 04:29 PM
suspect bukan dia la.. ada org lain ni.. budak tak mcm ni
Quote chinta89 27-9-2016 04:29 PM
dh x bseluar bagai?? mcm dh ade yg lain plk buat sesuatu kat mayat budak..
Quote EJALTI 27-9-2016 04:31 PM
Larat ke budak tuh nak humban mayat dari balkoni?
Quote Star_el 27-9-2016 04:36 PM
EJALTI replied at 27-9-2016 04:31 PM
Larat ke budak tuh nak humban mayat dari balkoni?

aah kan, larat ke budak 11 tahun angkut budak 7 thn??
Quote pearl.silver 27-9-2016 04:49 PM
Teringat kes budak2 laki membunuh tu..
Mental diorg mmg ada problem..
Quote -electrifying- 27-9-2016 04:57 PM
mohon buat movie based on true story
Quote c===8 27-9-2016 05:00 PM
adios bei bei
Quote matchstick 27-9-2016 05:00 PM
Jiran tu x bau busuk ke..smpai seminggu mayat tu dicampak kt balkoni dia baru jmpa. x jenguk langsung ke balkoni tu
Quote finesse 27-9-2016 05:00 PM
Uolss mana la thu budak ni psychopath.. spesis xde empati langsung.. skeri hokkay..
Quote Modngengade 27-9-2016 05:02 PM
leluhur jinjang ker?  NEXT!
Quote oppol 27-9-2016 05:09 PM
Mesti budak ni mendapat kekuatan dari syaitan..
Tunggu komen dari  acong..
Quote Sayaaa 27-9-2016 05:49 PM
menariknya case ni.
Quote tsuza 27-9-2016 06:12 PM
kalau dah marah..xboleh jadi boleh..tp rileks je lepas tu..mental @ ada org lain yg buat keje..
Quote Mary_jane 27-9-2016 07:37 PM
Bleh masuk channel ci ni, killer kids.
Quote shalola 27-9-2016 08:00 PM
Hanya di China..

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.039933 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top