Kemaskini 11.30 pagi Perkembangan terbaru, memetik laporan Astro Awani kesemuanya 13 anak kapal dan anggota misi kemanusiaan Women's Boat To Gaza (WBG) kini dalam keadaan selamat.
Ia disahkan oleh Pengerusi MyCARE, Prof Masya Dr Hafidzi Mohd Noor melalui satu sidang media tadi. Dr Fauziah Mohd Hasan adalah wakil tunggal Malaysia dalam misi kemanusiaan itu. - CARI Berita yang amat menggemparkan seluruh rakyat Malaysia! Memetik laporan Bernama, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dalam satu kenyataan mengesahkan tentera Israel telah menahan kapal layar, Zaytouna-Olivia, bersama tiga anak kapal dan 10 aktivis wanita termasuk wakil tunggal Malaysia, Dr Fauziah Mohd Hassan, dalam misi “Women's Boat To Gaza” (WBG), malam tadi.
Difahamkan ketika itu, Dr Fauziah bersama anggota misi bantuan kemanusiaan WBG itu mengikuti misi mencabar sekatan Israel ke atas Gaza setelah laluan darat ke negara yang dizalimi itu dikepung dan laluan masuk dari sempadan Mesir-Gaza di Arafah, turut ditutup. Menurut kenyataan juga, kapal yang dalam perjalanan menuju ke Gaza itu ditahan pada pukul 2.58 petang waktu tempatan atau 8.58 malam waktu Malaysia dan dijangka akan ditunda oleh tentera Israel ke Pelabuhan Ashdod. Selain Malaysia, delegasi wanita tersebut turut disertai negara lain, antaranya Tunisia, Israel, Algeria, Kanada, Turki, Amerika Syarikat, Sweden, Ireland, New Zealand dan Australia sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin. Pelayaran WDB bermula pada 8 malam, 14 September (waktu tempatan Barcelona) dari pelabuhan Vell dan berhenti di Ajaccio, Perancis (bagi pusingan pertama) pada 19 September sebelum meneruskan perjalanan ke Messina, Itali (pusingan kedua). Justeru, MyCare akan mengadakan satu sidang media berhubung perkara itu hari ini. Berikut adalah video yang dimuat naik di laman You Tube dengan bertajuk 'Dr. Fauziah Hasan, Malaysia' yang memaparkan beliau memohon semua pemimpin dunia mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membebaskan mereka daripada tahanan yang tidak berperikemanusiaan dan tidak berlandaskan undang-undang antarabangsa.- CARI |
7
Bagus |
3
Marah |
8
Terkejut |
18
Sedih |
17
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Bedah.Cun replied at 6-10-2016 07:07 AM
Nanti bolehlah kau buat talk pasal kau kena tahan tue merata2 lepas kau dah bebas yea
ADVERTISEMENT